Assalamualaikum..
Harini I nak cakap pasal harga minyak naik. Sebab I
pengguna RON95 so I rasa la tempias dia. Kepada pengguna RON97 jangan nak
belagak sangat eh bila I komplen-komplen macam ni? Haha. Tau la ongkaye semua
pakai minyak mahal. Kiter golongan marhaen guna RON95 mestilah terasa bila
minyak naik doposen. Nyampah tau? Tadi I dah buat calculation. Usually I isi
minyak RM50 seminggu cukup untuk ulang-alik pergi kerja dari Ampang ke Jalan
Semarak. Kalau Sazli pinjam kereta I, dia kena topap balik sebanyak mana meter
minyak tu berenti time dia mula guna.
Haha.
Ok. Sambung balik. So RM50x4 jadik RM200.00 monthly
untuk minyak. Tak termasuk kalau I nak meladi dihujung minggu so dia akan jadik
double penggunaan minyak. Tapi semenjak naik doposen ni, I kena isi minyak
RM57.00 seminggu. Times four, so sebulan I lebih RM28.00 belanja untuk minyak maknanyaaaaaaaaaaaaaaa I
am M28.00 poorer! Tapi gaji tadek naik. Acaneh? Jangan pandang rendah RM28
sebulan eh? Kalau setahun dah berapa? Jap nak kira. RM336.00, banyak
tuuuuuuuuuuuu. So kata la kalau I meladi tetiap minggu maknanya sebulan I am
RM56.00 poorer times 12 jadik RM672.00. Banyak kan? RM672.00 tu ialah gaji some
pembantu kedai or cleaner-cleaner. Imagine if orang yang selalu travel yang rumah
dia dekat Seremban and kerja KL. Dah berapa? Kira la sendiri.
So I’m pretty sure golongan pertengahan ialah
golongan yang akan paling terasa dengan kenaikan minyak. Sebab apa? Sebabbbbb
kalau dia golongan kaya, usually dia tak heran pon. Maklumlah dia kan duit
berkepok-kepok dalam bank, tak sempat nak kira pon. Lagipon orang pangkat besar
ni biasanya dapat allowance minyak. Dapat kad Petronas. Zaaaap je terus isi
full tank. Apa ada kesah?
And golongan kurang senang dia pon takkan la terasa
sebab usually, dorang duduk luar bandar. Naik motor je pergi kedai, isi full
tank baru RM6.00 pakai seminggu. Takyah ulang alik rumah ke office and jugak
keperluan dia tak sama macam kiter yang duduk bandar. Sebab bandar ni
kebanyakan perkhidmatan kena bayar hatta nak kencing dekat public toilet pon
kena charge. Pastu banyak sangat hiburan yang menjadik kehendak yang tidak
boleh ditepis contohnya macam tengok movie, main bowling, makan sedap-sedap.
Kan? Tabah ke ko nak nganga je each time? Kalau tadek riadah and aktiviti
berbayar dah tu hari-hari bekerja untuk survive je ke atau acane? Memang takkan
ada la self-reward. Larat ko nak bawak anak tetiap minggu main kat taman sebab
free?
Golongan pertengahan paling terasa kalau ada
kenaikan minyak sebab mereka tak dapat BR1M, Rumah PR1MA tak layak, Tax dari
golongan pertengahan ni la di kaut kaw-kaw. So apa yang tinggal (Yang ni Kak
Tini mengadu kat FB I). Namun kami golongan pertengahan akan redha sebab Allah
takkan uji kalau kiter tak mampu (cakap sambil hantuk kepala kat dinding eh Kak
Tinie?) Haha.
Sedia maklumlah kalau naik je minyak, harga
barangan dan perkhidmatan akan naik jugak. Gaji tak pulak naik. Dah tu acane?
Kira tambah tolak semua I rasa, monthly kiter akan jadik paling kurang pon
RM50.00 poorer. Malas la I nak bebel-bebel tapi if pendapatan isi rumah
RM6,000.00 sebulan memang tak merasa la nak hidup selesa rumah terrace, kereta
import semua. Tak merasa. Setakat cukup makan je la. Nak-nak pulak duduk area
segitiga KL ni. Semuaaaa mahal. Apartment pon RM1,500 sewa sebulan. Acane?
Pagi tadi bila I call GF I. I cakap, ‘Mak, ni
minyak naik ni apa kes? Mak pergi tanya Najib. Not (I) ni terasa la bila minyak
naik. Kang semua mahal. Gaji tak naik. Dorang ni tak fikir ke anak cucu
generasi muda nanti nak hidup macam mana. Cost of living naik, tapi gaji sikit.
Susah la macam ni’. Pastu dia ketawa-ketawa je. I tanya kenapa? Dia cakap, ‘Mak
tengah tengok Amsyar ni. Dia tengok Ibu dia mandi’. T____T sesia I bebel. Dia
sengaja taknak dengar. Nyampah.
Ni status I dekat FB. Naseb Mak tadek FB so I berani la tulis macam ni. Ko giler kalau dia baca? Ada yang kena tido luar balik kampung Raya Haji ni nanti. Haha.
Tengok Along tu nak mengadu kat Atok dia. Hahahah. Bongok.
Kitorang dalam family dah tau dah, kalau dengan
Mak, jangan nak komplen pasal Najib, pasal BN, pasal UMNO sebab nanti terus
kena bebel. Naik hantu dia. Naseb tak kena halau tido kat luar je. Hahhaha. Mak
tu memang. Dia orang kuat Najib tu. Sayang betul dia kat Najib. Kata Bapak, ‘Mak
Nekmah tu kalau Najib jumpa dia, Bapak agak terus dia lantik jadik Senator’.
Hahahahhaha.
Pagi tadi I update status pasal minyak naik dekat
FB, skali Along (Anak sulong Kaklong) komen, Atoookkkk!!! Makcik Kannn!!!!
Hahhahaha. Bangang. Kitorang memang macam tu. Kalau nak mengadu mesti macam tu,
‘Makkkkk, Kaklong kannnnn, dia kannnnnnn’. Or, ‘Atokkkkkk, Mama kannnnnn, dia
kannnnnn’. Hahahah. Bongok.
So acane sekarang ni? Nak pung pang bercerita pon
tak guna. I pon tadek pulak interview Ahli Ekonomi ke, Penganalisa Politik ke,
so pengetahuan pasal kesan kenaikan harga minyak di Malaysia serta impaknya
kepada penduduk dan ekonomi negara, I tak berapa nak tau. Yang I tau, I AM
RM28.00 POORER MONTHLY! RM28.00 tu dah dapat bento set dekat Sushi King ok???
Duit jugak tu…
Izaaaaaaaaaaaaaa Nak Uweeeeet!
-eNd-
4 comments:
Yaaaa setuju... also golongan marhaen & pertengahan...nyampah minyak naik! gaji tak naik..sekian.
sama la ngan akak su, mak akak tu pengundi tegar umno selamanya
boleh bergaduh mulut pung pang pung pangg hahaha
mak akak cakap 'ko undilah pas pkr nanti darurat' eh mak tak undi pas pon mmg dah darurat sebab kena beli gula 1 pek 1 rumah je ingat tak? hahahahaha
pastu cuba cakap pasal air, hello kuala pilah tu air besar air kencing lagi nak komplen selangor takde air. ehh ni emo nih hahaha
Jan@Afzan : vote kaksu! **Tetiba
Hani : hahahahha tp argue dengan ongtue ni kekadang jadik kelakar sebab dorang comel je nak menang
Post a Comment