Thursday, December 11, 2014

Hukum Memotong Rambut Dan Kuku Ketika Haid?

Assalamualaikum..

Ok. Persoalan tentang hukum memotong kuku dan rambut ketika haid ni memang amat popular dikalangan wanita. Sejak dari mula-mula datang haid lagi, ramai yang tertanya-tanya tentang hukum sebenar jika dua amalan tersebut dilakukan ketika dalam keadaan haid. Termasuklah I sendiri. Amboi. Ayat buku teks terus kata ko!

Yang ni I share print screen dari surat kabar yang I dapat dari FB dan yang menjawab persoalan tersebut ialah Ustaz Kazim Elias. Sebab I rajin, I taip baik. So korang kena sayang I lebih. Bak uwet!

Soalan Kak Tipah :

Apabila wanita datang haid, adakah tidak boleh menggugurkan rambut? Apakah selama tempoh haid belum habis tidak perlu dicuci dan disikat rambut?

Jawapan UKE :

Mana Kak Tpah dengar ni,? Nasib Kak Tipah tanya. Kalau tidak peninglah kepala. Waktu haid boleh potong kuku dan boleh gunting rambut. Malah rambut dan kuku tersebut tidak perlu dimandikan hadas besar. Buang sahaja. Sebab ada yang kata kena mandikan sekali juga. Itu tak betul. Kak Tipah juga boleh cuci rambut atau sikat rambut waktuhaid. Tak jadi masalah Kak tipah.

So now clear tak?
Keratas surat kabar tentang persoalan hukum memotong kuku dan menggunting rambut ketika haid yang dijawab oleh Ustaz Kazim Elias.

Kalau nak clear lagi, korang boleh Google and dekat sini jugak, I copy paste satu article jawapan dari persoalan tersebut yang I dapat dari website Johor Wanita Ikram. Click sini untuk full article.

Dalam buku ‘al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah (Fekah menurut Keempat Mazhab) mengemukakan: “Yang haram bagi seorang yang sedang dalam keadaan junub (termasuk datang bulan) untuk dia kerjakan adalah amalan-amalan keagamaan yang bersyarat dengan adanya wuduk seperti solat sunat dan wajib.” 

Justeru, kita mengetahui tidak disyaratkan adanya wuduk untuk memotong rambut atau kuku. Dengan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa tidak ada larangan (dalam erti kata haram) untuk membuang rambut yang gugur dan memotong kuku.

Maksudnya tadek dalam quran dan hadis yang bagitau haram memotong kuku dan rambut ketika wanita dalam haid. Now jelas tak? So jawapan Budaya yang kiter mungkin dapat dari mulut kemulut kadang-kadang dari rakan sebaya dan kadang-kadang dari orang tua yang kononnya kalau dalam haid, rambut dan kuku yang dipotong tu kena simpan and kena mandikan tu ialah salah. Tak perlu simpan atau dimandikan pon.

Dulu pon I jadik takot. Asal ada rambut gugur waktu haid, I kutip. Katanya nanti akhirat kuku dan rambut tu akan datang tuntut pada kiter sebab kiter buang dia dalam keadaan kotor dan kiter tak mandikan dia. I pon percaya jer. Takot sangat-sangat. Padahal hukum Islam itu kan mudah?

Mungkin persoalan tentang hal ni ramai yang tak tau. So I hope dengan adanya entry ni, semua wanita-wanita akan lebih clear. Ok? Jangan lupa bersama dengan saya lagi dalam Tanya Ustazah Suraya pada minggu hadapan. Heeeeee.

-eNd-

P/s L: So Kakyang, no more alasan tak boleh potong kuku time period ok? Go potong your kuku nowwwwwwwwwww!!

1 comment:

Miss Vampire said...

Thank you so much for this information.. 😌