Friday, October 17, 2014

Happy Birthday Bubu Part II

Assalamualaikum..

Last week on Friday kata bebudak ni boleh la pergi Pavilion. Makan kek untuk early celebration birthday I sebab birthday I tahun ni jatuh hari Ahad hari cuti (12/10) so susah nak bekumpul. Kiter semua memang macam ni. Bila birthday sesapa nanti buat surprise macam bagi cake and bunga tapi lately dah ada undang-undang baru. Boleh chose nak apa tapi mesti within budget. Sorang contribute RM50.00. Group birthday kitorang ada Dyba, Ira, Intan, Sarah and I. Next year ada ahli baru. Kaklong. Dia pon nak join tahun depan. Sebok je. So kumpul-kumpul dapat la RM250.00 untuk each for birthday next year.

Masa birthday Dyba kiter bagi dia charm Pandora. Tahun ni I pilih nak luggage bag sebab luggage bag lama dah rosak. Nanti birthday Intan (27/10) ni dia nak wristlet Tory Burch Robinson. Kemain. I dah bayar deposit dulu dah. Kata la kalau tak cukup duit kena tambah sendiri. Macam luggage bag I tu I kena tambah RM100.00 lagi. Sebab tu la kek birthday dekat Coffee Bean kena beli sendiri. Hahaha. Paham tak konsep birthday girl kena beli kek sendiri macam mana? Nyampah!

Actually baru tahun ni je yang boleh pilih nak apa. Sebelum ni konsep dia ialah redha apa yang dapat. Last year dorang bagi I buku. Buku motivasi yang sampai sekarang ada dalam kotak tak baca-baca pun. Suka la sangat I baca buku. Taktau ke I suka makan and tido? Haha. RM200.00 harga buku tu. Eeeee bengang je dapat buku. Ngamok-ngamok I. Kata Intan tahan jugak beli buku, kalau tak Dyba kata nak beli seluar tido. Tapi sebab dorang buat surprise so takper la. The thought that count. Baca dekat sini surprise birthday I last year punya yang penuh dengan drama.

Sarah tak dapat join lunch birthday so kiter amek gambar ramai-ramai dulu sebelum dia bertolak ke Melaka. Tak join takpe tapi duit kena bagi. Hahahahha. Sarah aritu birthday dia kiter bagi Bodyshop punya set. Lepas 27/10  ni (Birthday Intan) dah tadek dah nak celebrate birthday sapa-sapa sampai hujung tahun. Next is Ira punya on January 2015. Haritu dia kata nak perfume. Tapi asyik la berubah-rubah. Kaklong kitorang dah warning dia, sebelum habes tahun depan jangan nak giler ke, injured ke, mati ke. Nanti nak tuntut duit kat sapa. Hahaha. Bongok.

Luggage bag ni I beli dekat Luggage Empire. Tingkat 5 tak silap. Same level dengan kedai kasut Tom’s. Dorang ada buat promotion. Memang murah-murah luggage bag. Up to 40% tau? Semua design lawa-lawa. Kata budak kedai tu, jangan beli yang plastic tu sebab nanti dia akan pecah kalau kiter isi barang tak penuh. Bila naik flight kan dorang main campak-campak je beg dalam kargo? So I chose beg kain biasa. Harga Lepas less is RM290.00 untuk size sederhana. Harga asal lebih kurang dalam RM600++ kot?

Lepas beli luggage bag baru kitorang singgah GAP Kids and lepas tu baru pergi Coffee Beans. Seret la luggage bag tu. Bila nampak Mat Saleh heret luggage bag kata Intan, 'Kak Tsu, Kak Tsu. Ada geng'. Hahaha. Bongok. Anyway thanx korang for this birthday prezen! Kata Dyba tahun depan nak kumpul sorang RM500.00 sebab dia nak handbag Gucci. Dengar je sorang RM500.00 terus Kaklong buat nak pengsan. Haha.

