Tuesday, December 30, 2014

The Best Curry Laksa Dalam Dunia!

Assalamualaikum..

Kepada Mira yang mengandung sekarang ni, maafkan Maksu sebab terpaksa jugak share gambar Curry Laksa ni. Sorry la kurang sensitif keadaan Mira sekarang yang berada nun jauh di Banting untuk datang Ampang Park for the sake of this Curry Laksa. Ada la jugak rasa simpati pada Mira tapi tu la, reader Maksu ni pon boleh tahan jugak dorang. Asal lama tadek cerita makan kang mula la, 'Kaksu, kami nak gambar makanan'. Dah tu acane? Hahaha.

Yang ni kitorang baru makan just now dekat D'Lite Ampang Park. Restaurant yang sama tempat I makan Laksa Assam last time. Dalam entry sini. Kat sini ada macam-macam lagi selain dari Curry Laksa and Laksa Assam. Yang paling penting Ice Lemon Tea dia ada 4 slice fresh lemon. Memang puas hati. Harga segelas RM4.20. Curry Laksa ni pulak RM8.50 jer. Way delicious and way kaw dari Curry Laksa dekat Secret Recipe. Dulu memang sedap Secret Recipe but now taktau la, macam dah lain. Adjust dengan lemon 2 3 slice pon lain jugak rasa dia.



Curry Laksa D'Lite Ampang Park

Rezeki kitorang tadi, sampai-sampai pon dah lunch hour tapi ada satu group siap makan awal. I pergi dengan Kaklong, Intan and Ira. Dah siap makan, I lambai la sorang kakak pakai tudung ni. Kesian dia dari tadi berdiri jer nak tunggu orang habes makan. Sampai-sampai kat meja, muka macam familiar. Rupanya pelakon Hantu Kak Limah. 

I pon spontan cakap, 'Eh, Hantu Kak Limah dah pakai tudung!' Pastu kakak pelakon tu senyum jer. Dia cakap, 'Ha a,. Hantu Kak Limah nak makan laksa'. Hahaha. Sporting je dia. Nak ajak amek gambar tak sampai hati sebab D'Lite ni sempit. Memang berlaga siku kalau nak makan pon.

Tadi masa nak beratur order makanan, I buat-buat nak terlanggar and elak-elak dengan waiter, saja nak bergurau. Sekali ada satu meja 3 orang ni perati perangai I lepas tu gelak kuat-kuat. And macam biasa Ira pon jeling sambil tahan diri nak tunjal I. Haha.

Kitorang keluar dari Ampang Park dengan perut yang gembira. Mission accomplish! berenang-renang Laksa Assam dengan Curry Laksa dalam perut ni ha. Lalalalala. Takyah la korang sesusah nak beli bahan buat mee kari balik ni. Datang je D'Lite. Less than RM10.00 dah dapat makan curry laksa dengan gembira. Kalau tak habes, kuah dia boleh buat mandi. Eh? Kbye.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...