Friday, September 12, 2014

We In kedah!

Assalamualaikum!

Maaf sebab gambar tadek kena mengena dengan entry. Haha. Kasik can la masukkan gambar Sazli sebab dia ni memang jenis payah giler nak ajak bergambar. Kadang-kadang boleh jadik gaduh. Sabar jer la. Dah la nak amek gambar susah, pastu bila dah amek gambar suka betul buat muka kura-kura. Nyampah. Bak duit! **Tetiba.


Tapi gambar ni sebenarnya dekat Yuzu Midvalley, bukan kat Kedah.

Now kiter semua ada kat Kedah sebab Apit cousin Saz kawen. Selamat Pengantin Baru Apit! Rasanya balik this time tak sempat kemana-mana pon. Nak makan nasik kandaq dekat Penang pon tak sempat. Balik Kedah ni, kiter gerak dengan Mak and Bapak sekali by car tapi Ahad nanti, balik KL dengan flight. I, Sazli dengan Shein je. Walaupon 50 minutes je dah sampai tapi I rasa macam ketaq-ketaq juboq jugak la. Semoga selamat sampai. Aminnn…

Ni 3rd time Shein naik kapakebang. So I dah terror handle. Tapi tu dulu dua kali time dia tadek major tantrum. Now semenjak dua menjak ni dia dah pandai nanges guling-guling 15 menet tak berenti sampai I pandang dia, tanya dia, ‘Shein nak yang macam mana sebenarnya?’ Bila dia buat taktau continue nanges meroyan, I amek cekedis, duduk kat sofa pastu tengok tv while Shein meroyan tahap mentibang laut bebetul depan I. Tak boleh dipujuk langsung dah. Lantakkan.

I wonder mana I dapat kesabaran macam ni. Sikit pon tadek rasa nak marah or tercabut jantung  ke apa bila Shein tantrum kaw-kaw macam tu. Inilah kehebatan seorang ibu. Hidup BN! **Tetiba.

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...