Wednesday, December 24, 2014

Pangkor - Day 2

Assalamualaikum... 

Ok. Day two dekat Pangkor. Lepas subuh, dorang semuaaa sambung tido. Package berdengkor ok? Dah macam orkestra kombo RTM. Sana kroooh, sini kreeeehhhh. I peratikan ajer Mak, Sazli dengan Kakyang. Pasang aircond sampai 6. Sejuk nak mampos. Apa lagi? Tarik selimut laaaaaaaaaaaaa. Dah la kat pulau, feel dia lain macam. Heeeeee. Si Shein pulak awal dah bangun. Semorang taknak layan dia. Dah tu sapa lagi nak layan kalau bukan emak dia yang cantik ni?

Shein mengemas tarik selimut kehulu kehilir. Bukak katop sliding door. Menyapu dalam bilik, siap buang penyapu kat luar semua, takde der orang nak jaga. I bagi dia sarap kek chiffon 2 ketul setengah setel dengan milo sekotak. Lepas tu beeeeraaaaaak la. Apa lagi??? Memang best sangat Shein pagi-pagi dekat pulau ni hirup udara taik Shein. Haha.


Seeebok orang duduk santai-santai kaki atas meja, dia pon sama sebok jugak. Kaki pendek tak dapat nak landing atas meja, terus dengki ditolaknya kaki I, dia naik atas meja terus. Perangai sangat Shein!


Alang-alang Shein dah berak, I pon mandikan la dia terus. Kakyang time ni dah bangun. Mak pon bangun. Sebab kata Mak, I dengan Shein bising. Mana tak bising? Shein simbah I dengan air masa dalam toilet. I pon tarzan la. 'Sheinnnnn!!!' Lepas tu kata Mak, 'Amenda ko bising-bising tu dik? Gaduh dengan Shein?' Pastu jawab I, 'Dia tu siram orang dengan air!' Mak ketawa je. Sazli cakap nak tolong tapaukan nasik lemak dekat kedai depan. Ok. Cantek. Sementara waktu kitorang boleh hirup fresh air and mandi kolam.



Kakyang, Kaksha and Aiman dah mandi dalam kolam ni. Lepas tu main lumba selam-selam. Amsyar tukang jerit. Sebab dia tak boleh join masuk kolam dewasa ni.


Keluar kolam, habes badan gatal-gatal. Mana taknya. Orang balik dari pantai, tak bilas badan and baju terus terjun dalam kolam ni. Memang gatal la badan. Shein nasib baik tadek nak mintak mandi dalam kolam. Kalau tak merajin sangat la I nak layan. I kurang gemar mandi kolam sebabbbbbb nanti rasa restless. And nanti rambut keras. Air kolam banyak klorin.


I dengan Mak duduk je la tengok-tengok bebudak ni. Sesambil melayan Shein main lari-lari bawah pokok kelapak. Tengok muka Mak, kecik je. Orang muka kecik ni, pakai tudung macam mana pon elok je. Mak kan? Dia kata rambut I kembang macam Rosmah Mansor. Kwahaja! Haha.


Si Shein dah mandi lepas tu main guling-guling atas rumput. *Urut dada


 Dia memang suka tau? Asal nampak tanah lapang je nak guling-guling. Dia ingat dia Shah Rukh Khan?? I cakap, 'Shein, jangan laaaaa. Kan dah mandi?' Lantas Shein memandang I sambil buat memek muka, 'Kesah pulak aku?'

Tak lama lepas tu, Sazli sampai dengan nasik lemak 4 bungkus. Kitorang makan dekat lobby resort. Shein makan 3 sudu, lepas tu teraburkan nasik sebungkus. Sel-sel otak dia berkembang. Mungkin dia ingat dia tengah practice tepung tawar perantin. Kalau tak diberi nanti dia meroyan. Buat la Shein, Mama memang suka kemas sapu-sapu lepas Shein buat sepah. 

Lepas tu kitorang balik bilik, packing, mandi and bersiap nak pergi kenduri. Memula I nak pakaikan Shein seluar panjang, kata Sazli takpayah. Panas. Yerlaaaaa. Susah betul nak tengok Shein hensem-hensem. Shein pulak tak boleh dah nak duduk dalam bilik. Dia keluar kat tanah, ikut Atok dia pergi chalet De. terkedek-kedek bontot. Rasa macam nak sepak je. Haha.


Sorang pakai selipar besar, sorang tak pakai selipar. Elok la sangat tu. Yang Mak pulak orang cakap dah taknak plastik, dia nak jugak ambik and carikan. Degil. Tu la anak dia ni menurun ikut perangai dia. Haha.

Dah siap pack semua, kitorang check out and tunggu van sampai. Bila van sampai jer, driver van tu push-push rushing suruh cepat. Dah macam kitorang ni PATI pulak. Sentut betul. Asyik la panggil jerit-jerit cakap cepat. Lepas tu I cakap, 'Uncle, kenapa nak rush? My husband need to check the luggage takot ada yang tertinggal. Bukan sampai 5 minutes'. Lepas tu dia kata, 'Time is money. I need to kejar trip! Tadi satu van sudah dua kali datang you still tak siap lagi'. Pastu I cakap, 'Oh, so this is the way the you treat your customer? I can report to the management'.

Dia geleng-geleng kepala je buat muka pantek. Lepas tu bawak van laju nak mampos. I pegang Shein kuat-kuat. Dekat corner pon selamba tak tekan brek. Tu kalau terbabas memang masuk laut terus. Sazli dari diam terus bersuara, 'Hello Uncle, can you drive slowly a bit? you deal with human punya nyawa. I don't want to die here. Berapa trip you rugi, I pay to you la'. Pastu uncle ni geleng-geleng kepala bebel.

