Thursday, December 18, 2014

Selamat Maju Jaya Encik Bob!

Assalamualaikum.

Semalam ada Majlis Meraikan Pesara untuk 4 orang staff dekat office ni yang dah nak retired. Office arrange lunch dekat Felda Villa. Kat sini ada buffet. Harga dia RM40/person. Makanan tak la banyak macam dekat Dewan Perdana time bukak puasa tapi InsyaAllah semuanya sedap. Lauk-pauk Melayu paling win and jugak ada kambeng golek. If korang ada client nak bawak lunch dengan budget less than RM50/person boleh la try dekat sini.

Gambar makanan I tak ambik sebab malas. (Boleh tak jawab macam ni?) Haha.


Salah seorang pesara yang diraikan. Our all time favorite. Encik Bob!


Dyba yang paling depan tu ialah orang paling pendek dekat Felda kata Ira. Dyba pantas menjawab 'Dan yang paling comel'. T___T 


Kitorang semalam janji nak pakai baju kaler pink. Sampai-sampai je office terus I carik gaduh dengan Ira. ‘Ira! Ni bukan pink!! Ni peach! Buta ke?’ Hahhaha. Skali Dyba pon pakai baju pink pekat nak dekat kaler pink sama macam Ira. I cakap, ‘korang keluar group’, pastu Dyba melawan. Dia kata, ‘Tak payah la remove Dyba, Dyba boleh left sendiri’. Kemain melawan budak kecik sorang tu.

Ezy dah balik dari umrah. Tapi dia tak join sangat amek gambar sebab dia suspected slip disc. So tak boleh nak aktif-aktif sangat. Lagipon masa second ‘photo-shoot’ I tanya mana Ezy, Kata Intan tak payah la ajak. Dia kan sakit? Kiter yang sihat je la amek gambar. Hahahah. Bongok Intan.



Ezy tak boleh aktif-aktif sangat. Harini tak larat nak bangun pon datang kerja jugak. Bagus la Ezy, pekerja cemerlang. Get well soon Ezy! Lekas la jumpa doktor. Buat fisio. Naseb you tak masuk joget nanti bulan January. Kalau tak, takde orang replace. Terpaksa la I ajak Imah Cleaner menari sekali sebab tak cukup orang.

Sekarang ni kalau I upload gambar Intan, kemain semua nak puji dia cantik la, dia paling stand out la, dia sorang je yang nampak la dalam gambar. Nyampah. Sampai kembang-kembang Si Intan senyum manjang tengok henpon. Yer la. Orang tengah becintaaaa memang la muka berseri-seri.

Korang kalau nak puji-puji Intan lelebey, pergi la follow blog dia dekat sini, or Instagram dia dekat sini ok? Kalau nak email/berkenalan dengan dia also boleh. Ni email dia. kaseh08@gmail.com. Sapa nak henpon number dia boleh email dia. Kbye! Jangan carik I lagi. I dah mati.


Baju Intan yang cantik tu kata Intan kakak dia (yang stewardess) tu belikan. Butik apa Intan? Jawapan : Taktau. Dekat mana? Jawapan : Taktau. Berapa RM? Jawapan : Taktau. Semua taktau. Baik takyah tanya. 


Kaklong mana Kaklong? Ni kalau dia ada ni, confirm la dia yang paling tak senonoh. Haha.

Ok. sambung cerita pasal Encik Bob.

Encik Bob tu kekadang kitorang panggil Abang Bob, kekadang Pakcik Bob. Mana yang sempat la. Ikut keadaan. Dia kelakar sangat-sangat. I suka gurau-gurau dengan dia. Kekadang kiter semua borak macam kawan-kawan, 'aku engkau' je. Bukan biadap tau? Saja jer sebab dia pon suka melayan. Memang boleh masuk kepala and boleh geng dengan kitorang.

Opis kitorang kan ada waktu anjal kan? Masuk 8.15 - 5.15 or 9.00am - 6.00pm. Encik Bob ambik yang second option. So ada sehari tu, kitorang naik satu lift dengan dia time nak balik.

