Friday, September 5, 2014

Spaghetti Carbonara Kuah Banjir Sato!

Assalamualaikum…

Sampai hati Delicious dah tadek dekat KL area. Dulu masa ada, sampai 2 tempat. Dua Residence dengan Marc Residence. Dedua dekat area-area Ampang. Best giler. Pilih mana nak. Dipilih kak dipilih. Kalau kat Marc Residence sunyi sikit so syiok ada privacy bila nak makan nganga luas-luas takyah control cantik. Lagipon waiter dia nama Rizal ada iras Que Haidar hensem bukan main.

Now dedua dah close. Nyampah. The nearest kat Bangsar. Jauh kot dengan KL? Nak gi Bangsar sana tempat orang kaya memang susah la. Orang Bangsar memang ada gaya. Macam hari-hari, hari raya. Eh ternyanyi pulak siap memandai ubah lirik. Nak gi Bangsar tak la kot? That is not my area. Tu tempat kawasan jajahan Aliah & Atiq. Kiter selalu lepak Ampang Point je dengan Axis Atrium Ampang. (Padahal Axis Atrium baru pergi sekali je).

Tapi takpe. Sekarang dah tau tempat makan sedap kalau rindu dengan spaghetti carbonara. Nama dia ialah SOULed OUT Ampang. Dekaaaat je dengan opis. Nak jalan kaki pon boleh tapi basah skek la ketiak. Sejam sampai la kot? Tapi time order jangan lupa cakap macam ni, ‘Spaghetti Carbonara kuah banjir sato’. Baru dia bagi kuah meleleh-leleh. Yang paling penting, cendawan dia guna is fresh wild mushroom (Kata Kaklong, mushroom wild wild west. Sentut dia la) and creamy sedap and murah. RM25.00 jew ponnnnnnnnnn. So orang Ampang sudah-sudah la nanges kalau Delicious dah tadek. Kiter ada SOULed OUT ok?

P/s: Orang Ampang tu ko la kan Suraya? Kbye.

-EnD-



Spaghetti Carbonara Banjir di SOULed OUT

2 comments:

sheila arshad said...

dekat raja chulan ada satu...

Chooyaya! said...

sheila arshad : raja chulan jauhhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...