Monday, October 20, 2014

Happy Birthday Bubu Part III

Assalamualaikum.

Part  III dah entry pasal birthday? Mati la orang menyampah. I ingat I Nora Danish ke yang entry birthday sampai 18? Ala. Kasik cchance la! Hahahha. Kejap nak ingat ada lagi tak any birthday lunch/dinner lepas ni. Ok ada lagi satu. Jangan marah haaaaa. Hahahha. Cengginilah excited bila dah tua bangka pon ada yang sudi nak celebrate kiter punya birthday. Ada yang tanya Sazli bagi apa? Jawapan dia ialah dia dah bagi early birthday present. Samsung S5 Gold tu. Bagi bulan lepas sebab henpon lama dah rosak so bila tarikh sebenar birthday dia bagi kasih sayang je. Gitu konsep dia memberi kasih sayang sebagai hadiah.

Sebetulnya reservation dah buat dekat Ozeki untuk birthday dinner ni tapi bila sampai simpang nak keluar dari Ampang ada orang tukar fikiran, so to the Shook!  Starhill Gallery dekat JW Marriot Hotel we go. Tak buat reservation apa pon, just pergi walk in. Ada je table. Sebelum sampai, I pesan pada Ellis, ‘Nanti kalau waiter or waitress dia recommend U makan blue code fish ke apa buat tak layan je sebab nanti harga seekor ikan sampai RM400++ palotak dia’.

I pon taktau kenapa mesti each time datang sini mesti nak order sashimi dengan chicken teppanyaki. Padahal sebelum sampai cakap nak makan menda lain tapi sekali bila sampai order menda lain. Nampak sangat I ni setia orangnya. Ellis makan wagyu lepas tu tanya I, takper ke dia makan lagi mahal dari I? Haha. I tak sampai hati nak makan wagyu sebab kekadang wagyu ni harga satu hidangan boleh bayar purse Michael Kors. Melampau. Dia ingat dia sapa? Lembu je kot? Hello?????

So kitorang order wagyu, sashimi moriawase, chicken teppanyaki and tempura moriawase. Makan untuk 2 orang. Lepas tu bila semua makanan sampai, menung tengok sebab rasa macam boleh ke nak habeskan semua menda ni? Banyak giler kot? Si Ellis la, semua nak order. Badan kecik tapi bila makan kussss semangat!


Wagyu. Sedap giler. Lembut sangat sampai terfikir macam mana daging lembu boleh jadik lembut macam ni. Minum Evian ke? Kak Hani cakap sebab lembu ni hari-hari kena massage. Sebab tu dia lembut. Ni kalau dia tipu ni maknanya I pun tipu jugak la.


Sashimi Moriawase yang finally quantity tapau bawak balik lebih banyak dari makan.  Sekarang bila tengok gambar ada rasa menyesal tak makan banyak-banyak. Cis!


Chicken Teppanyaki


Chicken Teppanyaki ni come with this fried veggies. Bean sprouts + cabbage dengan scallion.


Tempura moriawase.


Roti ni complimentary. Boleh makan dengan olive oil + balsamic vinegar. Teringat dekat Dyba sebab dia suka makan roti and balsamic vinegar. 

Masa almost 10.30pm, waiter datang lagi tanya nak order apapa tak lagi sebab kitchen dah nak close. Dia nampak tak sebenarnya yang kitorang punya meja ni penuh dengan makanan? Hahahha. Orang cakap cake dekat Shook! ni sedap-sedap tapi we have no more space untuk isi makanan dalam perut walaupon dah lari setempat untuk mampatkan makanan. So next time kiter datang only for dessert pulak.


Amboi liptik. Berani Ellis pakai litptik lagi merah dari birthday girl? Haha. Masa nak tunggu makanan sampai, Ellis paksa I pakai liptik merah sama dengan dia jugak. Kata dia I konsep salah. Malam-malam kena la pakai liptik merah menyala. Yerrrlaaaaaaaaaaaaaaa....


Tenkiu Ellis for the dinner. Nanti birthday U, kiter makan burger stall lori dekat Melawati ok? Deal? Ok. Give me 5!

Dekat pukul 11.30pm baru gerak keluar dari JW Marriot. Pastu hati pon gembira sebab perut dah kenyang. Ellis banyak cerita pasal dia waktu umur 23 tahun muda remaja dulu. Notty dia ni. Dia ni sukaaaa sangat kalau apapa nanti dia akan cakap, 'She's a blogger. She have a lot of reader', each time dia introduce I pada sesapa or kat mana-mana restaurant macamkan 'ada' la sangat orang baca blog I. So I akan pesan pada Ellis, 'Please don't do marketing for me today ok?' Nanti dia gelak-gelak je. Pang nak? I kan low profile? Taktau ke? Cecece.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...