Friday, January 30, 2015

Nak Uweeeet

Assalamualaikum..

How I wish, I can join you Shein. Sedap je dia berendam dalam besen ala-ala mandi dalam jakuzi dekat spa eh? Lepas tu ada la dayang-dayang tepi dia dok layan apa dia nak. Dayang tuwe la tapi (Mak Tok and Baba). Hahahahha.

I tengah gigih mengemas ni. Al-hamdulillah almost siap dah. Now tengah nak tunggu mover team wrapkan pc, printer semua. Ya Allah penatnya la badan 2 3 hari ni. Mengemas tak habes-habes. Hope harini siap la semua kerja...


Pagi tadi masa I nak siap pergi kerja Shein dah jaga. SEBOK sama naik bersiap dengan I depan cermin. I marah dia sebab sebok nak duduk atas riba I, lepas tu dia merajuk terus tengok tv cerita Kuch Kuch Hota Hai yang I rakam malam tadi.

Tetiba je senyap. I intai dia dekat luar slow-slow jer. Rupanya member tengah pakai compact powder I. Lepas tu siap nak curlkan bulu mata. Dah siap semua dia pakai blusher. Blusher bukan takat dekat pipi, package dekat kepala sekali.

I geram nak terkejutkan dia. Haha. Tu blusher tengah dekat tangan tu. Buatnya dia baling sesia hancur Mac I. So I panggil dia slow-slow je. Tu pon terkejut. Kan member tengah kusyuk mekap? Hahaha. Shein ni memang peratikan ajer kot apa yang I buat. Tu yang dia tiru tu. Bahaya la.

I rasa now mandi sama dengan Shein pon dah tak berapa nak boleh kot? Heeeeeeeee. Okla. Nak sambung kerja. Esok nak pergi spa. Sapa nak ikut???

-eNd-

2 comments:

sharon m.q. said...

kak su tak ambik gamba shein bermekap ke? nak tengokkk.. geramm je tengok shein ni..

aku nama nora said...

shien, jom mandi sama jom hahahaha
selamat berpindah sue!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...