Assalamualaikum..
Menggigil tangan nak taip. Melayang-layang rasa
badan. Tak mampu nak berdiri. Sedih. Terkilan. Sebak. Pilu. Tak boleh nak
kumpul pon jadik ayat. She’s like my own family. Close sangat. GF I pon dia
panggil Mak jugak.
Al-Fatihah untuk Kak Maslina Mansur yang baru
sahaja kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Dia meninggal akibat komplikasi
jantung semasa pembedahan kali kedua selepas pembedahan pertama pada hari Isnin baru-baru ni untuk buang cyst dalam
perut dengan Dr. Hamid Arshat di Hospital Pantai Bangsar. (Tak official lagi
sebab meninggal).
Kak Mas kawan sekolah De. I kenal sejak dari umur
13 tahun. Memang dari sekolah lagi dia sakit migraine teruk. Membawak sampai la
sekarang. Period pain teruk sangat skali dengan ada cyst dalam perut. Tak
sangka. Pembedahan untuk buang cyst yang I rasa macam tadek apapa end up jadik
macam ni. Dah ajal Kak Mas agaknya. Padahal pembedahan dia lambat lagi. Kena
queue sebab Dr. Hamid Arshat ramai patient but ditakdirkan ada patient lain tak
jadik bedah so dapat slot in untuk dia.
Janji Allah itu pasti. Ajal maut takkan
tercepat/terlewat walau seminit pon. Pergilah Kak Mas. Dah lama sangat Kak Mas
menderita menanggung sakit. Dikcik pasti akan rindu bebelan Kak Mas dekat FB.
Mengadu pasal menda remeh temeh yang kadang-kadang mencuit hati. Pergilah Kak
Mas… Kami pasti akan menyusul nanti…. Berehatlah… Forever you will be missed.
Mintak tolong yang baca entry ni untuk spend masa sekejap sedekahkan Al-Fatihah untuk Kak Mas yer? Doakan semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
-eNd-
Kak Mas yang tengah-tengah. Masa raya aidlfiti baru-baru ni.
4 comments:
Al-fatihah.. semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman
Al Fatihah. Cantek orangnya...
Cantiknya arwah...Al Fatihah
al fatihah ..
Post a Comment