Wednesday, December 24, 2014

Asam Pedas!

Assalamualaikum…

Pepagi ni tengok balik gambar asam pedas ikan kembong yang I masak semalam rasa macam perrrrghhhhhhh sedapnya lahai! Hahaha. Aci tak sendiri masak, sendiri jugak puji? Kikiki. Actually, yang I masak asam pedas tu sebab nak test satu produk keluaran Felda. Apa dia, I tak boleh nak reveal lagi sebabnya sekarang dorang masih dalam proses kajiselidik.

Dorang bagi paste segera dekat staff, bagi duit nak beli bahan basah lepas tu masak dekat rumah. Dah siap masak, snap gambar, isi borang kajiselidik lepas tu dapat goodies bag yang dalam dia ada produk-pruduk keluaran Felda je. So I pon participate. Bangga sangat sebab participate. Si Dyba dengan Ira seboookkk la suruh bawak esoknya bekal pergi office. I ni memang macam ni la. Kalau masak, bukan Sazli je nak makan tapi Ira, Dyba, Intan, Sarah sekali mulut pon kena suap. Nyampah je.

Memula tadek pon rasa macam nak join program ni tetiba Intan beratur je dekat booth yang dorang set up dekat Lobby office and collect goodies bag. I tanya dia, macam mana boleh joint? Kata Intan Mama dia paksa. Hahahaha. So I pon sebok la nak join jugak program ni. Lagipon nak masak dia tersangatlah senang mak enon. Pejam mata pon boleh buat so why not I cuba. Ada macam-macam paste segera, diantaranya padprik, sambal udang dengan paste sambal nyonya (asam pedas). I nak try asam pedas sebab I loveeeeeeeeee asam pedas.

Cara nak masak? Senang. Ni kalau lepas ni dorang dah launching paste segera ni memang senang la kerja I. Tadek dah nak tumis-tumis bawang tok nenet segala eh? Harap maklum. Yang asam pedas ni, just panaskan minyak. Tumis sambal paste tu and masukkan daun kesum. Lepastu masukkan air asam jawa and air masak. Masukkan ikan. Bila ikan dah almost masak, masukkan bendi dengan tomato. Siap! Tak sampai 15 minutes dah siap. Takyah nak kupas bawang, blender cili, tumis cili kisar sampai masak berlama-lama. Tadek. Senang kan? Yang ni Kaseh and Kaksha pon boleh masak.


Daun kesum, tomato sebijik belah enam dengan kacang bendi 5 batang. Batang ke buah? Ah lantak la.



Ikan kembong gemok dua ekor kerat dua


Taraaaaa!! Siap asam pedas ikan kembong dengan bendi and tomato less than 15 minutes tanpa dapur yang bersepah.


My plate bebeh. My plate.

Isi nasik dalam pinggan. Letak kuah banjir. Lawan dengan telur dadar and kicap kipas udang merah. Peeeerrrrghhhhhh. Thorbaek! Sambil makan berjujuran air mata. Sebab sedap sangat. (Kau kalau bercerita bab makan mesti mau exaggerate lelebih kan Suraya?) Kahkahkah. Tu yang tukang baca tu pon sekali la tu meleleh ailio. Pastu malam ni terus berazam nak masak asam pedas. Macam I taktau. Kbye!

-eNd-


8 comments:

Shiera Abdul Rahman said...

Memang meleleh air liur la kak su. Tetiba teringin plak nak makan asam pedas. Hujan2 ni laparrrr..

missalongwani said...

y kak su..y???huwaaaaaaaaaaaaaa..sedapnyerrrrr

missalongwani said...

y kak su..y???huwaaaaaaaaaaaaaa..sedapnyerrrrr

Chooyaya! said...

Shiera Abdul Rahman : memang lerrrr! sedap ni hoi! balik kang buat eh?

missalongwani : hahahahhaha sowie!

Lavender violet said...

pergh sedapnye...
menu kite sama kak sue..
semalam pon makan asam pedas
tapi asam pedas ikan pari.. hihi

ieda iedana said...

bendi tu bukan sebut 5 biji eh k.su?

haha...

btw kaksu, bila nak buat makan2 jemput loyal reader? *kelip2 mata* hahahaha. kaksu asyik cite makan makan makan. sian ktorg basah keyboard dek ayaq lioq.

rini.borhan said...

Tu dia ngah lap keyboard ni..meleleh..menjejeh dah tengok.. haruslah ibu bizi suka kalao ada pes sedap-sedap ni..senang keje..ekonomi meleset kena makan maska kat umah..hehe..

Ibu Bizi Sangat

Chooyaya! said...

Lavender Violet : ok, give me five! ikan pari tu fav abg saz. kaksu kalo ikan pari suka bakar je. kalau tak dia mcm lembik la.

ieda iedana : ala, mana2 pon boleh. biji ke buah ke, janji paham. hehe. kalau kaksu jemput, lepas tu tadek sapa datang acaneh? tak ke malu?

rini. borhan : kan????? kaksu kalaua da maid tukang basuh pinggan, hari3 masak pon takpe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...