Thursday, December 11, 2014

Cendawan Tahun

Assalamualaikum...

Dulu masa kecik, I ingat lagi. Ada ada satu masa dalam setahun tu, dalam musim hujan kot? Nanti ada baaaanyak cendawan tumbuh bawah pokok cempedak Mak. Seronok sangat kutip. Sampai huru-hara ketar-ketar jubor I waktu kutip. Rasa macam berebut dengan ramai-ramai orang. Padahal tadek pon. Haha.

Tak habes kutip kat this part, dah lari bawak bakul Mak kat belah sana. Berebut-rebut kutip cendawan ni dengan De. Feeling dia macam petik strawberry dekat strawberry farm. Yerla. Kiter ongkampong mana la nak merasa kutip strawberry zaman dulu-dulu kan? Dapat kutip cendawan pon dah rasa syok sangat. Mak panggil ni Cendawan Tahun sebab dia tumbuh setahun sekali je.

I memang suka sangat sangat sangat makan cendawan ni. Tapi yang pasti, cendawan ni dia tumbuh sendiri and bukan kena semai ker apa. I tak pernah pulak nampak ada jual dekat mana-mana Pasar Tani or Pasar Malam ke? So cendawan ni memang rare giler and susah nak dapat.

Kata Mak, kalau nak sedap ambik yang cendawan yang masih belum kembang. rasa dia lagi 'manis' dari yang dah kembang. Cendawan ni cepat tau kembang? Masuk hari kedua kalau tak kutip, dia dah kembang setaman macam muka Mira sekarang. EH. Kbye. Haha.



Macam ni la rupa Cendawan Tahun tu. I ambik gambar ni dekat FB Kat Siti Nurfadzilah. Orang kampung I. Kata dia, suami dia kutip dekat ladang. Berguni-guni dapat. Dorang bersihkan ramai-ramai lepas tu agih-agihkan. Korang pernah tengok tak? Pernah makan tak? 


Yang ni rupa cendawan tahun lepas dibersihkan. Putihnya!

Duluuuuuuuuuuu. Mak akan masak 2 jenis ni je. Samaada dia buat sambal air mata cendawan yang dia improvise recipe dia or buat sup lada hitam. Perrrrghhhh menitis ailio teringat kecedapan cendawan ni. Ini memang bebetul makanan masa I kecik-kecik dulu ni. Rasanya last sekali makan pon masa dalam Tingkatan 5 kot? Lepas tu sampai sekarang tak merasa dah. Sedih T___T

Btw, yang resepi cendawan sambal air mata tu sama je yang macam I biasa buat tapi tambah kunyit hidup waktu tumbuk cili padi and bebawang. Lepas tu koyakkan daun kunyit and ketukkan serai waktu tumis bahan tumbuk. Yang sup lada hitam tu sapa taktau nak buat baik terjun bangunan je. Simple Mak enon. Tumbuk bawang putih, bawang besar and lada hitam. Tumis. Masuk air, masuk cendawan and perasakan dengan garam. Nak bubuh daun kunyit pon boleh. Dah siap. Memang simple, tapi sungguh sedap.

I taip ni pon telan ailio je. Seb baik la takde mengidam Cendawawan Tahun ni time mengandung. Kalau tak, nanges la guling-guling kat depan rumah macam Shein biasa buat time tak puas hati tu, memang takkan dapat punya. Kus semangat. Hope nanti 2nd pregnancy jangan la I ngidam nak makan cendawan ni. Amin....

-eNd-

3 comments:

Fiza Zasmi said...

Mertua kata dia kutip kat kebun banyak dapat cendawan tahun ni.. tapikan selamani fiza ingat nama dia cendawan TAUN, membayangkn taun penyakit tu.. ha3 xde kene mengena!

aku nama nora said...

sue...terlioooooo. buat rendang pun sdp sue *ko apa yg x sdp nora* bila kunyah rasa mcm ayam tau..yummmiehhh eh klu tarok dlm megi pun sdp nih..eh klu sup bodo pun sdp..eh semua sdp lah

Chooyaya! said...

Fiza Zasmi : Hahahaha TAHUN la... kalau kat ladang emmang banyak. berguni kekadang tu. tp tu dulu la. skarang taktau la banyak ke tak lagi. maybe ada, cuma tak jmpa je kot?

aku nama nora : yerker? macam ni kena try la buat rendang pulak. masalahnya mana nak mencarik cendawan ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...