Thursday, October 9, 2014

Throwback Zaman Muda Remaja Liptik Pink

Assalamualaikum..

Throwback gambar lama. Waktu ni I dekat Sutrajaya dalam tahun 2004-2005 kalau tak silap. Seronok sangat time ni sebab officemate sebaya je and semua sekepala. Best! Waktu tu CEO I garang giler. I jadik secretary dia. Lawak bila ingat balik drama I gaduh dengan CEO sampai baling-baling pasu. Merajuk balik rumah tak kerja 3 hari.. I pon terkejut bila I boleh buat macam tu. Boss I la suruh I mengaku menda bukan-bukan yang I tak buat, tu yang sampai I baling pasu and dia cakap I nak jadik pempuan s**dal ke? Hek elleh nak jeles tak tentu pasal dengan bebudak kapal time family day. Mendapat la pasu kelantai. Ikut hati I nak baling je dekat muka dia. Stressed giler time tu. Itu la boss yang paling mengundang I menjadik meroyan and sakit jantung. Perrrghhh.


Blakang dari Kanan (Ke Kiri?) Kak Sha (tudung hitam), Fiza, Kak Marlie, Siti Nurhaliza, Kak Ayu, Acu. Depan dari Kanan, Ana, Kak Intan, Ila, Atin, Ama and Arwah Kak Tonah. Yatie takde dalam gambar sebab dia tak main netball. Simpanan pon tak dapat. Sian Yatie. Haha.

Dia punya stressed jadik secretary boss kepala angin sampai rasa baik I jadik tea lady or tukang cuci jamban je. Senang. Ni each time nak pergi office I mula la stress. Balik umah tido pon tak lena sebab teringat esok nak mengadap muka boss. Ya Allah. Memang tadek peace of mind langsung. Makan hati I sangat. Dah la boss I kalau marah jenis baling-baling file. Lantas I mengutip file dilantai sambil lap air mata dengan lengan baju kurung. Perrrghhh. I ingat menda ni ada dalam drama Melayu je. Tapi jadik pada I. untuk boss, I dah maafkan U. Thanx la sebab U, I jadik tough. Dengan U boss, I tak sangka I boleh jadik berani melawan. Sebab dah tak larat nak diam and makan hati berulam jantung. Gitu.

Ok sambung. Lepas I baling pasu, I ambik handbag, ambik kunci kereta and blah. Tiga hari tak datang kerja sampai boss I call Kaklong I suruh pujuk I datang kerja. Time tu I tak fikir apa. Lantak. Resign pon resign la. Darah muda macam tu la. Time tu umur I 24 kot? OMG muda giler! Bila fikir balik sekarang I rasa lawak pon ada. Macam mana I boleh baling pasu eh? Hahahahah. Garang eh kiter Yatie time ni? Dah la masa memula masuk orang cop I sombong. Tapi tak kenal maka tak cinta kan? Heeeeee.

Seronok la waktu kat Sutra. Ada Yatie, Arwah kak Tonah, Atin, Kak Sha, Kak Nini, Kak Intan, Ama, Abang Azza, Acu, Kak Ta, Kak Marli, Kak Tim… Memang best. Walaupon ada la seorang dua yang eksyen tak tentu hala. Mementang la time tu I bawak Wira 1.3 je. Sian I. Tapi tahun 2004 Wira ok ape? Haha. Naseb sekarang dah up sikit. Dulu I hitam sungguh. Dah la rambut rebonding lepas tu kaler rambut warna brown giler lepas tu kening hitam pekat. Pakai pulak lipstick pink. OMG. Krisis identity sungguh. Haha. Bebudak baru nak up macam tu la. Harap semua dapat memaafkan. I nak letak gambar kat sini pon tak sanggup.

Waktu tu I duduk dengan Kaklong. Kawan pon dengan Kaklong je. Along and Ayang masa tu kecik je lagi so tak boleh la nak geng sangat sebab mana cool kawan bebudak sekolah. Naseb baik la ada Yatie dengan Atin nak kawan I time weekend, kalau tak hidup I memang macam loser nak mampos. Tapi dalam loser-loser tu sempat masuak Gadis Metro. Hahahha. Yang tu I rasa I win giler. Hahahahha.

Ok la. Nak sambung tengok gambar lama and mengkagumi sense of fashion I time tu. Kbye.


Lawa rambut kejong?


-eNd-

6 comments:

Lavender violet said...

cute la kaksue..
tk hitam pon.. hihii

doll said...

eh..eh..?muka masa 24 dgn sekarang 34 :P serupa jer kot...awet muda..hehe..cuma rambut tu memang x dapat dinafikan kekejungan...

Haris Zuhaina said...

S Salam Sue
Cam tak dak perubahan pun.. sama ja, cm tang pkaler ja :P
Crita tergantung ni Sue. Penyudahan ngan Boss garang. Mana tau kot2 ada reader facing the same issue ;)

Sue, up la crita detk perkenalan ngan daddy Shein ;)
Syok baca crita Sue. Ayat direct

Chooyaya! said...

Lavender violet : hitam jugak sikit2. tu cahaya kot?

Chooyaya! said...

doll : hahahahahhahaha. ala, kasik chance la

Chooyaya! said...

Haris Zuhaina. Sudahnya dia 24 hrs tender resign. selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...