Tuesday, December 2, 2014

Kehadapan Sheindong

Assalamualaikum.

Kepada Sheindong yang tersayang. Anak Mama yang bushuk bacham.




Mintak maaf sebab semenjak dua menjak ni, Mama memang suka menyakat Shein. Yang semalam tu masa Mama masuk bilik, sebenarnya Mama sengaja je tutup pintu. Bukan pintu tertutup sendiri. Mama saja pura-pura macam terperangkap dalam bilik. Saja Mama suka bila Shein nanges kuat-kuat sebab bila Mama open the door Shein terus peluk Mama taknak lepas. Terus Mama rasa macam Mama paling best dimata Shein. That feeling is awesome! Sorry for that.

The truth is, bila dekat office and Mama teringat muka Shein time gelabah kena tinggal kat luar bilik, Mama rasa menyesal sakat you but I bet ada golongan Ibu yang macam Mama yang happy to see their son cry sebab kena tease. Again, sorry for that. Mama gurauuuuu jeeeeeeeee. Jangan la marah.

Ingat tak malam kelmarin bila Shein tantrum and secara tak sengaja Shein jatuhkan diri kebelakang and kepala Shein masuk dalam daging salai masak lemak yang Abah looking forward sangat nak makan tu, Mama sebetulnya rasa gerammmm sangat. But then bila tengok kepala Shein dah half kuyup dengan kuah lemak kuning tetiba jadik kesian. Sorry sebab ketawa tak henti time syampukan rambut Shein yang dah jadik keras tu? Hahaha. Dalam hati Mama cakap, ‘Haaaaa nakal lagi. Padan muka’. Haha. 2 3 kali Mama syempu sebab your hair smell like kuah lemak.

Masa tu Abah was very mad at you. Mama diam je tak cakap apa tapi dalam hati Mama ketawa. You and Abah both tak puas hati. Mama rasa macam comel. Abah tak puas hati sebab lauk favorite dia dah berendam dengan kepala Shein and Shein tak puas hati sebab idontknowwhy. Memasing macam taknak mengalah. Masa tu Shein dah siap mandi. Tengok Upin Ipin dekat iPad but kaki tetap nak tendang-tendang perut Mama. Tetap nak gurau. Macam tak pernah kena marah pulak sebab still nak bergurau.

Mama dapat rasa, bila Shein besar nanti, mesti Shein jenis suka bergurau. Macam Mama. Macam Arwah Atok Ayeh. Semoga membesar jadik anak yang baik ye sayang? Always buat orang lain happy. Mana-mana perangai Mama yang elok tu, ikutla.. Yang tak elok, letak tepi ok? Jangan selalu tantrum yang melampau-lampau sebab Mama ni orangnya tak la sesabar mana. Kot nak rasa kena cubit ke apa silakan. Try me. No problem.

Oklah. Tu je nak cakap untuk kali ni. Akhir kata, ‘Apa perasaan awak mandi kuah lemak malam semalam? Best kan?’ P A D A N M U K A.  Haha.

Love,
Mama

3 comments:

amirah said...

hahaha lawak!! kalau ada gambo mesti lagi best. sampai tua boleh sakat dia mandi kuah lemak. :p

The Untitled said...

Assalamualaikum Su, enjoy this moment Su, ni yg buat kita tersemyum2, tergelak2 sorang2 bila diingat balik, saya sudah melalui itu semua, bab menyakat tu sampai sekarang still on tapi anak dah tak heran dah, dah dapat ijazah part tu, kat umah mak abah dulu pernah kena marahlah...yarabbi...selagi tak melalak budak tu tak sah kata mereka , menengok kami menyakat anak2 tapi bila kami dah balik dema tepon kata sunyi pulak umah tak de korang, ha...macam tu...ingat ye Su, teruskan perjuangan ini , eh.....and Shein keep it up okey...ha,ha...



Chooyaya! said...

amirah ; fikir jugak nak amek gambar buat kenangan tp tak sampai hati pulak. haha

the untitled : betul tu... su ni pon bila badan letih rasa nak rehat, rimas shein panjat and melasak. tp bila dia tadek depan mata, hatta tido pon su rasa sunyi... kalau dapat anak 4 orang mesti lagi seronok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...