Friday, October 17, 2014

Legoland Part II

Assalamualaikum..

So acaneh tips I bagi panjang-panjang kalau nak pergi Legoland dalam previous entry? Sayang I lebih tak? Kalau sayang bak uweet. Haha. Ada lagi permintaan suruh share bilik and park. Sebab ada 16 juta keping gambar, I share by entry la eh? Kang kalau entry panjang-panjang nkorang bukan nak baca. Scroll sampai bawah lepas tu dah. Penat je I bebel banyak-banyak. Nyampah.

Macam yang I cerita dalam entry ni, kitorang ambik Kingdom Themed Suite. Kata Sazli jangan ambik Pirate. Nanti Shein takot sebab ada banyak lanun. Errr. Ok Baiklah. Memang dari awal I nak Kingdom Themed sebab nak fefeeling pwincess. Maklumlah birthday girl walaupon di over shadow oleh Sheindong. Rupanya Themed Suited only  for Kingdom je. Bagus. Senang kerja. So untuk Pirate and Adventure takde Suite ok? Only ada Themed and Premium Themed.

Theme Suite ni besar dari Themed and Premium Themed sebab dia ada living hall and ada dining area. Toilet pon ada dua. Satu toilet ada bathtub so senang nak berendam dengan Shein. Dalam dia memang penuh dengan decoration and for baby macam Shein memang best. Shein huru-hara tau? Kesian sangat. Kejap masuk bilik, kejap keluar. Panjat sana panjat sini. Naseb tak meroyan je. Haha. Terus dapat idea. Nanti kalau dah ada rumah landed, nak buat satu bilik main yang macam ni sebab nanti baby mesti happy giler. Emak baby boleh tumpang sekaki.

Jom check out gambar.



King size bed ni dia dalam bilik. So ada privacy kalau datang dengan anak-anak yang dah besar. Bagus. 


Motip nak letak sampai dua kali gambar katil?


Yang ni dressing table. Kitorang punya bilik view park. So dari dalam bilik boleh nampak whole Theme Park. Dengar la orang jerit naik roller coaster. Yang dalam cermin tu Putera Raja tengah berangan. I suka detail dalam bilik ni. Wall paper penuh, lepas tu ada banyak lego toys.


Ada dua katil double decker dengan pop out bed kat bawah sekali tu. So if datang 8 orang boleh fit dalam satu bilik ni. Semua orang boleh tido atas katil dengan gembira. Tadek diskriminasi sapa gemok tido atas lantai.


TV dekat depan double decker bed. So takyah gaduh if dekat hall orang nak tengok bola.


Living hall. Luas and selesa


Different view of living area.


Chandelier satu lampu dah padam. Tolak 8 markah.


Wall paper


Dining area. Sebelah tu ada almari. Dekat almari tu ada extra pillow, iron bod, iron, selipar, lego set, peti besi, tempat gantung baju and many more.


Katak lego atas mystery box yang kitorang tak dapat bukak sampai kesudah. Soalan macam senang tapi still tak dapat bukak box ni. Kata Ellis if dapat bukak, dapat hadiah lego dalam dia. Tadek rezeki. Tak heran laaaa kiter boleh beli sendiri (padahal bengang). Nyampah!


Shein masuk je bilik terus berlari setempat. Happy sangat-sangat.


Yayyyy dah dapat Lego! Satu bilik dapat 1 box Lego. Tapi tak boleh bawak balik la. Buat main dalam bilik je.


Bersiap sedia nak menyepahkan lego


Sazli pon nak join jugak. Ada time Sazli sungguh-sungguh build lego. Dah buat tinggi-tinggi lepas tu resaksa gorgon (Shein) datang robohkan. Bergenang je mata Saz. Hahahahha. Lawak. Nak marah tak patut pulak. Sian Abah kena buli dengan Shein. Sheinnnnn jagan buat Abah, nanti Abah nanges...


All mine Abah. Stay away!


Coffee table. Ada complimentary mineral water, a variety of coffee, tea, nescafe, sugar and creamer. Also ada boiler, coffee maker. Masa memula datang je bersih kemas. Lepas tu Shein dah main masak-masak dekat sini. Selamba je dia baling semua menda kat tempat lain. Macam buang sampah. Muka tadek perasaan je I tengok Shein. Macamkan cawan yang dia buang kebelakang tu tak pecah. Naseb jatuh atas carpet. Kat sini takpe Shein, kalau buat macam ni kat rumah, merajin pulak mak tiri ko nak kemas.


Tengok? Dia dah buang coffee mixer and coffee kat lantai. Ni malam lepas balik dari dinner. Taknak tido tu Shein, padahal dah pukul sebelas lebih. Dia kat sini makan pon puas berpaksa. Too happy and excited all the time sampai taknak makan.


Ko tengok dia dah buat show atas meja.


Ni dalam toilet. Satu toilet kecik, satu toilet besar. Sabun pon bentuk lego.

Overall I happy dengan bilik ni. Sebab luas dan cantik. Rate bilik tak sama and depends on tarikh bila kiter nak pergi. Kekadang jadik murah, kekadang jadik mahal. Macam magic. Time weekend and cuti sekolah akan jadik lebih mahal biasanya. Waktu I pergi 11-13 Oct bebaru ni harga dia ialah RM1800/night. Book online dekat Legoland punya website lagi murah dari walk in terus dekat hotel. But untuk bilik selain dari Kingdom Themed Room ni lebih murah kalau book through Agoda or Expedia. Ok?

Klik sini untuk baca entry Legoland Part I

Good luck and enjoy!

-eNd-

4 comments:

Jueliza Jamani said...

wahhh bestnyaaaa.. 1 bilik yang 8 orang ni semalam berapa ni... alamak mama yang terover ni.. anak relax jer..

adda syuhada said...

macam best je.. hihihi

Lis Malisa said...

kak...... bestnyaaaaa k.su ooiii.... ntah bila dpt pegi ni.... tunggu pencenlah gamaknya huwaaaa.... 😭😭😭😭😭😭

Chooyaya! said...

Jueliza Jamani : Time ni dalam rm1800/room

Adda syuhada : memang best! bak uwet

Lis Malisa : aik, lamanya. lekas menabong dalam tabung ayam now.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...