Hangen je I. Reach destination I cakap kuat-kuat. 'Kakyang, ambik gambar van ni. Bawak van macam nak bunuh orang!; Pastu Uncle tu dah menghempas-hempas bonet van time keluarkan bag. one thing pasal Pangkor that I hate is pemandu van semuaaaaaaaaaaa bawak macam orang giler. SEMUA. Dorang always in rush. Dah la jalan sempit, lepas tu bawak laju-laju. I rasa memang kalau kena langgar confirm arwah. Amenda la nak kelam-kabut macam ni.


So this is the van. ABX 1320. Please avoid from this van whenever you in Pangkor. Bahaya la dia bawak. Dah la tadek manners. Betul cakap Boss I, 'Orang Malaysia sombong dengan pelancong'. Tu nanti la I cerita lain kali.

Lepas Zohor baru la Pengantin berarak masuk ke kawasan kenduri and bersanding. Shein dah selamat tido. So I tak join the family. Tidokan Shein dalam kereta sewa adik Abang Halim and ambik kesempatan tido sekali. Take turn dengan Sazli. Dia makan dulu, later lepas dia makan, dia pulak jaga Shein.



Naseb ada Kakyang, so I ada la kawan nak berborak.


De and Kakyang. Kat sini makan sedap la. Sambal ikan blis dia soooo fresh and sedap! I makan banyak giler. Muahahahahah.


The Pengantin



Family belah lelaki. I tak kenal pon accept family sendiri. Haha.

Dalam pukul 2.45pm, I ajak Sazli and Mak gerak dulu. Sebab family Abang Halim maybe nak kena duduk sekejap lagi dekat sana so terus kitorang ke Jetty and naik ferry menuju ke Lumut. Takyah beli ticket dah sebab semalam memang beli tiket pergi-balik. Tunggu sekejap je dah dapat naik ferry. Nasib baik la. Ada time orang ramai kekadang beratur je dah sejam lebih.


This time, I dengan Sazli and Shein banyak duduk dekat luar ferry. Shein lagi suka open area macam ni. Geram je dia tengok laut. Tu kalau boleh nak terjun la tu. Macam tak tau.


Sazli la banyak melayan Shein atas ferry while Mama dia tak habes-habes amek gambar. Ni perangai perempuan, lelaki tak perlu paham pon takpe. Haha.


Memula Sazli dukong berdiri tapi memandangkan Shein debab, sapa pon larat nak diri lama-lama kan?


Lawa la Pulau Pangkor. Hope one day, I dapat datang sini lagi, for holiday of coz. And taknak rushing-rushing lagi. I orang tuweeeee. Mana boleh dah nak kena push-push asyik suruh cepat cepat cepat. Sakit jantong. Haha.

Balik ke KL dari Lumut, kitorang ikut highway. Alhamdulillah jalan smooth je. I lagi suka guna highway dari ikut jalan lama. Sebab rasa lebih selamat. Abang Halim and the rest ikut jalan lama. Dalam kereta berdebar-debar sebab sesambil dengar dalam radio Piala Suzuki AFF. Masa sikit lagi nak sampai kat rumah Kaklong dekat Bukit Antarabangsa, Malaysia dah lead 3-0 so I cakap dengan Sazli, nak singgah rumah Kaklong untuk celebrate. Sekali kalah. Terus taknak turun, nanges dalam kereta.

Dah la Mak tu asyik nak nganjengggg je. Dia kata 'Malaysia biasa lepas goal banyak-banyak lepas tu mesti kalah'. I cakap macam ni, 'Mak, Kalau Mak cakap Malaysia kalah lagi, pergi balik jalan kaki'. Haha. Naseb Mak baik sebab time Malaysia kalah, dah sampai rumah Kaklong. Mak bernaseb baik Mak!

Anyway, ni number Wan Pulau Pangkor. 012-5747453. Korang boleh la call dia kalau nak snorkeling ke, nak sewa boat murah-murah untuk island hopping ke. Sebab dia kenal ramai orang since dia pon memang orang pulau. Tadek la korang kena 'ketuk' kalau datang sini.

I enjoy the trip so much! Kalau Shein behave tak huru-hara laaaagi la enjoy. Shein. Nak Uweeeeeet!!!

-eNd-

3 comments:

Nurain Sazila said...

Memang betul pun pasal van pink nih..bawa laju gilerrr ah..kitorangkan sewa kereta so seben bawa kete mestilah ala ala tourist nak enjoy the scenery katanya tapi van pink ni asyik cucuk cucuk kitorangg je no plat tak ambil pula...kita dah lah bawa slow melow takutkan terlanggar anak anak pangkor main basikal tengah jalan van pink bawa macam tak cukup tekan minyak kannnn...saboo jelah...lupa lerr pulak nak mention ni dlm entry pangkor i tu..

matakehati said...

Muahahaha...lek arrr sue...i sbg org pkor mmg pangkah semua uncle van...yg baik ade 2 org je uncle cine...lain2 tu suma buat macam jln ayahanda depa

Chooyaya! said...

Nurain Sazila : Kan.??? kaksu wonder, ada yang pernah kena langgar tak dengan van2 pink tu. kurang la tahap keselamatan cara pemandu van ponk bawak kereta. seram kaksu

matakehati : alamak. tetiba ada ongpangkor kat sini. so agaknya yang i jmpa tu uncle cina yang kekwat la kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...