Monday, October 13, 2014

Happy 33th Birthday Bubu!

Assalamualaikum..

Happy 33th Birthday Bubu! (12/10/2014) Yayyyyy.. Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk sambut birthday tahun ni. Guess what? I kan, lepas masuk angka 3 series I macam selaluuuu lupa berapa umur. Like seriously. So each time orang tanya nanti I ambik calculator. 2014 tolak 1981 lepas tu baru ooooooo tahun ni dah 33 tahun. OMG tuweeee giler. Nak pulak Dyba Ira Sarah semua lebih kurang sebaya 26-27 tahun lagi la rasa macam emak-emak tapi since level of confidence I tinggi so tadek hal la. Kah kah kah. Umur 33 pon ok je nak pakai liptik merang an gang. Haha.

Age is just a number. Bagi I la. Tapi sikap, personality tu semua kena la lebih matang, lebih baik dari tahun ke tahun cuma kalau boleh keceriaan, kegilaan semuaaaaaaaaaaaaa tu I nak kekalkan. Sebab nak ceriakan semua orang yang I kenal. I’m happy to see others happy. Sometimes I realized how hard their effort to make me happy. Semua. Dari family sampai la kawan-kawan. Kekadang rasa hurrmmm how lucky I am to be surrounded by this beautiful people. Semua ok? Semua. Semua macam tu. Semua selalu sabar layan kepala hangen I, semua selalu put me as a priority, semua nak bagi I happy and semua cuba nak jaga hati I. I realized but I’m too ego to admit. My bad. Haish.

I can’t thank God enough for this. Syukur sangat-sangat. Hidup yang selesa (makan, pakai, kehendak, keperluan segala nak Prada please), suami yang baik, Shein yang comel (ko giler anak sendiri tak comel) kawan-kawan yang semuaaaaaaaaaaaaaaanya baik ok? SEMUA. Paham tak konsep semua tu macam mana? Tadek pon yang tahik. Sebenarnya ada la seorang dua tapi I dah buang jauh-jauh. Kenalan yang baik dari bosses, doctors, nurses, colleagues, cookies, wakdan, dandan. Subhanallah… Semoga Allah balas yang baik-baik untuk anda semua sebab selalu buat baik dengan I. Aminnn…

Semoga Allah panjangkan umur I. Lembutkan hati supaya lebih mudah memaafkan dan tak jadik pendendam, buangkan segala sifat-sifat negative. Biar always positif and tadek busuk hati kalau tengok orang lain makan banyak tapi kurus but why I gemok, haha. Semoga Allah bagi I peluang untuk jadik lebih baik dari sekarang, isteri yang baik, ibu yang baik, anak yang baik, menantu yang baik, adik yang baik, kawan yang baik dan insan yang baik. To society and animal (tetiba animal pon masuk dalam wish birthday).



Sampai hati Coffee Beans tadek candle. Nyampah.

Biar lepas ni bila orang pandang muka I terus rasa lembut hati sebab usually first impression orang dekat I ialah sombong dan belagak nak mampos. Haha. Tu dah biasa. Tak kenal maka tak cinta, kan?

Lagi? Apa lagi nak mintak? Jawapan : Takde. Semua ni dah cukup. Sungguh. Kepada semua yang I sayang please. Please don’t ever change. Ever. OK? Don’t change. Tu je I mintak. Lain taknak. Jaga diri please. Kesihatan. Kiter jaga sama-sama and hidup lebih berkualiti than before ok? Sebab kat depan sana kalau Allah izinkan baaaaaaanyak lagi kiter nak tempuh… Macam Sazli selalu cakap, ‘Depan-depan sana Bubu, ujian Allah kiter taktau’. Tu selalu buat I sebak. Sempat ke kan nak tengok Shein kawen? Sempat ke Atok, Baba, Maktok nak tengok semua tu. Sedih la.

Tapi kan?

I nak Prada jugak sebenarnya. Acane nak kira ni? Okla bye. Hahhahahah

-eNd-

10 comments:

aliaaroslan said...

Happy birthday mama Sheindong!!!

Anna Dayana said...

kak su.. Garfield wish happy belated birthday

hahahha

doll said...

selamat hari lahir, Sue..semoga sihat sentiasa dan dilimpah rahmat dan rezeki Allah swt di mana jua...

Nina Zee said...

Happy Birthday kak su! Moga panjang umur murah rezeki.. makin cantek makin ceria..

Ann said...

happy birthday kak sue tantik...nak prada jugek!heheh..

MsBabble said...

happy bday choyaya..
may all ur wish diperkenan olehNya

satu baya kita rupanya ye. my turn ujung disember nanti

mamabeauty said...

happy birthday semoga panjang umur dan murah rezeki.. aminn

LV said...

kak sue..
hepy belated birthday :)

eda said...

kak sue ..
i wish u can get prada mggu depan .. !!!

cayang kak sue n friends .. u alwes make my day .. muahahha

Chooyaya! said...

aliaaroslan : tq. kirim salam mama

Anna Dayana : kirim salam balik kat garfield atau nama sebenar dia gafiedah kan?

Doll : tq awak. aminnn

Ayu Sukatiakula : i tua 2 month from u. call me kakak. haha.

mamabeauty : tq awak

Lavender violet : tq sayang

eda : tq eda. kalau cayang bak shawl lapan