Thursday, November 6, 2014

Pentingnya pengambilan nutrisi yang seimbang untuk anak anda (amboi tajuk)

Assalamualaikum..

Sekarang kan? Sikit punya susah nak bagi Shein makan. Dia kurang dah suka solid food. Kalau bites macam roti, biskut dia suka. Nak makan nasik dengan mee ke, macaroni ke hazabedah zabedah sangat. Seksa nak mampos. Memang boleh carik gaduh kata kau? Dah la dia bukak mulut kecikkkkkkkkkkkkk je lepas tu kunyah 40 kali ikut sunah Nabi. I pulak kurang kesabaran nak tunggu dia lelama. Tak kira drama nak makan sendiri, geleng kepala sambil lari-lari pastu langgar meja, nak makan sambil bawak basikal, nak makan sambil panjat sofa u name it. Sakit dada.

Kekadang I bagi la dia macam donut. Dulu nak la dia makan donut yang glaze dengan coklat. Sekarang dia kutil coklat je. Yang tepung dia ludahkan balik. Kentang putar KFC (without gravy) dulu selamba habes sekali hadap 3 bekas kecik sekarang dia suap I lagi banyak dari I suap dia. Seksa lahai. Shein ni I nampak yang dia suka makan senang je. Nasik+kicap. Memang selera. Kalau letak soup ke, or lauk lain nanti dia slow. Dah tu acane? Sampai hati nak bagi anak makan lauk kicap hari-hari? Mak dia nak makan sedap-sedap je. Anak ko bagi lauk kicap je?


Shein punya hobi kalau petang. Kata Baba at least 40 minutes nak pukul bola golf. 10 menet pukul bola, 30 menet pukul pokok bunga kertas maktok sampai togel. Haha. Dah nampak dah ciri-ciri golfer pada Shein. Umur 4 tahun dah boleh beli junior set. Bagus Shein. Mama dengar golfer biasa kaya. Sooooooooooooooo. Shein, nak uweeeeet!


Dalam lingkungan umur Shein sekarang (1-3 tahun) dia memerlukan lebih kurang dalam 1,000 – 1,400 kalori bergantung kepada berat badan dan activity level dia. Banyak kan calories need dia dalam sehari? I pon terkejut. Let say kalau simple punya portion nisbah hidangan dia,  dalam 1 pinggan, ¼ kena ada karbohidrat, ¼ kena ada protein and ½ pinggan kena ada fruits and veggies. Itu hidangan sebaiknya untuk 2 yo toddler like Shein.

So jangan panic kalau anak taknak makan nasik. Cek balik selain dari nasik, apa lagi sumber carbs/protein yang lain. Macam grains, tak semestinya nasik and pasta. So kalau dia makan 1 slice of bread, 1 cup ready to eat cereal macam cornflakes or coco-crunch pon dah ok. Nak bagi Shein makan coco-crunch tak payah semangkok, sebesen pon dia boleh habes. Tapi biasa la kiter dalam Melayu society akan rasa kalo tak dapat nasik, takkan cukup energy. Tu salah. ½ cup nasik sama dengan 1 cup cereal. So ok je kalau dia taknak makan nasik. Jumlah kalori dia sama. Don’t worry kalau dorang taknak makan nasik.

Pengambilan zat besi yang mencukupi (tidak lebih/tidak kurang) adalah penting bagi kanak-kanak yang membesar macam Shein. Sebab kekurangan zat besi akan menyebabkan masalah pembelajaran dan behavior problem. Kekurangan zat besi ini seterusnya akan berkembang menjadikkan kanak-kanak tersebut menghidap anemia (kurang sel darah merah dalam tubuh) **kemain bahasa buku teks terus. Pentingnya zat besi ini  kerana, zat besi yang membekal oksigen melalui sel-sel darah merah kedalam tubuh untuk bagi all parts of body berfungsi dengan baik. Top to toe. Paham?

Toddler macam Shein only needs 16-24 oz susu SAHAJA sehari. Kontrol bagi susu sebab if dia banyak minum susu AND dah kenyang susu nanti dia dah taknak makan. Itu yang kiter taknak tu. Dulu I rasa macam oklah, taknak makan nasik takpe. Janji susu nak minum. Wrong mommies. Semua kena seimbang. Kenyang tak bermaksud cukup kalori dalam tubuh badan mereka. Ok? Yang ni kena check balik. I pon sendiri silap calculate dulu.

