Thursday, October 23, 2014

Resepi Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum.

Kan lately ni ada ramai orang jual sambal hitam Pahang? I pon ada la test a few dari IG shop. Ada je la yang tak berkenan kat tekak. Tak kick la, kering sangat la, pedas sangat la, kurang perisa la segala mala komplen. Pang baru tau.

Sebenarnya kiter ni ada different taste. Ada yang suka sambal tak suka letak gula, ada yang tak kuat masin, ada yang suka kering, ada yang suka berair skek. So semalam bila Kaklong kata dia free kat rumah tak buat apapa I decide nak lepak dekat sana je. And teringat Kaklong memang jenis standby belimbing buluh rebus dalam fridge  (untuk ganti asam gelugor) so I cakap pada Kaklong yang I nak buat sambal hitam. Kata Kaklong ok set! Dia masak sardine masak kicap.

Memang kitorang makan lauk inflasi je semalam. Sazli suka makan kering-kering kan? Dua kali dia makan. Senang nak jaga Sazli ni. Hahahah. Takyah nak tomyam ayam sweet sour ketam masak lemak belaka. Sambal dengan sardine dah happy. So semalam I pon buat la sambal hitam Pahang ni menggunakan resepi I sendiri yang maybe berbeza dengan cara orang lain. Basic dia sama je dengan resepi sambal air mata but bezanya air asam jawa tu tukar dengan belimbing besi rebus. Bila masak sendiri baru la puas hati sebab kena dengan tekak. Sebab rasa sedap ni actually subjective. Depends on orang kan? If korang tanya sambal hitam Pahang I ni sedap ke tak, of coz la I cakap sedap. Ko giler tak sedap?




Sambal Hitam Pahang. My way bebeh!



Sardine masak kicap. Kaklong goreng dulu sardine tu. Meletop-letop. Memang merajin Kaklong. Gua tabik lu la. Hutang aku bila nak bayo? Hahahha.


Telur dadar pon nak share? Biar aaaaaaarrr.

I ada share sambal air mata dekat sini but sebab I merajin, I copy balik. Lekas semua orang kena sayang I lebih harini. Nak uweeeettt!

Bahan-Bahan
  1. Lada kecik
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Bawang besar
  5. Belimbing buluh rebus
  6. Ikan bilis
  7. Garam+gula+ajinomoto
  8. Minyak


Cara membuatnya
  • Blender lada kecik dengan bawang merah, bawang putih and sedikit air. I blender je. Tak kuasa nak tumbuk sebab rasa dia sama je. Sedap je. Dulu selalu rasa kalau blender tak sedap. Takde maknanya.Tumis je sampai kering air dia, sama je sedap. Korang kalau merajin boleh la tumbuk guna lesung. I malas. Deal with it.
  • Panaskan minyak
  • Masukkan bahan blender tadi
  • Masukkan belimbing buluh yang diramas-ramas. Kalau rajin boleh tumbuk guna lesung. Again aku malas. Haha.
  • Masukkan ikan bilis yang direndam
  • Perasakan dengan gula+ajinomoto. Garam tu terpulang sebab belimbing tu dah direbus dengan garam. So takot nanti masin sangat pulak
  • Last sekali masukkan bawang besar hiris. Siap!

Ada orang suka yang version kering-kering macam rendang. So boleh kurangkan minyak. If nak lagi kering, masak la lama-lama. Macam I, I tak suka yang kering-kering sangat. Suka yang basah-basah gitu awwwww. Semalam letak dalam IG I pastu ada komen kata minyak berlinangan. Hahahha. I memang suka minyak macam tu. Saje buat perhiasan (ko ada minyak buat perhiasan?). Kalau tak suka yang berlinangan minyak boleh kurangkan kuantiti dia ok?

Pastu korang jangan ngengada la nak order ke apa. Lempang kang. Buat je sendiri. Sapa yang kata mengidam ke apa I pejam mata tak baca. Hahahha. Lagipon senang mak enon sentut. I memang tak dilahirkan sebagai peniaga. M A L A S. Dulu Pink Daisy tu pon sebulan je tolong De buat online lepas tu dah. I pening la nak handle orang tanya kaler apa, size apa, amek gambar semua tu. Pening aaaaarrrrr. Hahahha. Tolong promote ok. Nak meniaga? Taknak. Tak pakai Prada pon takper la. Kalau kata la nanti ada rezeki nak meniaga pon, I nak bukak restoran franchise je. Senang semua orang buat. Untung sikit pon takpe janji ada. Hahahhaha.

-eNd-

2 comments:

Ann said...

menjejeh-jejeh air liur tgk gambar mknn ni...baru nk mtk ikhsan kak sue nk rasa sambal tu...xdpt la ehh??ehh??heheh..

Chooyaya! said...

ann : takderrrrrkkkkkkkkkkkkkkk hahahah. tp kalo nak trade dengan prada takper. kaksu boleh consider.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...