Wednesday, December 3, 2014

Cucur Ikan Bilis, Joget and Siti

Assalamualaikum..

Kitorang sekarang tengah bizi carik lagu nak menari untuk Company Dinner. Tema 60's. Tahun depan dalam pertengahan bulan satu. So I tanya la FB friend sapa ada suggestion lagu zaman 60-an yang rancak-rancak. Sekali AyangKamell kata ambik la lagu Ser Ser Ser - Ifa Raziah. Hahah bongok ko Ayang!!

Dia tu memang ada masalah tak habes-habes dengan Ifa semenjak layan Gegar Vaganza. I pon kecik besar kecik besar je tengokkan perangai si Ifa ni. Ada ke dia sendiri atas pentas pergi tanya Zaiton Sameon macam mana dia bawak lagu tu tadi? Lepas tu melawan juri jer. Ting Tong giler. Dah la dapat masuk final. MATILA.

I tak decide lagi nak ambik lagu apa. Boss request suruh menari yang ala-ala lemas tutup hidung tu, lepas tu ala-ala menyelam and berenang yang kuak lentang. Twist sampai lantai. Ha mampos. Bayangkan nanti I, Dyba, Intan, Sarah twist macam mana? Entah-entah macam Pak Maon. Yang Si Dyba tak habes-habes request nak menari Bollywood. Dia memang suka berangan joget-joget lagu hindustan. Haha. Kata Boss, Su jangan la makan banyak. Nanti gemok takot roboh pentas. Amboi. Deep sangat tu boss. Sesambil nasihat dia selitkan kutuk sekali. Kwajaq!

Intan ketua bahagian costume. Dia sendiri tak boleh nak decide apa dia nak pakai. I ikut je. Janji jangan pakai merelip-relip macam Family Day tahun 2011 tu dah. Dah la baju merelip yang tahap Mak Datin tengok pon nanges, lepas tu seluar yenki kembang bawah ok? Kembang bawah bukan sikit-sikit punya kembang tapi kembang yang start dari lutut tu. Kesian sangat kat kitorang. Haha.

Anyway sebenarnya I nak share makanan sedap skali intro dah 4 perenggan. So! Sapa pernah makan kat Naili's? Naili's ada dua tau? Satu dekat Taman Dato' Senu, Sentul and satu lagi dekat Ampang Point. Yang dekat Sentul tu slightly bugger than Ampang tapi menu sama je. I selalu pergi yang dekat Ampang ni je sebab dekat dengan rumah.

Kalau korang datang sini, jangan lupa order Cucur Ikan Bilis. Sedap sangat! Harga dia RM7.00 sepinggan and makan good for 4. Buat kudap-kudap and as a appetizer. I sukaaaaa sangat. Bukan tak pandai buat sendiri tapi yang dekat sini rasa dia lain la. Rangup, cukup masin, cukup rasa and tekak I rasa best. Dia bagi cicah dengan sos cili thai. Sazli pon suka sangat. I kalau nak makan, tapau je bawak balik rumah. Naili's ni tutup lambat. Kalau datang pukul 10.30pm pon ramai je lagi yang order makanan untuk dinner.

Korang boleh click sini untuk check out pasal Restaurant Information and Menu. Tapi harini I bukak, page tu under construction pulak, so takper maybe korang boleh check next time. Dorang ada variety of food. Kalau beginner maybe boleh order Nasik Goreng Sardin and jangan lupa ambik Longan Bay as a dessert ok? 


Cucur Ikan Bilis Naili's, yang paling sedap I pernah makan. Dalam dia ada bawang, ikan bilis dengan daun kucai. Sapa yang tak makan sayur, tak boleh la geng dengan I. Sebab dalam ni ada sayur. 


Nasik Goreng Sardin Naili's Place. Photo taken from here. Ada nasik goreng yang sedap, sardine kat sebalah, ada udang as well. thumbs up!

Ok. Habes cerita bab makan-makan kat Naili's. Now I nak cerita pulak how stranger yang jadik kawan secara tak sengaja who really touch my heart...

Malam tadi Siti drop by dekat rumah. Kata dia nak hantar barang. Datang all the way dari Bangi ke Ampang. Bukan dekat-dekat tu. I agak mesti dia hantar makanan sebab each time jumpa kat Klinik Dr. Adrian mesti ada je dia nak hulur Shein. Sandwich la, cookies la. Memang ada-ada jer. Siti tunggu dekat foyer rumah I. I nampak dari jauh, dekat sebelah dia ada 3 paper bag. Kata dia taknak naik rumah, takot menyusahkan. Jumpa dekat Guard House je Kaksu. Alahai :)


Dalam tu ada this heart shape pillow. Kata Siti, 'Happy Belated Birthday Kaksu! Dah lama Siti nak bagi tapi pergi kerja naik motor, so takot kena hujan. Tu Siti bawak malam ni.' I ni tahan je air mata nak menitis. Bukan hadiah ukurannya tapi the thought that counts kan? How she appreciate I. Ya Allah sunguh I terharu. Thank you Siti!


Lepas tu ada this sosej bread roll. Kata Siti, nanti nak makan tinggal goreng je. Last time dia bagi, Sazli suka makan. Ni dia bagi lagi satu Tupperware besar. Lepas tu ada popia nestum and ada agar-agar coklat untuk Shein. 

Dalam beg satu lagi ada wet tissue. Kekadang Siti bagi susu kotak untuk Shein or cookies. Comel kan dia? Baiknya hati Siti ni. Dulu dari mula-mula I jumpa dia masa Shein baby lagi dekat Klinik Dr Adrian, I dah nampak dia ada genuine heart. She have nothing to offer but yet dia punya courage to show that dia appreciate I sekeluarga really touch my heart. Sazli cukup sayang Siti and family dia ni. Paling terror sebab husband dia pon ada pulak masa nak melayan Siti datang rumah I, hantar barang-barang macam ni memalam, last time dia buatkan I bangle getah tu. 

Tenkiu Siti! Kaksu really appreciate Siti and Family. Semoga Allah balas yang baik-baik untuk Siti sebab selalu buat baik dengan Kaksu. Yang penting sebab selalu bagi makanan. Hahahahahhahahahahah. Lainkali bagi lagi banyak-banyak lagi. Kaksu suka jerrrrr!

Okla. Nak cek lagu joget now. Bontot pon dah ketar-ketar je ni. Intan kata kepala kena selalu goyang-goyang kasik biasa dengan twist. Ngek!

-eNd-

5 comments:

adda syuhada said...

sedapnyee... meleleh dah mulut ni...

Zarina Taharim said...

su try cari lagu ni "make some noise for desi boys"...lagu bollywood...tp rancak gile..step i ade..tp cane nak ajar su....hahaha

Chooyaya! said...

adda syuhada : seram jugak kalau mulut meleleh. tak boleh imagine. kalau ailio meleleh lain. haha

zarina taharim ; tp masalahnya kiter nak lagu 60's, bukan bollywood la aci! haha

Zarina Taharim said...

60's tu geng makcik2x..u all kan vouge belaka..mana kena 60's tuh....hahaha....

Chooyaya! said...

zarina taharim : kena la ikut majority kt office ni. nak buat mcm maneeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...