Friday, October 31, 2014

Kau Pergi Jua Part II

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Arwah Kak Maslina dah selamat dikebumikan dalam pukul 11.00 pagi tadi dekat Tanah Perkuburan Sungai Tua, Selayang. Masa sampai dekat kubur, hujan turun renyai-renyai. Sayu rasa. I pergi Selayang dengan Mak, De and Kaklong. Malam tadi dorang gerak dari Pahang. De rasa puas hati sebab dia dapat kiss and tatap jenazah Kak Mas untuk kali yang terakhir.

Dah takde dah gelak tawa Kak Mas boleh didengari. Entah kenapa, Kak Mas lekat dihati. I selalu tertunggu-tunggu status update dia dekat FB. Apa yang dia buat hari-hari dia banyak share dekat FB. Dia memang disenangi dan disayangi oleh ramai kawan-kawan. Dia kelakar, ceria dan pendengar yang setia. I pasti ramai yang sedih dengan pemergian Kak Mas yang secara tiba-tiba ni.

Malam tadi I jaga every hour. Bila tersedar je rasa sebak. Air mata laju je mengalir sebab teringat yang Kak Mas dah takde lagi. Kak Mas is one unlucky soul. Dia nak sangat-sangat untuk dapat baby and one of the reason why dia buat operation ni pon sebab try to conceive. Tapi Allah lebih sayangkan dia kan? To be frank, I rasa sangat ralat. Pembedahan yang dibuat atas Kak Mas ialah pembedahan elektif. Bukan hi-risk. Tapi sebab janji Allah itu pasti. Mati itu pasti dan ajal dia memang dah sampai.

FYI, Kak Mas buat pembedahan on Monday dengan Dr Hamid Arsyat di Hospital Pantai, Bangsar. Tuesday dia ok. Dah boleh ketawa,  dah boleh share status dekat FB. On Wednesday dia start sakit teruk dalam perut and disahkan terkena jangkitan kuman and masa pembedahan kedua pada hari semalam, dia kena serangan jantung and meninggal dunia.

I ada email Dr. Hamid Arsyat sendiri. Sebab I nak tau kenapa pembedahan Kak Mas menyebabkan kematian dia. Biar I puas hati. I nak tau dari dia sendiri so I wrote an email to him and this morning I dapat reply dari dia. Thank you Dr. Hamid for your time, although ada a piece of me rasa regret here and there tapi I redha. Ini yang tertulis untuk Kak Mas. Sedih I, sedih lagi suami dan keluarga Kak Mas.

** I share the email later. Failed to upload dekat sini

Lepas siap semua urusan Kak Mas, Mak ajak makan. Dari pagi tak sempat nak makan sebab terus gerak dari Ampang around 8.00am macam tu. Takot tak sempat tengok Kak Mas so kiter straight terus pergi rumah In-Law Kak Mas and tak singgah breakfast kat mana-mana. Kurma sebijik Mak bawak bekal kiter share 4 orang. Dah Emak pon agak-agak la bawak sebijik je kurma kot iye pon. Sabar je la.

-eNd-



Us dekat Chicken Rice Shop, Aeon Big Wangsa Maju for lunch. De, Mak, Kaklong and I. Ni la 3 orang anak Mak. Semua perempuan. Thanks untuk suami-suami kami sebab jaga anak-anak. Kepada De, sos thai yang cicah popia tu bukan sambal nasik ayam. Kak Mas meninggal sebab complication bukan compilation. Compilation tu album penyanyi. Dia ada cyst, bukan yeast. Yeast tu ragi. Kbye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...