Tuesday, December 30, 2014

Selamat Pengantin Baru Ameer and Alisya!

Assalamualaikum...

First of all, Kaksu nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ameer and Alisya. Semoga jodoh berkekalan ke akhir hayat. Aminnnn... Ameer ni cousin Sazli. Anak Paklang. Dalam family Sazli belah Mak, Sazli yang paling sulong. paling otai la kira. So dia jadik Abang Long and I automatik jadik Kaklong kawasan. Hahahahahaha. Sebenarnya paling tuweeee. Dorang semua kecik-kecik kot? Semua below 28 and majority dalam 20-25 macam tu. Yang sekolah rendah pon ada. Nyampah je tau? Bila dengan dorang I rasa macam Makcik-makcik skek. Tapi Makcik hot la. Ko jangan carik pasal.



Anyway yang dalam gambar tu. Yang tengah bukan Ameer and yang baju peach tu bukan Alisya. Harap maklum.  Baju biru tu Ezzaty, cousin Sazli. Adiknye Ameer. Dia banyak jugak berlakon sekarang ni. Kalau korang perasan dia ada berlakon iklan yang Silkygirl perfume tu. Urrrmmm wangiii. Model lelaki iklan tu Daler Yusuf. Yang duduk tengah-tengah tu. Cute nak mampos ok? Mix Kelantan dengan Uzbec kot? Mak dia yang Kelantanese. Patut la comey. Hok aloh! Nebes I amek gambar sebelah orang hensem-hensem ni. Haha.


Daler dengan Pengantin. This photo was taken from Daler Yusof IG. I kidnap. Sebab tadek gambar close up perantin. 


Gambar family pengantin ni was taken from Ezzaty IG. Seronok je Paklang Maklang ada anak ramai. Meriah rumah. I tak larat dah kot nak kejar ada 5 anak macam dorang. 


Yang ni semua cousin-cousin Saz. Dia banyak cousin perempuan. Dengki je Sazli terus Boooo kitorang tengah amek gambar. Dengan cousin lelaki lupa plak I nak amek gambar dorang. Dari kanan. Mimi, Malia and Sarah. Barisan belakang Atyra, Safia dengan Siti Nurhaliza.


Yang ni pulak Ina. Dia seorang doktor. Sekarang kerja kat Hospital Kuantan. Cousin Sazli now 2 orang amek medic. Suraya anak Paksu dengan Malia anak Pak Teh. Adik dia Khalil amek medic jugak tapi vet. Nak jadik doktor haiwan. Bagusss. Semua pon bijak-bijak dorang ni. Cikgu ada, accountant ada, doktor ada, arkitek ada, engineer ada. Kaksu tumpang bangga :) **Kaksu ada bunyik macam Tok Che Amah tak? Habes semua cerita cucu-cicit kerja apa. Haha. Comel sangat Tok.

Dari kiri. Balqish, Mimi, Atyra and Sarah. yang baju biru tengah sebok amek gambar tu Paksu Sazli. Duluuu Sazli minat nak jadik Arkitek sebab Paksu la. Kata Tok Che Amah. 'Paksu kerja ketek'. Ketek pon boleh la Tok, janji ada bunyik. Haha. 

Susah kan nak tengok I amek gambar dengan Sazli? Memang susahhhh pon. Dia mana suka amek gambar. Kekadang amek gambar pon sampai nak gaduh-gaduh. Haha. Tu ganbar bawah yang buat muncung ikan tu, geram pulak I nak tunjal. Haha.


Yang ni gambar family. Tapi tak complete pon. Most of yang ada dalam ni ialah family belah Mak. Anak, cucu, cicit Tok Che Amah yang kena kepit dengan pengantin tu. Bapak missing in action. Dia tak amek gambar sebab tengah jaga Shein tido. Sebab Mak dia bizi bersuka-ria dengan yang lain. Tu yang paling depan tu suami sapa la eh? 

Seronok sekali-sekala ada majlis macam ni. Baru la dapat berkumpul semua. Lepas ni nak kena tunggu wedding lagi la baru dapat kumpul ramai-ramai macam ni. Ni yang tengah beratur nak kawen ni memang ramai ni. I agak, dalam masa 3 4 tahun, memang wedding bebudak ni jer la kot nanti? Sebab semua dah besar-besar.

Anyway, Kaksu had a great time with korang semua. Ingat. Kalau baca blog Kaksu jangan nak hingaq depan oghang-oghang tua. Nanti kang korang baca blog ni semua entry ilmiah je. kalau depa tau Kaksu ada blog. Hahahah. Kata cucu sulong kan? Kena la tunjuk tauladan yang baik. Gitu. Tapi dalam pada memegang title yang paling tua I rasa semua orang perasan I sorang yang paling bising nak aiskrim la, jerit bergaduh dengan Shein la semua. Lantakkan. Haha.

-eNd-

1 comment:

mimi said...

Kami pun tumpang excited ada cousin bakal pembaca berita. Hahaha btw khalil tu abg malia kaksuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...