Monday, December 29, 2014

Heeee. Pasal Shein Lagi Ke?

Assalamualaikum..

**Hope korang tak jemu la I selalu cerita pasal Shein ok?

Now kalau nak tido malam, Sazli suka main bayang-bayang tangan tu. Tutup lampu semua dalam bilik lepas tu dia pasang torchlight yang dekat henpon and buat bayang-bayang tangan. Si Shein memang suka la dia. Mengekek ketawa. I pon sama layan, tapi lepas tu jadik takot sebab Sazli buat macam nak tangkap guna bayang-bayang tangan. Kang Shein tadek apa, I pulak yang kencing atas katil. Hahahahha.

Shein haritu masa jumpa Dr. Adrian sebab 3 hari demam malam, berat dia dalam 15kg++. Malam dia demam, siang huru-hara Otomen manjang. Habes semua disilatnya. I pon kekadang dipaksa jugak lawan dengan dia. Kang kalau tak dilayan merajuk. Shein ni memang kuat giler merajuk. Ikut perangai sapa entah. Ok tak payah jawab. Hehe. Dah la kalau main, nak ikut kepala dia je... Perangai nak Abang Kawasan, tapi hati tu alahai. Lembut sangat-sangat!

Malam kelmarin, Sazli ajak I main nyorok-nyorok dengan Shein. Kalau kitorang nak menyorok nanti Shein naik atas katil dalam bilik, lepas tu I pon nyorok la. Sazli nyorok tempat senang-senang je sebab Shein jenis main nanges. Cari sekejap tak jumpa lepas tu dah nanges. Hahaha. I pulak taknak kalah, nyorok tempat susah-susah. Shein dah huru-hara nanges baru I keluar. Ada sekali tu sampai muntah-muntah Si Shein. Hahahha. Dia la. Dah la sambil main, ngunyah. Lepas tu lari. Lepas tu ketawa. Lepas tu nanges. Mana la tak muntah?

Memula time nyorok, kalau dia dapat Sazli sorang je dia ok. Tapi lama-lama dia nak jugak carik I sampai jumpa. Alalala. Sayang Shein dekat Mama. Bila dia dapat je I terus peluk taknak lepas. Tapi sekejap je, lepas tu dia tarik tangan ajak masuk bilik. Pastu dia sendiri naik atas katil suruh kitorang nyorok. Ngek la Shein ni. Tapi ajak main, tapi nanges. Poyo jer.


Shein and Safia. Cousin Saz. Merangkap Auntie Shein. Class kau Shein, Mak sedara semua hot-hot belaka.

Masa semalam kan cuti? I bangun lambat, Kiter semua sebenarnya bangun lambat. Saja golek-golek atas katil. I tido la sebelah Sazli. Pastu Si debab tu tak puas hati, dia nak jugak baring kat tengah-tengah. Bila I tak beralih, selamba je dia baring antara badan I dengan badan Sazli. Nak jugak-jugak duduk tengah. Sebok jer! Padahal dia ada baby court dia tu. Pergi la tido sana. Sempit jer!

Malam tadi, Sazli suruh try lagi sekali. Letak dia tido sebelah I. Paling lama dia tak bangun himpap kitorang ialah 3 menet. Kalau tak less than 30 saat dia dah nak menyempit dekat tengah. Bukan tido atas bantal, tapi atas badan kitorang. Sanggup je dia. Hahah. Lawak la Shein ni. Tapi Otomen, tapi nak tido celah ketiak Mama Abah je. Macam-macam hal la dia tu.

Perangai kuat merajuk dia tu, I taktau la sampai bila. Bila I rajin, I pujuk la. Kalau tak I lantakkan ajer. Malas nak pujuk. Asalkan dia tak mencederakan diri udah. Tapi bila dah banyak hari spend time dengan Shein and harini kerja, rasa rindu pulak. Macam tu la lumrah manusia.  Ada depan mata geram, bila jauh rindu pulak. (Padahal lumrah I, saje nak salahkan manusia yang lain jugak). Haha.

Kekadang bila I jalan dengan Shein berpimpin tangan, I rasa macam tak percaya yang I mengandungkan dia, lahirkan dia and jaga dia sampai la jadik macam sekarang ni. I berterima kasih pada Allah sebab bagi Shein pada I. Dia bagi pinjam jer sebenarnya. Sampai bila tu I tak pasti tapi untuk waktu sekarang, I cannot imagine what my life would be without him, although too much drama and all with Shein but I can't thank God enough for this. Sayang sangat dekat Shein.

I love you Beshindong Mama! You pon kena sayang I jugak ok? Shein. Nak Uweeeeet!!!

-eNd-

2 comments:

Jan@Afzan said...

Takpe. Seronok je kisah Shein ni..

Pinjaman dan amanah.
Walau macamana payah pun kita jaga dan banyak sgt karenah manja aka mengada dan merajuk, tetap kesayangan kan?

Dah namanya anak...

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : :) Tenkiu Jan... Lebiu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...