Assalamualaikum.
Ada ke yang dah balik kampong sempena Raya Haji ni?
Kalau ada, korang memang melampau kan? I ada kat KL lagi. InsyaAllah Ahad
tengahari baru balik Jengka. Lepas tu I plan nak cheat day la from diet sebab
Kaklong punya rendang tetel + lempong boleh tahan biadap sedap dia. Kata Mak,
dia dah beli ayam kampong 5 ekor dengan jiran sebelah nak masak kari
pekat-pekat. Harga RM40.00 pastu kata Kaklong, beli la 6 ekor. Baru la banyak.
Mak cakap, ‘Hai 6 ekor je ke? Mak ingat nak beli cukup 10 ekor’, pasti si
bendol Kaklong cakap 10 ekor banyak sangat kot mak?’ Hahah.
Kepada Kaklong sorry sebab tak dapat nak tolong ko
masak esok. Nanti aku balik tinggal ngap je la. De pon balik Jengka 20 dulu, so
dia pon terselamat. Sorry eh kak? Nanti aku belanja ko satu purse Tory Burch. Tu
pon kena tunggu aku kaya raya pakai Mercedes dulu la. Kalau tak, takde. Haha. Kepada
Kaklong diucapkan selamat berperang didapur, dengan kata-kata, ‘Jaga Mak.. Jaga
Mak.. Jaga Mak….’ Macam ucapan Ina bagi pada Mawi dulu. Haha. Bongok.
Tadi I tengok Tory Burch punya butik kat Pavilion
boleh tahan design dia. Beg dia pon design ala-ala Prada je. Tak dapat Prada,
Tory Burch pon jadik la. Kepada yang berkenaan sila consider Tory Burch for my
birthday. Thanx.
Minggu depan 11-13 I pergi Johor sebab nak pergi
Legoland sempena birthday I (12/10). Bilik dah siap bayar pakai Maybank2U sebab
kecoh kelapa takot bilik kena let go. Padahal Legoland kata payment upon check
in. Tapi I bayar jugak. Ticket combo waterpark + themepark pon dah beli sebab
kalau awal 7 hari dia dapat 20% off. Setel semua, tinggal nak pergi je. Lepas
tuuuuuuu nanti I akan singgah JPO dulu cuci mata. Pada yang nak kirim sependa
La Senza sexy-sexy untuk menggoda suami, boleh email I. Kata Dyba sependa
murah, 3 helai RM100.00 tapi kalau nak kirim kena bagi pengeras sekali. Nothing
personal except business kekdahnya.
So, selamat Hari Raya Aildladha buat semua. Semoga
selamat pergi dan selamat kembali. I akhiri entry ni dengan 2 keping gambar
Sheindong minum air teh ais. Sebenarnya teh ais tu I punya, tapi bila I nak
ambik dia heppp kan I. Lawan tauke sungguh Shein ni. Dah la sekarang pergi
breakfast dekat Mamak, air nak teh ais je. Dia ingat dia dah besar sangat la
tu. Padahal sunat pon belom. Naseb la lepas minum tadek sembelit ke apa. Dah
la kalau gigit orang sampai bocor. Dah la kalau main kejar-kejar lepas tu bila tak
dapat tangkap kiter dia nanges. Dah la berat lepas tu nak mintak dukung
selaluuuu. Eeeeee geram jerrrrrrr! Shein, bak duit raya!
-eNd-
Amboi muncung tu. Geget nak?
Love U Sheindong!!
5 comments:
shiendong syok la nk jln legoland
Hi Su, slmt hari jadi in advc. Akk pun bru blik legoland n lego hotel last week. Haih....checkin after 3.30pm, jenuh tunggu kt lobi ngan baby, fyi hotel guest leh masuk park as early as 9.30am...so pagi2 dh pusing park...pastu xleh cekin...dok lepak kt lobi, seb baik lego set sepah2 kt lobi, ank2 yg lg 2 tu lekalah. Pastu cekout plk by 11am! Boleh?...btw, spenda sexy lasenza last week 5 for rm80...akk dh rembat semer...;) (silent reader:1st time comment)
omeynyaaaaa shien !! <3
bulat ! nak gigit pipi diaaaa... gahhhhh ~
p/s: yay. genap2 600 ^^,
gewam pipi shien tu..
Mimie : syok laaaaaaaaaaaaaaaa. Hahahaha. kata berjalan? taknak kirim apapa kat JPO? Sure?
Post a Comment