Wednesday, November 5, 2014

Burger Bakar Abang Burn Yang Masin

Assalamualaikum..

Memula nak bagitau yang ni bukan sponsor advert. Kbye.

Malam tadi si penjahat Noru, Apai and Gofur pergi peramah-peramah share gambar makanan dekat café baru Gofur dekat Shah Alam. Nama dia ialah TORAN CAFÉ. Lokasi dekat Shah Alam. Segala mala burger, pizza, Asian food, cakes semuaada and memang kalau tengok gambar mengundang nak mampos. Memang carik pasal so I dah meroyan dalam group. Haha.

Kata bebudak ni, kalau ada gambar makanan baru la I join chat. Bahahahha. Maknanya apa tu? Ok. Tak payah jawab.

Sazli kata dia teringin pulak nak makan burger bakar sebab tengok burger dekat TORAN tu 3 tingkat siap cheese meleleh segala.  Dia nak makan tapi badan tak larat. Malam semalam Sazli diarrhea. Dah dehydrate so badan dia ada rasa lemah. Mulut kata nak makan burger bakar tapi badan tak larat so dia tido je. Kata Sazli, ‘Takper la Bubu, itu semua nafsu. Ni kalau dah tido ok la ni’.

I tengok Saz tido yang solid. Shein pulak dah jaga balik. Tido dari pukul 7-10 macam tu. Tup-tup pukul 10.30 pm tu Sazli jaga. Kata dia jom la carik burger bakar. I pon google. Skali tengok ada dekat area Ampang. Cantekkkkkkk la. Burger Bakar Abang Burn. Dulu ada one time I tengok ramai blogger popular buat review burger ni. Tengok gambar macam menarik so boleh la try.

Restaurant ni area Dagang Avenue Food Court tu jer. Dekat sangat-sangat dengan rumah I. Kata Sazli kalau bawak keluar kepala dari tingkap lepas tu jerit pon dah boleh dengar. Errr. I agak dia sedang berdelusi sebab nak makan burger bakar sangat-sangat. Hahaha. Kitorang order Beef Supremo. I amek single, Sazli amek double sebab kata dia nak tinggi-tinggi macam KLCC. Padahal tadi macam dengar dia cakap ‘nafsu je semua ni’, sekarang acane ni? Apa konsep nafsu sebenarnya dalam konteks kejadian semalam?

Dalam 40 minute baru siap. Sempat la Shein berdrama berebut kereta yang masuk syiling limaposen dua keping tu. Ada mamat ni dok babysit budak lelaki baya-baya Shein. Jenis pandang orang pakai lubang idong. Mendongak je. Pakai cap tapi cap sampai tutup kening, kurus baju besar. Imagine macam mana eh rupa dia?

Kat situ ada 5 kereta. Yang Shein dok main paling hujung tu. Gembira je Shein kat situ. Skali budak lelaki yang mamat ni babysit datang kat kereta Shein pastu kongker. Nanges la budak tu. Yang Si Mamat ni tadek commonsense agaknya, takde der dia nak amek budak tu or say sorry ker apa. Lagi dia datang dekat I, pandang guna lubang idong (sebab cap dia dah tutup mata) lepas tu tanya ada duit tukar tak? Errrr. Senteng. Tak nampak I asap dah keluar atas kepala. Haha. Lawak pon ada. 



Ni Sazli punya. Dua tingkat. Double patty. Nampak macam sedap.



Tapi malangnya Burger Bakar Abang Burn tersangatlah masin.

So, burger dah siap. Balik rumah terus mengadap. Amek gambar dulu sebab nak bakar bebudak Cookies dalam group. Bila makan je terus tangkap kepala sebab masin nak mampos! I taktau la patty dia yang masin or cheese dia yang 2 3 jenis tu. Rupa memang nampak menyelerakan tapi sebab dia masin giler, tros potong mood. Tapi nak taknak, makan je la. Takkan nak membazir.

Punya masin, sampai pening kepala. Lepas minum air banyak pon bangun pagi still tekak rasa dry. Tu je la I nak komen pasal Burger Bakar Abang Burn yang Ampang punya franchise. Taktau la either I yang tak kuat masin or burger tu memang masin. Nak email Abang Burn sekarang suruh dia cek balik quality rasa burger dekat Ampang. Nyampah la. Dah la datang memalam buta, pastu tunggu lama. Lepas tu dapat plak masin and boleh tahan mahal. Macam kerja sesia jer.

Ke sebab tukang buat burger tu deria rasa dia dah mati? Kata orang kalau tekak tak rasa masin maknanya memang tak lama. Kena cek balik tu. Oklah bye! Harap Abang Burn take note ok? BTW, sapa nak tau cawangan lain Burger Bakar Abang Burn boleh cek kat website dia dekat sini.

-eNd-

5 comments:

Unknown said...

kak sue...kita mkn meatball n burger abg burn yg kt sg. ramal tu masin nak mamp. mmg KPI abg burn kot...masin! hahahahah

Fieda Redzuan said...

penah makan meatball and burger dia jugak. memang masin! and tak sesedap macam yang orang tulis dalam review T___T

MamaSyahmi said...

mmg masin, sy pernah try dekat seksyen 7 shah alam. masa ramai2 blogger review.. semua review sedap2 je.. beli byk, sbb nak bg adik2 sekali..end up makan slow2 sbb kemasinannya..n nak tunggu meatball abes pn amek masa.. sll kalau beli2 ape, mlm tu boleh habis semua..tp x pada abg burn pny..

FadlinaMokhtar said...

Ke dia letak ajinomoto sekalik.sbb tu tekak kering.huhu.tapi tu la fenomena burger ni kejap jer.dulu kemain femes ames.
FAD

AzlinaG7N3 said...

Memang xsedap langsung.. Kteorg bkn main order sbb tngok rview cam sedap tp bila mkn xsedap! Buat penat je pg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...