Tuesday, October 7, 2014

Pasal Dato' Datuk Datin Paduka etc

Assalamualaikum.

Pelajaran hari ini yang sapa friend dengan I dekat FB mesti dah tau. Semuanya bermula bila Si cantik manis Mira (muntah hijo) yang dah gemok sebab mengandung sekarang ni sound I pasal satu entry ni. Kan I ada tulis Datin Paduka X? Pastu kata Mira, ‘Maksu, kau takyah la suka suka mengdatinpadukakan wanita yang kawen Datuk Paduka tu. Pastu I reply, ‘Biar la, ko sebok apa?’ (Jawapan cover salah cenggini la. Konsep dia, kiter kena balas dengan kesombongan). Haha.

Kata Mira lagi, sesiapa kawen Datuk Paduka tapi dia akan dipanggil Datin je. Tak dapat pon Datin Paduka. Itu Protokol la. Pastu I tanya dia, ‘Kalo Datuk Paduka, wife dia tak dapat Datin Paduka secara automatic ke?’ Pastu Mira terus belagak and menjawab, ‘Mira kerja gomen Mira tau la. Dia dapat Datin je. Takyah nak Paduka sangat’. (Mira dia Pegawai Tadbir Diplomatik dekat Kementerian Sumber Manusia. Eh tapi tu dulu. Sekarang Jabatan mana I tak sure. Haha). Pastu I tanya, kenapa tak dapat? Jawapan Mira, ‘Ishk, berbulu la telinga dengar. Eh. Jeles ke?’ Dia tanya diri dia sendiri yang dia jeles ke. Dah la tadek jawapan and membiarkan I terkontang-kanting.

Pastu I tanya lagi, Kenapa dia dapat Paduka? Adakah dia hebat? Jawapan Mira, ‘Ikut  negeri la Maksu, Dah Sultan nak bagi dia Paduka nak buat macam mana. Tapi taktau la negeri mana yang bagi. Malas nak Google’.  Pastu I cakap, ‘Pemalas sangat la Mira ni. Mira kan PTD?’ pastu Mira menjawab, kata dia. ‘Motif la Maksu aku nak kena buat research pasal ni’. Pastu I kata ‘Eh kena la. Ko ni peminat blog aku ke apa?’

Pastu Mira ego and tak mengaku lantas menjawab, ‘Tadek la. Dah ternampak so baca la. Ko ni baca salah, tak baca salah. Mana satu ni?’ (Jawapan dah malu sebab kantoi baca blog I) Pastu bila I cakap dia in denial terus tukar cerita kata teringin nak makan nasik ayam The Chicken Rice Shop. Haha.

So kesinambungan dari perbincangan I dan Mira, I bincang pulak dengan Sazli, tapi malangnya Sazli pulak suruh I carik jawapan. Dah tak pepasal aku yang stress. Sebab Sazli jenis soalan bertalu-talu. Puas I Google sana sini and jumpa la dalam a few website tapi jawapan dia tak la detail mana. So I kumpul and come out with this. Correct me if I’m wrong. Korang pon kalau taktau jangan tanya I sebab I pon tau by Google. Hahaha. Tapi kalau korang ada additional info pasal ni, boleh la share so that kiter bijak sama-sama.

‘If suami ada pangkat Datuk Paduka, isteri dia takkan dapat Datin Paduka tapi Datin sahaja. Gelaran Datin Paduka hanya boleh dapat jika dianugerahkan. Contoh : Negeri Johor dan Sarawak akan bagi gelaran Datin Paduka kepada penerima perempuan so dia takkan dapat Dato’ Suraya tapi Datin Paduka Suraya instead walaupon suami dia tadek pangkat Dato’/Datuk (contoh).’

‘Beza Dato’ dan Datuk ialah Dato’ dapat dari Sultan. Contoh : Dato’ Siti Nurhaliza and Datuk pula dapat dari Yang Dipertuan Agung dan negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua macam  Melaka, Sabah and Sarawak. Contoh : Agung Persekutuan (Datuk Nicole Anne David and Datuk Lee Chong Wei) and Datuk Shah Rukh Khan pulak dapat dari YDP Melaka.’

So paham tak? Ada jugak soalan yang mana lagi tinggi? Dato’ or Datuk? It’s depends siapa yang anugerahkan. Dari negeri mana and apa pangkat yang dia dapat contohnya macam DSK, AMN etc. I pon confuse sebab among menteri pon ada yang dapat Dato’ Seri tapi Menteri Kabinet je tapi ada yang Datok sahaja tapi Menteri yang besar lagi pangkat macam menteri-menteri utama negara.

Tapi sebenarnya kiter as rakyat biasa asal orang tu Datuk/Dato’ kira dah tinggi dah. Tak kisah la dari negeri mana tapi sesapa yang kerja kerajaan and terikat dengan protokol-protokol ni kena la ambik tau, sebab susunan nama tetamu kehormat dalam satu-satu majlis yang melibatkan dif-dif kehormat, kena ikut susunan yang terkanan mengikut anugerah yang dapat.

Macam I, ada la paham sikit-sikit sebab kerja. Protokol pangkat ni semua memang kiter nampak macam enteng tapi sebenarnya for some individu it’s a bigggg issue. Salah pangkat ke, salah susun sapa nama kena atas sapa nama bawah, pingat-pingat, nanti marah. So kena amek tau. Protokol. Tak boleh main letak je.

Tu tak kira kalau Dato’/Datuk kategori mana yang kena ada YB, YBhg. Mampos nak kena study. Nasib tak kerja PTD and bukan dalam agensi kerajaan yang kena ambik tau segala-mala pingat, anugerah. 

Last but not least, undilah Datuk Shein Iskandar untuk PRU 2020. Eh.

-eNd-


HIYARRRRKHHHHHH. Sikit punya kuat siap boleh angkat meja macam ni kalo tak undi jugak taktau la...

4 comments:

Irfa said...

oh gitu ke?
emm kena beli jgk lah seketui gelaran ni, hihi

ira_violet_bee said...

kak oiiii..semangat ko buat entry pasal nie..baru ku tau beza datuk and dato' wahahahahha..
TQ mama shein!!!

Chooyaya! said...

Irfa : gitu la irfa. maybe some of them, maybe ada yang bebetul layak. tak berani nak komen sangat.

Chooyaya! said...

ira-violet-bee : hahahah. kaksu memang bersemangat pon.. takbirrr!!!