Wednesday, November 5, 2014

Dialog Kaklong Bersama Pengemis

Assalamualaikum..

Kalau kat KL ni kan? Kalau korang perasan, macam ada ramai sangat orang tua-tua Pakcik Makcik bawak keropok and jual dekat traffic light, kedai makan and kaki lima. Kekadang membawak sampai ke malam. Kesian jugak I tengok. Kekadang berpanas tengah-tengah jalan. Kekadang berembum tengah-tengah malam buta. I wonder mana la anak-anak mereka. Sedih la, kan?

Tu tak termasuk yang bebudak Kemboja yang datang tadah tangan mintak sedekah. Yang tu taktau la nak cakap macam mana. Kesian pon ada tapi geram pon ada sebab dorang ni macam ada agent yang suruh buat kerja tu. Ada pulak yang bawak anak 5 6 bulan tengah panas mintak sedekah kat Pasar Tani atau Pasar Malam and tepi-tepi jalan yang sebok. Budak tu pulak elok tido je. Haih. I tak boleh tengok. I selalu bayangkan muka Shein. Sedih.

But among all, I paling kesian Pakcik Makcik Melayu yang jual keropok.

Masa malam Sabtu lepas. De, I and Kaklong tapau Ayam Penyet dekat Wangsa Walk luar. Pastu masa baru masuk kereta, ada Pakcik ni jual keropok. Pastu I kata I taknak sebab teringat melambak keropok kembang yang I beli dari Pakcik/Makcik yang macam ni, tadek satu pon yang sedap. Harga ada yang RM10 and ada jugak yang RM12.00 sepeket. Boleh tahan mahal.

Bila nak gerak kereta tetiba I rasa macam haih. Kesian pulak. Kalau I tak beli, mesti I rasa ralat and menyesal. So panggil balik Pakcik tu and beli lagi keropok kembang buat collection. I tanya Kaklong, ‘Mana eh akak anak isteri Pakcik tu?’ Kata Kaklong anak isteri dia ada. Tapi dorang tadek kat KL. Ada kat UiTM Shah Alam. Pastu I cakap, ‘Yer la kan? Pakcik tu jual keropok mungkin sebab nak sara anak-anak dia belakar. Duit scholar maybe tak cukup’,

Kata Kaklong lagi, ‘Anak pakcik tu 3 orang kat UiTM’, Pastu I cakap, ‘Alhamdulillah berjaya semua anak-anak Pakcik kan? Anak Pakcik tu ambik course apa?’ Pastu Kaklong jawab, ‘ Anak Pakcik kat UiTM tak belajar. Jual keropok sama macam Pakcik’.

T____T

Hahahahha. Kaklong buat lawak! Bongok la Kaklong. I pon layan jer dia. Saje.


Yang tengah tu. Kemain posing macam model. I peratikan ajer perangai dia. DAH LA AMBIK GAMBAR TAK AJAK I. Batu belahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... **Time ni kitorang dekat zoo.

Notakaki : I hope one day takkan ada lagi Pakcik Makcik tua yang jual barang macam ni. Sedih. And I hope akan ada la satu badan yang bantu mereka semua ni untuk meneruskan hidup selain dari jual keropok macam ni. IF one day I kaya raya giler, I nak bukak satu Yayasan untuk bantu orang-orang tak bernasib baik. Buat rumah orang tua ker? Sebab Allah kata, kalau kiter selalu bersedekah and buat amal jariah, nanti rezeki kiter akan berlipat kali ganda. Sazli pon selalu cakap, bila bersedekah nanti kiter akan lagi murah rezeki.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...