-eNd-
Time dekat Coffee Beans ni, naseb malang Awek Chinese blakang kitorang bau ketiak @_@ Kuat giler ok bau badan? Eeeee apa la sumpahan I yang all the time jumpa orang busuk ketiak. Choi! Tema baju harini ialah Biru. Intan yang pilih nak pakai baju biru sebab kata dia, kalau dia pakai baju biru dia lawa T___T 

Perhatian kepada meja yang lima orang tu, sila diam ye? Jangan menganggu ketenteraman awam. BTW tu la awek busuk ketiak tu. Nampak kepala je. Eee pengotor la pempuan bau ketiak.


2 ice blended and 2 cakes je. Kongsi-kongsi sebab dah makan awal-awal dulu dekat cafe office sebelum keluar . Takot tak cukup time. Luggage bag kiter beli tengahari tu jugak. Tu dua orang tu nak jugak buat thumbs up. Orang dah kata gambar air dengan kek je. E!




Birthday Girl nampaknya gembira jer walaupon cake takde candle, bayar sendiri and tak boleh nak blow sebab dia pakai liptik kaler merah ang-ang.
Tengok sapa yang over. Sapa lagi kalau bukan Intan?



Dalam Luggage Empire. Mana Kaklong?



Ni la Luggage Bag I. Dah rasmi bawak pergi Legoland. Cakap cantik lekas! Besar beg ni. Dyba dah try duduk dalam dia. Muat la kalau nak isi dia lepas tu campak masuk sungai sebab degil suka cakap kuat-kuat dalam lift yang ada orang ramai-ramai.



Kaklong, Intan, Dyba and Ira. Kitorang punya office sekarang kalau Jumaat boleh pakai casual. Tengok Dyba, pendek je. Kata Ira Dyba paling pendek dekat Felda. Cacat. Haha.



Time ni dorang semua berangan ambik gambar depan GAP. I sorang-sorang dekat cashier so nampak cermin terus zaaaappppp!



Syira yang ambikkan gambar ni. Tapi sian dia asyik kena marah.  Kenapa ambik gambar tak kira la, gambar tak centre la. Hahah. Sian Syira. Bila dia cakap apapa nanti I cakap, 'Melawan Syira, melawan'. Tros dia yerlaaaaaa. Hahahah. I dah pesan pada Intan, jangan nak duduk tengah. Tapi dalam pesan tu dapat jugak dia duduk tengah dengan I. Wait. Kenapa tadek orang nak remind Kaksu pakai crown? Kan birthday girl????



Nak ambik gambar sampai macam nak terkencing dalam seluar. Masing-masing perangai. Ada sekali tu Intan kena tolak muka dia dengan Ira sebab dia asyik nak duduk paling depan and block muka Sarah, 'Tepi la! Akak block muka Sarah!' Zaaap kepala Intan kena tolak. Hahahah.




Tengok Sarah. Kemain!


Kaklong la paling tak dengar arahan kalau suruh posing.

Orang kata semua bongkok la Kaklong! Bila tengok balik gambar Ira cakap, 'Ira perhatikan aje perangai Kaklong ni'. Hahaha. Kata Kaklong, dia dah tua. Segan nak bongkok-bongkok. Yerlaaaaaaaaaaaaaa dia time ambik gambar tetiba la tuwe ada cucu segala. Time merepek buat dialoq P.Ramlee dengan Intan pastu ketawa sampai terkentut-kentut dia lupa dia dah ada cucu. Boleh eh dia sorang posing berdiri siap buat muka fierce. Geram je nak tunjal.




2 comments:

Lavender violet said...

lawa beg kak sue..
tp kak sue lagi lawa la hahha

p/s : intan pon chantek pakai shawl :D

Chooyaya! said...

Lavender Violet : of cozzzzzzzzzzzzzzzz hahahahahhahah. u jgn puji pempuan lain cantik depan i boleh? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...