Friday, October 24, 2014

Pervert and Penipu

Assalamualaikum..



Ok. Harini kiter cakap pasal zeriouz issue ok? Pasal lelaki gatal and lelaki penipu. Kalau nak go for detail, I rasa sampai 8 muka surat pon belum tentu habes. Kan? So kiter cerita santai-santai je. Tapi dalam santai-santai tu keyboard ni dah macam nak pecah kena ketuk dengan I. Hahahha.

Lelaki gatal ni BIASANYA kalau dia dah kawen, 1) Dia memang ada attitude problem 2) Isteri dia queen control.

Kekadang ada je golongan lelaki gatal ni isteri nauzbillah cantik, baik, bijak and almost perfect (since tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni kecuali Baginda Rasulullah saw) tapi tetap nak menggatal jugak. So pathetic kan? Depan isteri punyalah baik, pijak semut pon tak mati blakang rupanya perangai gatal syaitanniroojim and pervert nak mampos.

I feel sorry to lelaki gatal ni. Serious. Kesian sangat. Kurang kasih sayang ke apa? I kerja dalam dunia corporate ni and kenal ramai lelaki dari penjual surat kabar, dispatch, colleague and bosses so macam-macam perangai manusia I dah deal. Tak la kata I ni bijak sangat tapi more than 10 years ni, kekadang 7 saat pertama kiter dah boleh kenal macam mana lelaki hidung belang. Remember I cakap pasal impression seawal 7 saat yang pertama dalam entry ni?

Orang macam ni biasa  dalam otak fikir sex je. Tadek fikir lain. Nampak pempuan pakai jubah pon boleh dia fikir tembus sampai nampak pempuan tu bogel. Pantang ada yang cantik, pedulik dia kalau orang tu isteri orang ke, janji dapat flirt sikit-sikit jadiklah. I benci giler orang macam ni. Seriously. Macam tadek respect pada perempuan. Tongong.

Asal jumpa je, bertentang mata je cakap ulang-ulang everyday ‘U cantik harini’. Hari hari ok? Kot yer pon nak being nice or memang kiter ni lawa ke (ehem-ehem) tapi agak-agak la wei, hari-hari cakap menda yang sama. Pastu buat pandangan yang sangat lah menggoda and tenung tajammmm dalam mata bajet kiter nak cair la. Pui! Pastu panggil nama banyak-banyak kali suruh stay padahal tadek apa pon nak cakap. Ko dah kenapa?????

Kalau hensem sangat macam Fahrin Ahmad at least takper la ni sendu diknon. Memang ada I kenal lelaki ala kadar tapi the way they carry themself macamkan hensem nak mampos. Nama pon nak Korea/Jepun je. Budget sangat. Eh please la ok? Kang kalau bagi hadiah cermin kata kiter perli pulak.

I can be a really good friend to my male colleague/male friend/ex-schoolmate but please once you try to flirt with me or nak menggatal so good bye forever. Memang lepas tu I tak layan dah la. Geram giler. Both category I jumpa lelaki gatal ni. Pasal dah memang attitude ada, pasal dapat wife queen control pon ada. Yer la. Kat rumah asyik menikus takot bini, kat office/luar apa lagi habes cleaner semua dia sapu nak menggatal.

Satu lagi lelaki penipu. Biasa lelaki penipu ni tak hensem. Jenis tak hensem, tadek duit tapi nak kenal pempuan cantik jer. Menipu konon kaya padahal habuk pon tadek. Kot tak menipu kang tak dapat pulak nak ber gf cantik kan? So cerita pon taknak kalah. Umah nak kat Elite Area je. Kereta BMW pon pakai bawak pergi pasar je. Mesti la up cerita kereta parking kat rumah Lamborghini je. Kan? Holiday nak Aussie je. Business nak juta-juta je tapi sebenarnya jual biskut raya. Acane? Orang kalau dah kaya sangat nak jual biskut raya ker?

Orang kalau kaya, kiter tau la dia pakai macam mana, cakap macam mana. Ni konon taknak act like one sebab jenis down to earth. OMG nak muntah aku dengar. Dengan orang selenga taktau menda-menda boleh la nak menipu… Pakkal fikir nak jaga hati orang je. I ni memang suka  kalau dapat reveal pembohongan ni tapi bila fikir, ‘Kiter jaga aib orang, Allah jaga aib kiter’, so pujuk la diri sendiri supaya banyak sabar.

Even though U don’t mess with me, but if U mess with my family, my close friend maknanya U mess with me jugak. Tu je. Ok? I punya prinsip dari dulu, ‘Cubit peha kanan, peha kiri terasa berlebih-lebih’. So watch out eh?

I keturunan Bugis eh? Lanon laut ni biasa garang-garang. Jangan main-main. Jentik telur nak?


-eNd-

4 comments:

mamabeauty said...

ohoiii memang ramai golongan yg mcm ni .. minta dijauhkan..

aveo757 said...

lelaki mcm tu terang2 ada split personality. Pastu lagi satu karakter lelaki macam ni dia suka buat lawak macam bangsat. haram tak klaka tapi beria nak org gelak last2 sendiri gelak. aku kalau dgr lawak pesen niaam 'haloo ko kalau nak berjenaka biar yg klaka sikit ya. kang aku pelupuh berlumba-lumba gigi ko masuk perut.'

Lavender violet said...

hahaha nampak api kat mata kaksu... hihikk

Chooyaya! said...

mamabeuty : kan? merata and bersepah. kena tau cara mcm mana nak handle

aveo757 : biasa lawak haram jadah macam citer citer sex all the time. kan? biasa lah. dah nama pon pervert.

lavender violet : haaaaa kaksu mmg tengah menaga sekarang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...