Assalamualaikum.
Ni kesinambungan dari entry semalam pasal mabok
cendawan goreng tu. Dah janji seminggu dengan bebudak ni nak makan kat Tony
Roma’s. Skali Khamis Ira mc demam panas and Sarah kena buat stock-take, so
tinggal la kitorang berempat je. Tapi misi tetap on walaupon kitorang saspek
Ira akan bersedih hati sebab dia yang beria nak makan Kick Shrimp tu. Yang
peliknya tadek pulak rasa simpati sebab dia tadek ke apa. Kejam giler kan?
Haha. Lepas tu sengaja je amek gambar pastu hantar dalam group sebab nak bakar
Ira. Haha.
Ira now duduk kat Bentong berulang KL nak pergi
kerja. Imagine dulu if nak makan Chili’s zaaaaappp terus KLCC. 10 menet dah
sampai. Nak makan Tony Roma’s tak mandi pon takper boleh terus pergi, now bila
dah duduk kat Bentong, makan KFC je la Ira jawapan dia. Sian sangat. Dah.
Korang jangan nak gelak lelebih. Bentong ok what? Lupa ke ayah Ira ada bela
ular sawa?
So far kalau makan kat Tony Roma’s memang tak
pernah lagi berjaya makan one plate tak share. Macam Shrimp Pasta tu, udang dia
meriah giler. And sebab dia creamy, kiter kena share. Sapa boleh habeskan
memang terror la. Mesti perut dia jenis besar. Macam Sarah, dia memang boleh
habeskan sebab dia tu cacat. Badan kecik, makan kussss semangat. So dorang
order shrimp pasta dengan fried mushroom. I dengan Kaklong order Ribs and Kick
Shrimp. Tapi bila makan semua share sama-sama tadek gaduh pon cuma time bayar
Kaklong tanya, nape dia kena mahal, Dyba and Intan bayar murah? Haha.
Ditakdirkan, waiter kitorang ketiak busuk giler.
Apa la naseb I, yang tak suka tu la kena mengadap hari-hari. Memang tadek ong
betul la. So order cecepat supaya waiter lekas pergi tapi dia pulak
peramah-peramah nak repeat order 2 3 kali. I saspek dia suka Intan. Haha. Time
hantar makanan dapat waiter lain, bila Abang waiter pandang I, Intan terus kata
‘she’s married’. Bongok kan? Yang Abang waiter tu pulak kejap-kejap datang
tanya nak apa. Nak sos ke? Nak apapa lain ke? Air ok ke? Makanan ok ke? Peramah
giler.
Lepas dah siap makan, terus balik. Biasa kiter suka
tengok makanan lain macam tengok roti, tengok kek kat food court Pavilion ni,
tapi this time memang kenyang nak mampos. Tengok makanan pon dah nak termuntah.
Apa nak jadik la rakyat Malaysia ni. Makan macam takde hari esok, lupa ke
mereka pada orang-orang susah yang tak dapat makan? Pastu bila minyak naik
doposen, bising pulak. **Tetiba
-eNd-
Kick Shrimp. Harga RM26.90 sedap gilers. Kalau yang jenis kurang makan, one portion macam ni dah cukup. Dia sama macam kolam udang. Its udang gemok goreng, pastu ada kuah cheesy pastu nak bagi seimbang healthy skek, so ada salad dekat bawah. Makan tanpa rasa bersalah. Yeah!
Number dua sedap selepas spaghetti and shrimp dekat TgIF (Now dah takde dalam menu) Yang ni Shrimp Pasta. Harga RM35.90 puas hati sebab selak pasta nampak udang gemok macam Shein. Tadek kedekut udang. Tak payah berebut makan sampai tak termakan. Last sekali seekor udang dalam pinggan Intan makan sebab kata Kaklong sapa makan last, nanti dapat suami soleh. Intan je yang single so dia terpaksa makan.
Beef ribs. Yang ni portion besar punya. Harga RM78.90 memang puas hati. I makan dua, kaklong dua, Intan tetiba terlibat dalam ini cerita. Dia makan satu yang paling gemok. Dyba tak suka, so dia tak makan. Rugi la Dyba sebab ribs ni sedap kot?
Yang ni la buat kitorang kenyang tu. Fried Mushroom. Banyakkkk giler. Harga RM18.90. Good for 5 person I rasa. Dah macam jalan-jalan cari makan pulak siap semua ada harga.Kalau TV3 taknak amek I jadik Pembaca Berita I rasa dorang kena consider amek I jadik host jalan-jalan carik makan. I setuju je. Haha.
Yang ni Dyba punya favorite. Roti time dia bagi panas-panas je. Makan dengan garlic butter tu. Bapak la sedap. Dyba suka makan dengan balsamic vinegar. Kata Dyba, 'Dyba nak yang hitam-hitam tu'. Mati-mati I ingat olive. Bila waiter bagi balsamic vinegar I kata, I nak olive la. Skali Dyba cakap, betul la ni Kaksu. Hesh Dyba ni. Olive dengan balsamic vinegar pon ta dapat beza ke? U r fired!
Intan ni, kalau I amek gambar dia elok je. Time dia amek gambar I ada jari dia la, senget la. Tak ready la. Sekeping pon tak boleh guna. Dah la tak kira. tau-tau dia hulur henpon je dah siap amek.
Sebanyak tu balance fried mushroom kitorang. Tak mampu nak habeskan. Tengok la Kaklong. Sampai mabok-mabok dah dia.
2 comments:
hoiiii neh yg nak g tony roma mkn fried mushroom !!!
tumbuk kang kasu hahahahaha
eda : kalau kau tumbuk aku elak!
Post a Comment