Thursday, November 13, 2014

Pavlova Made By Me (Padahal tukang potong strawberry je)

Assalamualaikum..

Dah dua kali dah Kaklong Ellis melayan I nak makan Pavlova. Last time masa I datang, dia tadek. Pastu kali ni I cakap kat dia, I nak buat sendiri. Biasalah poyo. Pastu Kaklong cakap, takpe. Meringue dia Kaklong buat, nanti topping Su letak. Beli berries je. Ok baiklah. Deal. Poyo je I siap Google gambar pavlova and send kat Ellis kata I nak hias macam ni nanti. Gigih la carik strawberry yang kecik-kecik sebab nak bagi nampak comel. Blueberries tadek dekat MaxValue so I beli grape kaler hitam tu. Berejam pilih siap bersila kat lantai sebab nak carik yang kecik-kecik so that nampak macam blueberry. Hahaha. Gigih kan?

Bila sampai kat umah Ellis, Kaklong suruh potong strawberry. I pulak tetiba jadik bangang. Macam tak pernah masuk dapur. Hiris strawberry pon guna belakang pisau yang tumpul tu. Kah kah kah. Gelabah je. I agak Kaklong pon tak confident dengan I terus dia yang buat topping pavlova tu. Dah tu kerja I sebenarnya belah dua strawberry je ke sebenarnya? Haha. Kata Ellis, ‘Tadi kata you nak buat?’ Pastu I cakap, ‘Tengok la tu. Kaklong giler kuasa. Dia buat semua’. Hahahhahah.

Tapi I tak kira. I nak jugak claim Pavlova ni I yang buat. Kalau Pavlova ni sedap pon sebab I yang potong buah. I dah pesan awal-awal kat Kaklong, I nak pavlova yang gemok. So yeah puas hati aku. Memang Kaklong buat meringue dia tinggi macam dekat kedai. Lepas dah puas makan 2 slice, Ellis tapaukan I pulak bawak balik. Esok paginya I sarap Pavlova. Puas hati. I boleh je makan pavlova seketul tu sorang-sorang. I suka giler.

Duluuuu I suka Pavlova cantik yang guna non-dairy whipped cream. Tapi lama-lama I rasa macam muak. Now I suka whipped cream biasa pulak. Memang cream dia mudah cair kalau tak letak dalam peti and tak boleh nak buat ropol-ropol bunga macam non-dairy whipped cream tapi takpe la. Janji makan puas hati. Korang pon boleh try guna whipped cream jenis Paul's Thickened Cream ni. Kata Kaklong, dalam whipped cream tu dia bubuh icing sugar dengan essence vanilla sikit. Actually kalau taknak letak pon takpe. Untuk Trifle pon Kaklong guna whipped cream jenis ni.

Haritu Kaklong masak Mee Kari dengan Spaghetti Bolognese, Lepas tu anak angkat Mummy Daddy Ellis yang dari Mauritius tu bawak cekodok yang jenis bulat dalam dia ada tuna tu. Banyak makanan atas meja. Shein dengan Umar pulak berebut makan maruku pedas. Yang tu jugak dorang berebut makan. Bagi yang tak pedas, takmaunya dorang. Bagus Shein. Lepas ni dah boleh makan sambal air mata Mama la.



Lawanya Pavlova ni. I creative director je (nak jugak). Kaklong susun buah. Lawa pulak bila susun-susun macam ni instead of campak-campak je. Pavlova ni memang manis. Tapi bila lawan dengan masam strawberry so dia jadik balance. Lainkali Kaklong buat yang 2 tingkat eh? Ok Kaklong. Tenkiu.


Yang ni strawberry Cameron Highland. Masam compared to Korean Strawberry. Tapi comel sebab dia kecik-kecik.


Paul's Thickened whipped cream. Guna yang ni. Sebab sedap sangat.


Yang ni sebelum letak topping. 



The making of pavlova. Taken from my IG. Last skali tu I cakap, 'Inilah dia Pavlova yang saya buat'. Hahaha. Tetiba mengaku. Pastu kan I letak caption 'PM for price' tapi tadek sorang pon yang komen. Hahah. Maknanya I tak boleh jual la pavlova eh? Kbye.


Si Shein tu bersungguh makan cekodok Mauritius cicah dengan teh o. Imagine tuna campur teh o macam mana rasa dia. Meloya tekak I rasa sikit. Tapi Shein makan bersungguh. Tu pon lepas maruku pedas dah habes. Macam ongtue je Shein. Makan maruku lepas tu minum teh o. Dah boleh sunat dah ni. 


Syira My Miamor pon ada. Sayanggg Syira. Tenkiu sebab banyak tolong handle Shein. Shein pon nak je dengan Syira. Bangun-bangun tido je terus dukong dengan Syira. Peluk leher. Jeles pulak Mama. I agak Shein confuse sebab Syira ni bentuk muka dia ada iras I. Sazli tadek time ni sebab dia ada bola dengan bebudak Wakdan.


Besungguh muka Shein dengan maruku pedas ni. berebut-rebut dengan mar. Sedap sangat ke Shein?


Sesambil tengok Upin Ipin. Yang maruku tak pedas tu bukan dorang nak pon. Ambik selai je lepas tu letak tepi. 


Shein nampak sangat conquer maruku. Umar mengalah je. Haha. Sian Umar.


Shein tetap setia dengan maruku. Umar malas nak berebut, mengalah makan goreng pisang.

Lastly, tenkiu Kaklong Ellis sebab selalu je melayan apa Su nak makan. Lepas tu bagi makan sedap-sedap each time datang rumah. Su ingat lepas ni Su nak trifle la. Tapi nak dengan fresh fruit macam strawberry dengan peach. Boleh eh Kaklong? Heeeeeeee :D

-eNd-

3 comments:

Lis Malisa said...

eeiii x pernah makan pavlova besar camni... senang klu nk pujuk k.su ni... penuh kan meja makan. ..pastu ade makanan sweet2 mesti k.su cairrrr.... sukalah tgk k.su happy go lucky je... makan bnyk3 pon x gemok2 i is jelesss....

from,
Peminat

Mimy Hamid said...

shienn...hahaha mcam ongtue ko ye nal hahaha

Chooyaya! said...

Lis Malisa : Celah mananya yang tak gemokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk???

Mimy Hamid : dia memang. kaki drama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...