Tuesday, November 18, 2014

Pasal Shein Lagi. Blog ni kan memang diwujudkan khas untuk dia.

Assalamualaikum.

Weeeiiii!! Takper ke kalau nak citer pasal Shein lagi? Hahahah. Ah tak kiraaaa! Nak cerita jugak. Maafkan lah I sebab ni kan anak tunggal jantan cowang. Cenggila la… Kot lepas ni dah ada lapan belas anak, takder der semua nak cerita dekat blog. Heeeeee.


Atok Emah kata, dia dah tak larat nak dukong Shein. Sakit belakang. Tu yang kalau Shein mintak dukong kat Atok, I cakap, 'Mak jangan Mak. Jangan dilayan. Kang buat pasal je sakit belakang'. 


Air milo ice Sazli. Yang berpindah hak milik kepada beliau. 


Kata Syikin, Shein kena pakai bip lagi. Supaya tak la susah sangat nak menyental baju dia. Baiklah Kin.

Shein kannn??? Aritu masa kat kampong dia memang bebetul buat perangai. Masa pagi Ahad tu, I buat nasik goreng tau? Nasik goreng bodoh je. Hiris-hiris bawang merah bawang putih. Goreng sampai garing skek, lepas tu pecahkan telur. Masukkan nasik pastu masukkan ikan bilis goreng. Perasakan dengan garam and cube ayam. Siap. Shein suka nasik goreng macam tu. Tapi kot ye pon suka, share la makan. Sebab Sazli pon suka and unfortunately Atok dia pon suka. Kena la rasa sorang sikit kan?

So Mak hidang la dalam mangkuk besar. Letak pinggan siap so sapa nak makan cedok je sendiri nasik masuk pinggan. Kitorang makan dekat beranda Mak dekat rumah dapur. Shein pon sebok sama nak makan. Bagus. Tak sesia la Mak dia yang cantik ni bertungkus lumus masak (padahal nasik goreng jeeeee poon). Dia dah siap bersila depan nasik. Bagus anak Mama. Bila Atok dia cedok nasik masuk dalam pinggan, Shein nanges. Ingatkan nak buat sendiri. Sekali dia nak makan dalam mangkok. Ok takper. Urut dada sekejap.

Lepas tu Mak bagi dia sudu, dia campak. Ok. Senyum lagi. Lepas tu Mak ambik la senduk lain, cedok nasik nak letak dalam pinggan bagi orang lain, dia marah jerit-jerit guna bahasa German. So jawapannya sekarang ialah dia nak makan dalam mangkuk besar, guna senduk and orang lain tak boleh ambik nasik tu. Perrrrrghhhhh heart attack sangat ni.

Malas nak dengar dia nanges, Mak kata biar je la. Sementara budak nak makan tu. Biarkan aje. Perrghh. Dengan Baba and Maktok pon cenggini perangai, dengan Atok Emah dia pon sama. Pergh Shein. I bagi U 5 markah. (Sebetulnya 5 bintang tapi Jalaludin Hassan dalam MLM suka bagi 5 markah. Haha). Shein pon makan dengan gembira. Dah tu kiter semua yang lain menitis air mata je sambil makan donat coklat Kak Sha. Tu pon share-share je.

I memang membara ni dalam hati. Geram je. Kecik besar kecik besar I pandang dia. So Shein pon makan dengan gembira. DALAM MANGKOK BESAR GUNA SUDIP. Best sangat. I memang tak layan dia. Bila nasik dah sepah-sepah (sebab dekat lantai lagi banyak dari masuk mulut) Si Setondel Shein ni pon tak puas hati. Marah lagi. Campak sudip. Maka bertebaran la nasik atas lantai seperti pasir di pantai. Dia marah-marah semua I buat bodoh je. I pesan dekat semua orang, ‘Jangan Pujuk’.

Lama-lama dia slow down tapi muka tak puas hati. Dia bangun pergi dekat I. Sambil cakap German lepas tu menyelit dekat sebelah kerusi kayu yang I duduk tu. Ingat nak buat apa. Rupanya carik bahagian kerusi yang dia boleh hantuk kepala. Boleh tak????? Lepas hantuk kepala dia tunjuk kepala dekat I lepas tu cebik mulut. Hahahahah. Ko ni memang drama la Shein.

Although sometimes I rasa geraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam sangat-sangat. But Demi Allah, I really enjoy every of it. Every moment Shein cranky, drama, buat perangai I enjoy. Walau marah macam mana pun, tapi bila dekat office mula la teringat dengan keletah dia. Takper la anak… Tantrum la macam mana pon yang Shein nak. Asalkan Shein sihat tubuh badan, membesar dengan sempurna, Mama dah syukur sangat-sangat dah.

Love you son! Nanti malam ni kiter main lawan Ultraman vs Resaksa lagi ok?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...