Macam mana nak mempertingkatkan zat besi dalam badan mereka? Ok. Bagi hidangan yang kaya dengan zat besi macam daging, ayam, ikan, grains, nuts and tauhu. So sebenarnya kalau bagi dorang makan taufufa tu elok sangat. Sebab ia diperbuat dari soya. Macam mana nak bantu bodies untuk absorb zat besi dari sumber yang I sebutkan tadi dengan lebih cepat? Bagi dorang makanan yang tinggi kandungan vitamin c macam tomato, orange, strawberries and broccoli.

If rasa macam anak kiter tak cukup pengambilan zat besi, boleh talk to your doctor and mintak advice mereka macam mana nak bagi zat besi yang cukup. Now kan banyak makanan tambahan for toddler yang contain high of zat besi? Toddler kena ambik 7 milligram of zat besi (iron) sehari. So nanti kalau pergi mana-mana baby store, boleh check makanan apa yang mengandungi 7 milligram zat besi so that kiter boleh ambik if our child refuse untuk makan makanan yang mengandungi zat besi semulajadi.

Yang ni I pon kekadang sambil lewa tengok calories fact dengan kotak makanan Shein. Main taram mak enon jer. My bad.

Selain dari zat besi, Kalsium juga ialah element penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Kalsium penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Sehari mereka memerlukan 700 milligram kalsium sehari. Sapa yang taktau sumber kalsium memang carik pasal la kan? Haha. Ingat. Yang paling penting pengambulan makanan kena seimbang. Google la. Banyak information pasal pengambilan nutrisi yang bersesuaian untuk anak anda. Siap ada chart lagi. Jangan malas sangat sebab factor pemakanan jugak akan membentuk perkembangan otak dan fizikal anak-anak anda.

Kalau nak tengok nutrition guide for Toddler boleh klik sini.

Bagi I, if Shein sihat, berat balance dengan tinggi and usia. Tak obese tak underweight and tumbesaran dia sempurana hasil dari pengambilan nutrisi yang seimbang dah cukup sangat-sangat. Tu yang kiter kekadang selalu terlepas pandang. Main taram je bagi apapa. Ice-cream tu tak salah nak bagi sekali-sekala. Macam I selalu cakap, rewards ok as long as kiter tau where to stop kan?

I ada je jumpa parents yang tak kasik anak dia makan ice-cream at all. Kesian sangat-sangat. Kenapa nak break baby punya nature? Biar la dia rasa semua tu. Budak kecik kan? As long as dia tadek diabetes ok je kalau nak bagi ice-cream sekali sekala.  Bebudak punya nature memang la suka makan candies, sweets and ice-cream. Beria suruh Shein makan tempat lain. Yang kawan dia tu kedip-kedip meleleh ailio tengok Shein shomot-shomot makan eskrem. Sian sangat.

So lepas ni jom kiter cek balik pengambilan nutrisi anak-anak kiter sesame eh? If korang ada nak suggest any makanan tambahan macam kalsium or apapa yang korang rasa bagus and pernah bagi anak-anak pon I lagi happy. Kang ni aku taip, aku baca sorang-sorang. Tadek pon orang nak komen. Macam cakap dengan dinding. Nyampah!

-eNd- 

4 comments:

mamabeauty said...

boleh cuba bagi mealshake utk nutrisi n omega utk perkembangan otak diorng...

Unknown said...

good info mummy.. rajin btul u study.. kite ni mmg main taram je bg anak mkn hihi..

ijan said...

Dunt worry Jan baca! hehehe.

Jan pun hadapi masalah makan dengan anak jan.. Lagi2 bila dia byk allergic makanan. So, nak baca makan kat dia memang cabaran, takleh main sumbat apa2 makanan suka2. Dan dia pula memilih makan, nak makan sedap je, rasa mende baru, kalau sedap banyak dia makan.

Jan baru try mealshake shaklee sebab nak atasi masalah sembelit, dan memoreen juice (rasa mcm salah eja) pun baru try.. Belum nampak perkembangan lagi..hehe. Insya Allah..lambat sikit kot..

p/s : Shein the future golfer! dah lah hensem, gebu lah, rasa mcm nak peluk2 shein ni...

ieda iedana said...

Sy ada cdgn!! *angkat tangan