Thursday, November 6, 2014

Kes Buli

Assalamualaikum…

Dekat FB now macam jadik viral 2 video budak sekolah asrama kena buli. 1) Yang kena buli ramai-ramai dalam dorm, 2) Yang budak kecik seorang kena buli dengan 3 4 orang senior yang lain. I memang tak sanggup nak tengok walaupon dekat feed FB ada 237juta link. Tetap I tak tengok. Tak sanggup. Tapi malam tadi tertengok jugak sebab masuk dalam berita TV3.

Sambil tengok, sambil I istifar istifar. Ya Allah kesiannya yang kena buli tu. Ya Allah kenapa budak-budak zaman sekarang boleh jadik jahat macam tu sekali. Mana peri kemanusian? I menanges. Dada berombak and rasa macam nak maki nak sialkan, nak ludah nak pukul budak-budak jahat yang membuli tu. Menggigil tangan I tahan marah. Terus peluk Shein yang tengah layan Upin Ipin dekat iPad lepas tu dia tanduk hidung I dengan kepala duaaaa kali, terus letak dia balik dekat sebelah tak jadik nak peluk sebab dah sakit.

I tak boleh imagine macam mana rasa budak yang kena buli tu. Kesian sangat. Macam mana kalau semua tu jadik dekat Shein? Tak sanggup I nak fikir. I cakap pada Sazli yang I taknak bagi Shein masuk boarding school masa umur 15 tahun, apatah lagi 13 tahun. I takot dengan environment asrama yang macam ni. I tau dulu Sazli pernah cakap yang dia masuk boarding school time dia sekolah menengah. Face situation sama macam yang dalam video tu. Kena buli, kena pukul. Bezanya dalam video tu tak melawan tapi dia fight back.

I tak paham konsep bebudak yang nak tunjuk hero ni. Tak kisah la yang buli or yang kena buli. Yang membuli tu dia tau tak orang yang dia pukul tu anak orang? Sesusah Mak Bapak membesarkan dari lahir sampai ke besar, bagi kasih sayang, cukup makan pakai pastu sesenang ko nak pukul orang macam tu? Ini Ibu ni yang mengandung. Bergadai nyawa dalam bilik bersalin, mabok 9 bulan bawak perut boyot and segala kesusahan sesenang ko je nak pukul kan? S@#%^$%*@@

Yang kena buli pulak, dah tau kena buli. Diam. Bodoh! Bagitau la cikgu, bagitau la Mak Bapak. Ni tak. Buat diam. Dah kenapa? Nak tunjuk hero sangat? Esok kalau mati, siapa yang merana? Bukan nko pon. Ni yang kena teruskan hidup ni yang merana. Emak Bapak merana. Ko yang dah mati takperla. Lepas tu apa yang ko cuba nak buktikan? Hero sangat? Tak kisah kena buli asalkan nanti ada kawan tepuk belakang and puji, ‘Cayalah ko Sarep, ko sorang je boleh lawan satu dorm’ pastu baju yang berdarah-darah simpan buat kenangan. Why?????????? I just don’t understand.

Nak tunjuk hebat biar bertempat. Kau jadik Ibu, then kau tau macam mana IBU ni rasa kalau anak diapa-apakan melainkan dis sepsis IBU yang macam Lolita whatever tu.

Cikgu, Pengetua. Warden. Please do something. Jangan la biarkan menda-menda macam ni berlaku. Rosak jiwa anak-anak. Mak Bapak please. Awasi anak-anak, ajar mereka untuk menjadik ORANG. And kids, ada mulut kan? Talk. Jangan simpan and jangan la biarkan lagi menda-menda ni berlaku. Please. Kiter hidup bukan untuk diri kiter sahaja. Kiter ada emak, bapak, adik beradik,saudara-mara, kawan-kawan dan  ada tanggungjawab. Tolong la jangan jadik selfish.

SEMUA. Please…?

-eNd-


Sepadan sangat muka dengan perangai.



1 comment:

Azrine Aziz said...

Dear, katanya ini gambar palsu gambar suspek kes lama di sarawak/sabah yg mana now under pertuduhan.
bukannya suspek2 dlm case recently mrsm tu..wallahualam
btw agreed rupa sepadan dgn perangai budak2 dlm gmbr ni ggrrrrrrrrrrrrrrrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...