Monday, November 17, 2014

Anak Abah

Assalamualaikum.

Shein kaaaannnn? Mementang la Sazli paling rajin layan dia main ultraman-resaksa so apapa now dia memang kamceng dengan Sazli. I sedih la kalau dia lagi sayang Sazli sebab I kan Mama? I kan yang mabok mengandungkan dia, so dia kena la sayang I lebih. Ni tak, semua jer Abah Abah Abah. Takde der nak Mama Mama Mama. Time dia ingat I, time nanges je. Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Mana la keadilan dunia ni.. T____T

Semalam kan? Masa kat kampong. Dia nak mengadu apa entah kat Sazli. Dia nanges. Ni I ada ni. Jarak 2 langkah je I dari dia. Tapi nak tau sapa yang dia lari kejar menyembam muka? Tu kat Sazli yang 15 langkah dari dia. I ni kebil-kebil mata. Ko ni tak nampak Mama ke apa Shein? Geraaaammmm je. Lepas tu kata Maktok, kalau dia nak tido, dia suka peluk family portrait yang kitorang amek time raya tu, kata dia ‘Abah Abah’. Oooooo macam tu eh Shein? Mama tak sebut.

Malam tadi masa Sazli tunjuk gambar Sazli dukong dia time baby, dia sebut la Abah Abah.. Banyak-banyak kali muka happy jer. Bila Sazli tunjuk gambar I dukong dia, dia diam je tengok gambar tu. I cakap macam ni, ‘Shein, Mama tu.’ Maaa maaaaaaa. Gigih I ajar dia sebut. Selamba je muka dia rasa macam nak tunjal. Dia isap jari pandang tv. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Batu belahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!



Mama tadek kederat nak lambung-lambung Shein macam Abah buat. Dia kan 13kg? Berat kot?




Best friend sangat. Walaupon jeles, tapi I always hope yang My boys will always be a best friend. FOREVER.

Tak kira yang kalau dia buat-buat nanges only with Sazli ok? Dengan I jarang sangat and also muka excited dia kalau nampak Abah. Kalau I? Takde derr. Tengah tengok tv, toleh sekejap sambung tengok tv balik. Macam tak heran. Cuba kalau Sazli, nanti dia datang kat Sazli tunjuk itu tunjuk ini, pastu excited kemain nak dukong la apa la. Nyampah.

Ni aku malas ni kalau boys rules ada dalam rumah. Mama princess ok Shein? Jangan nak macam-macam. U kena sayang I lebih. E!

-eNd-

6 comments:

Fara Dilot said...

hahha.. sama... dlu time sblm 1.5 tahun bukan main kepit mummy die jek.. skang dah 2 tahun, petronas ayah punye, mamak ayah punye.. nampak kerete itu ini sume sebut ayah even ayah die takde pon kat ngan die.. kecit ati nyorok belakang lemari

Cik Puan Fairul said...

kak su,sama la kes kita....anak saya pon gitu...kadang2 tu jeles..tapi kadang2 tu ada eloknya gak,senang saya nk shopping..bio bapak nye yang melayan...ehheheheheheheh

Mimy Hamid said...

redhoo...heheh aku pun redho...sbb fayel sayang sapa...sayang papa....erkkpadahal aku yang basuk berak dia...hahah boys always boys...girls satu heheh

Hani said...

dont worry su, muka shein tetap muka su which is sejuk perut sebab anak lelaki ikut muka mak.

. said...

Bagusnya awak dapat suami best mcm sazli nie.. Xpe jgn risau. Kan ibu 3 kali br ayah.. Hehehe

Chooyaya! said...

Fara Dilot : Laaaaa ada geng rupanya. Dah lekas. Give me five. Pap!

Cik Puan Fairul : Kaksu jeles membawak ke merajuk sorang2. aritu smpi nanges. haha. emos

Mimy Hamid : Sama-sama ada telur, sebab tu la geng. kan? Haha

Hani : Yer ker? Yayyyy!! Sebab ramai cakap shein macam Sazli

. : Alhamdulillah.... tp macam mana dia syg Shein, dia kena sayang I more. Tak kira. Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...