Assalamualaikum.
Maaalas je rasa nak kerja bila dah cuti lama-lama
ni kan? Cikgu-cikgi kat Johor lagi la best sebab dorang cuti dari Jumaat –
Isnin. I rasa macam tak adil je. Dah la cikgu kerja half day pstu cuti sampai 4 hari. Melampau tau? Mana keadilan
dalam dunia ni? 4 hari tu cuti….! Nyampah. Hahahahha. Menyesal dulu tak jadik
cikgu. Tapi I kalau jadik cikgu nak bahagian sukan je. Dengan kebudayaan.
Hari-hari belajar joget. Haha.
Raya Haji ni, kitorang beraya dengan Mak and Bapak
dulu sebab masa Raya Puasa tak beraya dengan dorang sebab Bapak dengan Mak
beraya dekat hospital jaga Tok Chak. Bapak happy je, balik dari golf hari Sabtu
tu muka ceria je. Kata dia, ‘Syoknya beraya dengan cucu anak menantu’. Masa
Hari Sabtu, Mak masak nasik ayam. Pastu kata dia, kalau nak buat sambal nasik
ayam tu sedap, kena tumbuk dengan lesung batu. Takyah guna blender. Pastu I
remove semua seed dalam lada besar tu, skali bila tumbuk mencepok-cepok air
cili merecik. Nyampah. Tapi nak sedap punya pasal I redha. I cakap pada Mak, ‘Ni
kalau Bapak kata nasik ayam sedap, Mak bagitau sebab Su tumbuk cili yer?’
WALAUPON I jadik sous chef je haritu tapi tak kira, I nak jugak kredit.
Bagus Shein, Perangai suka mengemas rumah nampaknya sama macam Mama. Becinta dengan penyapu. Tapi Shein up skek la. Kalau Mama rajin kat rumah sendiri je tapi Shein dekat rumah orang lain pon dia rajin. Ni dekat rumah BIL punya parents. Haha. Tu muka masam je sebab I mintak penyapu and suruh pulang selipar Amsyar, pastu protes buat muka. Melawan Shein, melawan.
Baju siaran ulangan sebab Bapak and Mak tak tengok kitorang pakai baju ni lagi. Shein tak puas hati muka masam sebab tak dapat main marker. Tadek sekeping pun muka dia senyum. Semua muka tak puas hati je. Gegham nak tunjal.
Tenkiu Mak. Kembang sangat ke rambut I? Haha.
Both hensem. Bapak, nak uweeeet!
I tukang prepare salad, timun, tomato and buat sambal. Banyak kerja tuuuuuuu. Mak punya nasik ayam memang sedap!
Malam tu I buat kuah carbonara seafood and esok pagi Mak buat nasik minyak. Bapak and Sazli beli lemang and rendang tapi pagi raya tu bila belah, lemang mentah. Bengang je. Dah la doblas hengget sebatang. Tapi naseb baik nanti ada lemang, ketupat, ketupat pulut segala mala rendang kari belaka kat kampong so tadek la ralat sangat. Balik je Sazli dengan Bapak dari solat sunat hari raya, baru kitorang gerak ke rumah Tok Che Amah. Kat sana ada la makanan-makanan lain yang Uncle Auntie Sazli bawak dari rumah masing-masing. Dari western ke traditional semua ada. Pagi raya makan Spaghetti Carbonara Seafood, ko ada? Haha.
Dalam pukul 12.00pm baru la kitorang gerak balik Jengka. Shein dalam kereta selamat tido. Sebab waktu tido dia memang tengahari sekarang ni. Tapi tu la. Tido nak atas peha I je. Nak berdakap macam baby. Naik sakit dada I sebab nak menampung berat Shein. Dia pulak dah 15kg T____T. Macam riba sekampit beras. Mengada kan? Sampai Jengka, I singgah umah BIL kat Jengka 20 sebab semua ada kat sana. By 5.00pm baru la sampai dekat rumah. Lompat-lompat-lompat bagi makanan turun then baru la makan ketupat rendang segala tu. Puas hati. Ini baru namanya raya. Intan pulak saiko pergi post jumlah kalori lemang rendah semua dalam FB I. Sebab dia kononnya nak diet start dari 1/10 tapi hari-hari makan nasik, diet mendanya? Podah!
Hari Isnin lepas zohor kitorang gerak balik KL. Jalan jem but ada movement. Biasa 2 jam la KL-Jengka but semalam off la sejam. Ok la dari orang lain. Boss I cakap masa Sabtu dia balik Taiping dari KL, pukul 11.00am dari KL, pukul 11.00pm baru sampai sebab ada accident kat terowong yang jadik viral kat FB tu. And sesapa balik Kelantan pon dengarnya jem teruk jugak kan? Ishk. Tak boleh imagine I kalau stuck dalam jem, sebab Shein ni jenis kalau kereta tak bergerak dia huru hara. Pantang bagi chance, terlepas sekajap terus kalau boleh biar dia yang nak bawak kereta.
Macam ni la Shein dalam kereta. Nak berpelukan roti tampal je dengan I. Dah la berat shebab shebab. Ni otw nak balik dr Pahang ke KL. Almost sampai, Shein jaga. Tapi sebab dia dalam tempoh bertenang, so tadek la huru-hara sangat dalam kereta.
Boleh tak kat Pahang I tak amek gambar sekeping pon? Lupa! Sebab biasa la, kiter sebok dengan aktiviti masak and makan. Tu yang lupa tu. Tak sangka untuk Hari Raya Haji ni Shein also kumpul lots of duit raya. Mama ‘simpankan’ eh Shein? **Sambil browse Handbag Tory Burch dalam Instagram. Haha.
-eNd-
2 comments:
Tang bini najib tu lawak.kahkah
FAD
FadlinaMokhtar : so bersetuju la dengan statement tu? hahahah
Post a Comment