Suraya : Eh Bob, ko masuk pukul berapa? Bukan pukul 9.00 ke? (Sebab time tu pukul 5.15pm)
Encik Bob : Aku masuk pukul 9.00am
Suraya : Dah tu ni pukul 5 suku ko dah balik? Ko kan kena balik pukul 6.00pm?
Encik Bob : Aku dah ambik keputusan nak masuk pukul 9.00am keluar pukul 5.15pm.
Ira : Eh Pakcik, mana boleh macam tu? Hahahaha
Encik Bob : Eh boleh la. Sebab kalau aku balik lambat nanti dah gelap. Lagipon sekarang musim hujan.

Hahahaha. boleh je eh macam tu? Encik Bob duduk kat Port Klang. Rumah dia besaaaaaar. Lepas tu ada banyak angsa. Kata Ira dah macam zoo dah. Ayam, angsa, itik, ikan semua ada. Lepas tu keliling rumah dia ada air. Kira macam rumah dia dalam island la. Anak-anak dia semua cantik-cantik. Macam artis. 

Ala... Mesti sunyi kan kalau dia dah takde? I suka la Encik Bob ni sebab dia sempoi and kelakar. Ada sekali tu kan? Boss Intan panggil dia. Pastu Intan ni kelam kabut la carik dia dekat belakang. Dia tengah isap rokok.

Intan : Encik Bob, Datuk panggil
Encik Bob : Malas. Ko cakap aku bizi

Berani dia????

Hahaha. Sesuka hati dia je. Dia ni memang kelakar tau? Lepas tu I tanya Intan, Encik Bob jumpa tak Datuk? Kata Intan tak. Dia memang tau? Sesuka hati je. Lepas panggil 2 3 kali dua jam lepas tu baru la dia masuk bilik Datuk. Tu pon bebel-bebel cakap, 'Malas la aku nak jumpa dia tu'. Boleh tak???? Hahahah. Tapi kalau Encik Bob buat macam mana pon orang tak marah pon. Sebab dia kelakar orangnya.

Sedih pulak kan lepas ni dia dah tadek dekat office. I dengan Ira la paling selalu menyakat dia. Cool giler kalau ada Pakcik-pakcik yang macam ni. Dah la semalam masa ucapan dia bagi, nak panjang-panjang jer. Siap ada pantun la apa la. Kata I, 'Eh, pandai jugak Encik Bob bagi speech. Tak boring pon'. Intan je tak pandai appreciate. Dia pandang Encik Bob lepas tu tunjuk jam. Lepas tu buat sign. 'Lapar' sambil sapu-sapu perut. Bongok Intan.

Semalam Encik Bob ada pesan. 'Jadiklah seperti lebah. Jangan jadi seperti lalat. Sebab lebah hanya akan hinggap dan berminat dengan madu. Madu kan manis dan bagus? Lalat pulak suka kepada bangkai dan menda yang busuk je. So contohilah sifat lebah'.

So true Encik Bob. Selamat Maju Jaya kami ucapkan. Dari anak-anakmu di office. (Ira, Dyba, Intan, Su dan Sarah). Hope Encik Bob jerjaya di dunia dan diakhirat. Keep in touch ok? Jangan lupa datang dinner bulan 1 nanti. Kitorang joget A-go-go ok?

I akhiri entry ni dengan video yang I ambik dari Instagram I. Dengan kata-kata, 'Intan takpayah nak overshadow semua orang sampai tolak-tolak Ira'. Kata Ira, 'Kenapa akak tolak Ira?' Intan jawab, 'Yerla. Sebab Ira patut belakang akak. Ni lepas pusing tu Ira kedepan sangat kenapa? Tu akak tolak' T____T Over Intan ni tau?? Memangtang semalam baju cantik!




-eNd-

5 comments:

Lavender violet said...

hahhaa kaksue..
kaksue paaaaling cantik dlm gambar tu...
nak uweet :p

Chooyaya! said...

Lavender Violet : u sorang je kata macam tu. yang lain semua kata Intaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnn je.

..nOWa.. said...

hahahaa! memang kelakar video ni..

eda said...

hahahahaha intan WIN !!!

muahhh kasuu !

Chooyaya! said...

..nOWa.. heeee. ni sekali take je dah jadik

eda : shadapyu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...