Friday, October 24, 2014

Legoland Part III

Assalamualaikum..

Ok la. Nak jugak tu share lagi pasal legoland walaupon dah lapan belas tahun punya cerita. Hahaha. Macam yang I cerita dalam Part I and Part II, kitorang masuk lambat. Around 12.00pm kot baru sampai gate. Takper la, tadek rushing apa lagipon Sunday Johor kan cuti, so tadek masalah nak beratur panjang untuk main game ke apa cuma cuaca amatlah panas. Naseb baik Shein dah pakai sleeveless, seluar cotton selesa and stroller yang ada payung so tadek la I rasa bersalah sangat. Walaupon I seorang yang meroyan ambik gambar bangunan Lego sorang-sorang tapi takper. I ok jer. Haha.

Mak, Bapak and Sazli memang la bukan kaki bergambar. Sazli la paling win. Amek gambar taknak, tolong ambik gambar pon taknak. Jenis dia ambik gmbar sekali je. Lawo ke tak, lighting ok ke tak lantak ko la kat situ. Apa hasil dia ambik gambar kena gembira jer. Redha. Hahaha. Bapak plak dia suka ambik gambar if involve Shein je. Tapi ok la. Dalam bab ambik gambar I up la markah Bapak tinggi dari Sazli. I agak la if dalam family ni tak I seorang yang bersungguh-sungguh, I rasa memang setiap kali vacation gambar kenangan almost tadek kot? Yang ada gambar I selfie sorang-sorang je. Hahahah. Syok sendiri.

Kitorang memula naik keretapi. Lepas naik keretapi baru la pit stop sekejap. Makan. Padahal tadi baru buffet breakfast yang siap pukul 10.30am tapi pukul 12.00pm dah makan. Paham tak konsep dia kalau berjalan tapi lapar setiap dua jam ni macam mana? Hahahah. Ingat. Jangan lupa ambik map ok? Sebab lepas ada map then only you know bahawasanya Legoland ni bapak la besar. I nak cerita each place dekat sini pon tak mampu but korang kena try semua jenis roller coaster dekat sini. Ada 4 jenis tak silap I. And please naik semua sebab each jenis, different experience dia ok?

Dalam banyak-banyak tu, satu je yang Sazli boleh naik. Tu pon PUAS I memujuk dia. Sazli kan ada vertigo. Dia mana boleh naik menda tinggi-tinggi macam ni and jenis rentap jantung macam ni. Nanti dia migraine. So semua pon I naik sorang-sorang je la. Loser. Biolah. Dah la beratur sorang, lepas tu naik pon sorang. Kan ada yang jenis satu roller coaster punya kereta tu (kereta ke nama dia) Boleh naik 4 orang kan? I naik sorang ok? Hahahha. Sazli tukang pegang handbag and amekkan video dari bawah. T____T Abang yang tukang jaga tu pon tanya, ‘Sorang  jer ker?’ Pastu I cakap  ‘Yerla dah tu? Buta ke?’ Tapi jawab dalam hati. Hahahaha.

Seriously nak naik 3 4 kali pon tadek masalah sebab memang tadek orang queue. Puas hati. So if nak pergi puas main, pergi time Ahad and bukan cuti sekolah ok? Boleh main sampai muntah.  Masa first ride, kiter naik roller coaster yang masuk dalam air tu. So memang basah la. Kena la beli poncho RM12.00 sehelai. I sanggup jer beli sebab tak mampu nak melekeit sependa and bra basah. Memang tak basah langsung bila pakai poncho! Masa memula naik rasa excited. Tapi bila dia berenti kat tengah-tengah and nak menjunam kebawah tetiba rasa menyesal. Tapi dah terlambat la. Sebab takkan la nak terjun dalam air tu pulak kan? Hahaha.

I masuk almost semua tempat tapi yang kalau ada game berkumpulan and mainan budak-budak tu I tak join la. Dah kata I dengan Sazli jer berdua (Bapak, Mak and Shein dah naik hotel time ni). Sazli plak RAJIN SANGAT la nak melayan I naik semua menda kan? Dia kan dah dewasa? I je yang kanak-kanak dalam Legoland ni tapi kata Sazli, ‘Ikut mana Bubu nak pergi. It’s your birthday kan?’ Heeeeee Tq Papa! Tenkiu sebab naik jugak sejenis roller coaster dengan I. Sazli ni memang omel. Badan nak tinggi je. Rambut nak kenteng rock je tapi tu la. Gayat. Architect sebetulnya tak boleh gayat sebab kena sesekali cek bangunan panjat tinggi-tinggi tapi sebab dia vertigo kiter kena la maafkan dia. Ok?

Apai, dalam hal ni. Apai la menang sikit dari Saz tapi bab makan sos tomato, ko kalah eh? Hahahahhaha. Overall I had so much fun! Pergi kali kedua yang entah bila nanti, I’ll make sure yang lawatan itu lebih beerti dan tak membazir. Kan I pergi beli combo ticket waterpark+themepark dalam sehari. Itu kurang bijak sebab each park at least we need one whole day. Nak main-main tu memang sekejap tapi nak  berak/makan/solat/berehat tu pon kena ambik kira jugak.

So kepada yang nak pergi Legoland, jangan lupa baca link tips I dekat atas yang I dah bagi tadi ok? Pergi tempat yang kena bayar ticket mahal, hotel mahal and jauh dari rumah kena la berbaloi dan puas hati kan? Kalau I cikgu pelancongan (Ada ke cikgu pelancongan) I bagi I 70 markah for this time. Maknanya B aje. Next visit I makesure I dalam 90 markah A++.

So, enjoy the picture. Tak banyak pon I letak kat sini. If nak tengok banyak-banyak, pergi klik album Legoland dekat FB I. Rasanya tak private. Ok? Majulah Legoland untuk Malaysiaaaaa!!! **Tetiba

-eNd-



Ni la Roller Coaster ride yang paling seram. Ambik gambar sebelum queue. 


\

Aik abang baju merah? U beratur sekerat jalan je kan? Lepas tu turun balik kan? Hahahha.


Ni masa dekat bangunan miniature. Panas lit lit ok? 







Banyak giler miniature building. Rajin tak rajin je nak ambik gambar. Malaysia and around the world. Best. Yang tak best sebab too hot!


Yang ni tak naik.


Yang ni la roller coaster pertama yang kitorang naik. Yang menyesal ditengah jalan tapi dah tak berguna tu. Hahaha.


Tak singgah sebab dah kenyang. Ko bernaseb baik.


Cantik-cantik bangunan dalam ni.


Yang ni ada game pam-pam kereta bomba. If dalam group boleh la main.


Tak naik jugak sebab tak mencabar and tadek adrenalin rush. (belagak)


Tak ingat ni untuk apa. Hahaha.



Ni dedua gambar masa dalam train.



Boleh tak I tadek amek gambar dekat sini? Ni semua salah Bapak. Haha.




Sheindong muka pon dah merah-merah. Bajet Mat Saleh.


Bapak la paling banyak tolak Shein dalam stroller. Tenkiu Bapak!

2 comments:

FadlinaMokhtar said...

Ni confirm la entry last kan.muahaha
FAD

Chooyaya! said...

ada satu lagi. hahahahhahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...