Friday, October 10, 2014

Spiderman Makan Kerepek Bawang?

Assalamualaikum..

Si Shein ni memang suka mengunyah tau? Kata Sazli, Shein macam Maktok. Walaupon dah kenyang tapi kalau offer makan, dia ok je. Boleh lagi makan. Macam kiter, kalau dah kenyang letak apa pon depan mata tak boleh dah nak telan tapi Shein lain. Lepas lunch kata la makan nasik kan? Menyentan je kalau nampak orang pegang ice-cream. Lepas tu sambil main-main naik motor dia tu ke, ada kerepek bawang or buah or biskut pon boleh je. Pendek kata kiter pon taktau bila masa yang dia kenyang.

Naseb baik la Shein jenis aktif. Main lari sana sini sampai lencun berpeluh. So balance la apa dia makan dengan dia punya exercise. Kitorang pon control jugak food intake dia hari-hari. Dah tau Shein jenis mengunyah so kalau rasa nak makan apapa ke jangan depan dia kang nanti memanjat la dia nak sikit. Hahah. Memang seronok tengok anak selera makan tapi kena tau how to control sebab masa kecik comel la debab sikit, tapi kalau dah besar tak macho la debab kan?

Shein kan kalau dia makan nanti dia pegang and belah dua. Sebelah kiri pegang yang besar, tangan kanan masuk mulut makanan yang bite size. Kecik-kecik je dia suap. Lepas tu kunyah slow-slow. Tak la seketul pau goreng masuk terus dalam mulut. Eh. Tu aku. Hahaha. Jadiknya if Shein makan memang takes time. Cubit sikit-sikit, masuk mulut. Kunyah kunyah kunyah and dah habes baru ambik lain. Biskut orea yang bulat tu kan? Nanti dia gigit sikit-sikit. Kunyah telan. Lama baaaru habes. Aaaaaa omelnyaaaa dia makan.

Orang cakap, if nak tengok peribadi seseorang by macam mana dia makan. Penyabar ke tak. So maknanya Shein jenis penyabar la. Mama jenis kurang sabar. Tapi Mama ada hyperthyroidism so imbalance hormones tu yang selalu nak marah je. Pastu I tengok Shein ni jenis tak kedekut. Apa dia makan, kalau kita minta hatta dah ada dalam mulut penuh air liur pon dia suap kiter. Kecuali ice-cream. Yang tu memang tak boleh mintak. Duluuuuuuuuuuu boleh. Sekarang siap kalau makan ice-cream pergi kat hujung-hujung rumah. Diam je. Lepastu kalau kiter datang, dia sorok ice-cream kat tepi or dia berpaling. Hahahha. Omel.

Maknanya kata la kalau dia makan, sapa yang ada kat sekeliling pon dia akan suap jugak. Konsep dia, kalau dia suap kiter kena makan. Kalau kiter kata taknak or makan tipu-tipu nanti dia merajuk la. Dibuangnya yang ada kat tangan atau dia nanges menjerit kuat-kuat. Paksa ok? Macam malam tadi, dia makan kerepek bawang lepas tu satu suap dia, satu suap I. Lama-lama mana nak tahan. Snacks kot? Gemok la Mama nanti so I cakap pada Shein, ‘Shein bagi Spiderman makan, dia suka’. Lepas tu terus Shein suap dekat Spiderman. Hahah.


Nah Spiderman, Abang Shein suap makan kerepek bawang. Makan ok?


Bila dia tengok menda tu keras je tak nganga  mulut terus dibalingnya kerepek bawang dekat Spiderman tu. Hahaha. Tapi selamat la dia tak suap I dah. Ngek la Shein ni. Tunjal nak?

-eNd-

6 comments:

ieda iedana said...

kelakar la shein ni kak. dah la rambut kenteng. pipi pau.

NURUL NADIA Jafar said...

yela kaksu..anak kite pun mcm 2.lepas 2 pegang makanan pakai 2 jari je.jari kelingking naik ke atas..omel gile

NURUL NADIA Jafar said...
This comment has been removed by the author.
Chooyaya! said...

Ieda Iedana : Dia kaki drama tau? Nyampah

Chooyaya! said...

NURUL NADIA : Macamkan dia tu pembersih sangat kan kalau tengok cara pegang tu

NURUL NADIA Jafar said...

haha tau xpe...gerammmmm gile tengok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...