Monday, November 17, 2014

Roti Sarang Lebah By Kak Nor Eda

Assalamualaikum…

Sekarang kan trend roti sarang lebah tu kan? Tapi trend dia tak la berapa trending kebabo macam pelam asam boi. Biarkan. Biarkan orang yang suka makan asam boi tu menyesallllllll tak merasa kesedapan roti sarang lebah ni. Biar dorang sakit perut makan masam-masam lepas tu sebab pelam tu acidic and biar dorang lembap jadik pelupa sama-sama. Haha. Tetiba la cakap pung pang acidic segala. Padahal sebelum ni sapa yang gigih jolok buat pelam kalau bukan wengko Suraya?

Ira la haritu bawak roti ni. Kata dia sedap sedap sedap lembut segala. So bebudak ni pon bising la suruh bawak pergi opis. Skali dia bawak roti je. Yang butterscotch sauce tu dia tak bawak. Tertinggal. Boleh tak? So sebab kecewa I tak makan langsung. And tak terfikir pon nak carik mana-mana orang kat KL yang ada jual ke apa sebab rasa macam alaaaaa roti je ponnnnnnnn. Apa yang sedap sangat? Nak makan roti sedap biasa kiter carik kat Lavender Pavilion je. Belagak sangat. I know.

Lately ni dalam feed FB I tengok Kak Nor Eda selalu update dia buat roti sendiri. Ada macam-macam jenis roti yang I pon tak sure apa nama dia. Yang I tau Roti Arab dengan Roti Sosej tu jer. Pastu tengok ada jugak dia buat Roti Sarang Lebah ni tapi tu la. Dekat Jengka. Jauh tu kalau nak pergi Jengka. So, kebetulan I balik Jengka semalam, so I mintak De kontek Kak Nor Eda and tanya dia macam mana nak beli Roti Sarang Lebah dia tu. Kata De, Kak Nor Eda ada buat booth/stall dekat Bandar Pusat (Bandar Tun Razak) every day except Saturday dekat depan Kedai Kain Takzim (near Marrybrown) start dari pukul 3.00pm onwards. So cantek. Esok otw balik KL boleh la singgah.

I pon beli la 2 pack. Bila makan dalam kereta terus rasa macam hai apa ke bodo sangat pergi beli 2 pack je sebab bapak la sedap! Roti dia lembut and butterscotch sauce dia is to die for!!  Memang sedap. Sedap dari segala bapak punya sedap. MENYESAL beli dua. Patut beli 20 pack. Hahaha. I makan senyap-senyap je. Sekali Sazli tengok terpaksa pelawa. Lepas tu terus dia mengaku yang 1 more pack tu dia punya sorang. I pon setuju dengan linangan air mata. Tsssk Tssssk.


Roti Sarang Lebah by Kak Nor Eda. Satu pack tu harga dia RM5.00 jer. Murah giler!

 Close up roti sarang lebah


Many more roti by Kak Nor Eda


Freshly made everyday


Ni roti apa ni?


Roti Sosej



Yang penting fresh and 100 halal keluaran bumiputera.

So, kepada orang yang tinggal area Jengka. Kalau nak merasa kesedapan Roti Sarang Lebah Kak Nor Eda yang homemade, dijamin kebersihan dan 100% keluaran Bumiputera ni boleh la pergi booth/stall dia ok? Kalau nak tengok hasil tangan dia yang lain macam cakes, pudding and all and nak order untuk makan-makan, birthday and wedding also boleh add FB dia dekat sini. Now orang Jengka kemain kan? Apa ajer trend dekat KL cepat je sampai dekat sana. Bagus sangat.

Untuk Kak Eda, semoga terus sukses dalam bisnes. Lepas ni mungkin boleh try buat pavlova pulak kan? Mana tau lepas ni jadik trend dekat Jengka. Susah nak carik strawberry takper. Mangga pon boleh guna. Pisang masam-masam pon I tengok dalam Youtube Mat Saleh ada guna. Apa susah? Nak pelam zaaappppp amek depan rumah. Nak pisang zaaaaaapp ada tepi rumah. Konsep dia kiter guna semua yang ada disekeliling rumah. Gitu. Jangan guna kelapa sawit dah.


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...