Monday, December 29, 2014

Sangkaya Coconut Ice-Cream !!

Assalamualaikum...

Hari Sabtu aritu Mira pepoyo dengan I yang dia dah makan eskrem kelapa dalam tempurung kelapa. Kata dia sedap nak mampos. I pon apa lagi? PANTANG orang cakap sedap terus bontot dah gegar-gegar. Nak pulak dekat Ampang Point je. Memag sentut la kalau tak pergi. Sebab jarak Ampang Point ke rumah I memang dekat giler. Jalan kaki pon sampai. Tapi ketiak basah skek arrr. Haha.

Mira now dalam fasa nak makan semua jenis ABC and eskrem. Maafkan la dia sebab now suka makan dessert bebudak je. Kan dia mengandun?? Masa hari Jumaat lepas, kitorang makan dekat Octopus Wangsa Walk. Lepas tu Mira order ice-cream durian Ice Room tu. Eeeuwww tak best kot? So malas nak cerita pasal tu. Sebab sekarang ni ice-cream yang sedap only ice-cream kelapa dekat Sangkaya. Woo Hoooo!!! Kemain I excited bercerita. Ko dah kenapa??? Macamkan dia yang mengandun pulak sekarang ni. Haha.


Sangkaya coconut ice-cream! Yang ice-cream dalam tempurung kelapa ni harga dia RM9.90. Dalam tempurung tu ada isi kelapa sikit-sikit lepas tu 4 scop ice-cream kelapa yang kecik-kecik. Kalau korang nak kosentret dengan rasa kelapa, better ambik macam ni jer.


Yang ni I punya. Kiter boleh ambik 6 jenis topping. Kacang tanah, kacang merah, cornflakes, nestum, kelapa kering dengan jagung. I letak semua except kacang tanah and kacang merah. Kepada yang tak suka sayur-sayuran mesti tak ambik jagung kan? Ada sorang budak tu kan??? Dia tak makan jagung sebab kata dia jagung tu ayam je yang makan. Kwahaja! Hahahaha.


Ni menu yang ada dekat Sangkaya ni. Kalau nak scoop and cup ice-cream pon ada. Air kelapa pon ada. Kalau la ada ice-blended kelapa yang dalam dia ada vanilla ice-cream tu laaaagi la sedap!


Sangkaya ni ada a few branches jugak. Yang ni dekat Ampang Point. Ground Floor, blakang sikit. Dekat area kedai aksesori rambut. 


Dekat sebelah Sangkaya ni ada kedai waffle. Pon sedap. Lepas tu kat tingkat atas dia ada Taiwanese Restaurant. Octopus ada, Peddington House Of Pancakes ada, Chatime ada, Dominos Pizza ada. Not bad la Ampang Point sekarang ni.

So kepada orang-orang Ampang, takkan la nak tengok je kan? Jommmm la rasa eskrem kelapa Sangkaya ni cepat-cepat. Sebab seeeedaaaaap! Ok la. Nak pergi repeat kejap lagi. Kepada Orang Johor yang tadek Sangkaya sila la gigit bucu bantal sekarang. Kbye.

-EnD-

5 comments:

rini.borhan said...

alahai nampak menarikkan..aritu ada tgk kawan post kat IG dia kata kat KElantan je ade..

Saluran Bantuan melalui SMS

Chooyaya! said...

rini.borhan : kan kelantan tu bukan sengkaya kot? kat thailand pon banyak.

mimi said...

nampak sedap je tu..tunggu lah kang balik rumah tok kitorang cuba..jb xdee..hahah kbye

Chooyaya! said...

mimi : alohloh kesiannnnnnnnn. hahahahah. jb tadek. nenenenene

supina said...

Sedap ini product thailan