Wednesday, November 5, 2014

Air Tangan

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas, siap lunch dengan Mak, De and Kaklong kitorang terus gerak ke Bangi. Eh Bangi ker apa sebenarnya rumah tu? I main petik jer. Haha. Kat Bangi tu rumah Kak Zura cousin I. Rumah dia dekat area belakang South City Mall tu. Bangi kan? Dulu pernah pergi tapi biasa la. Lupa dah. So kitorang guna Waze. Pastu Waze pergi bawak jalan yang jauh nak mampos. Nyampah. Bak balik duit nak isi minyak kereta!

Co-Pilot I ialah Kaklong. Asyik nak membuta jerrrrrrrrrrr. Kalau I yang bawak kereta, konsep dia semua orang tak boleh tido. Kena berjaga sama-sama. Sebab nanti I rasa macam driver. Banyak punya cantik muka. Tapi kalau Sazli yang drive, dia akan cakap, ‘Bubu tido la. Rehat ok?’ Ha…. Nampak tak macam mana trick dia? Nampak macam baik nak bagi kiter rehat kan? Padahal macam I taktau dia nak tekan minyak sampai 180/kmj. Kalau I jaga nanti mesti I bebel.

Kitorang pergi rumah Kak Zura sebab nak tengok Pakcik I. Pak Ngah Seran. Dia tak berapa sihat. Nama dia Hasran sebenarnya. Teh (Makcik I) pon ada jugak. Sampai-sampai jer, terus I cakap pada Mak Teh, ‘Masakkan kiter sambal tumis ikan bilis yang paling sedap dalam dunia’. Macam tu la each time. Mesti without failed if I nampak je muka Teh confirm mintak sambal tumis sebab dia buat sedap nak mampos. Taktau la macam mana dia buat tapi the taste is different. Tak kisah la time tu dia demam ke, bizi ker, TETAP nak jugak sambal tumis dia. Dia pon takde banyak cakap, turutkan ajer apa I nak. That's why I love you Teh. Heeeeee

Kiter jarang-jarang dapat jumpa. Once a year je kekadang sebab Teh duduk kat Kampung Kuala Paya, Segamat sana. Tu kampong asal Mak I. Dia orang Johor. Dengar cerita orang Johor semua cantik-cantik kan? (Tetiba je nak mengaku orang Johor). Kata Kak Zura, bukan tadi korang baru makan ker? Pastu I cakap, kecoh laaaaaaaaaaaa. Pergi je la masakkk!! Kaklong ko jangan tolong. Aku nak yang Teh masak eh? Pastu kata Kak Zura, ‘Ko la kecohhhh;. Hahaha. Melawan Kak Zura, melawan.

Teh masak dua jenis je lauk. Sambal tumis ikan bilis dengan udang masak lemak cili api campur kacang panjang. Perrghhhhhhhhhhh sedap nak mampos! I tanya Teh, apa petua dia masak sedap? Kata Teh kalau dia masak apapa, yang dari lesung batu tu, dia tak kaut guna sudu atau senduk, dia guna tangan je. So sebab tu dia jadik sedap sebab air tangan.



Udang masak lemak cili api campur kacang panjang kenteng. Perrghhh sedap nak mampos! Air tangan Teh :)


Pastu kalau nak buat sambal. Lada asing blender dengan bawang. Lada tu blender dengan air je. Bawang kalau boleh tumbuk dengan lesung. Bila nak masak, tumis bebawang dulu sampai garing baru masukkan lada blend. Nanti sambal akan jadik sedap.

Oooooo itulah dia rahsia masakan Teh jadik sedap. Konsep ‘air tangan’ dia tu kena kaut segala bahan dalam lesung dengan tangan. Kata Mak I, ‘Tak kekuasa Mak. Buat pijar tangan je’. Yerlaaaaaaaaaaaaaa. Taknak sudah…  So ingat, lepas ni kalau nak masakan sedap, kalau tumbuk lada dalam lesung ke sebab nak masak nasik goreng atau sambal air mata, kaut guna tangan je. Tapi kalau lepas tu tangan pijar, jangan marah I. Pergi marah Teh sebab dia yang cakap macam tu.

-eNd-

No comments: