Wednesday, February 25, 2015

CNY Holiday To Melaka - Part I

Assalamualaikum..

Masa CNY punya holiday bebaru ni kitorang sekeluarga (Sekeluarga tu ialah I, Sazli and Shein) pergi bercuti ke Melaka and stay dekat Swiss Garden Hotel & Residences. Semua ni ad-hoc plan jer. Seminggu sebelum nak bercuti tu baru la Boss I (Sazli) suruh carik hotel nak stay. Dalam kes ni I turun pangkat jadik Secretary. Sebab biasa kalau dekat rumah, kata Sazli boss dia ialah I dengan Shein. Hahaha.

Memula dia suruh check Avilion or Grand Lexis PD. I try book guna Agoda.com, booking.com, trivago.com, sentut.com, wakmiron.com and segala mala tok nenet.com online hotel booking tapi sekian dimaklumkan memang la penuh kan? Orang plan holiday CNY dah 23 juta tahun, ko book kurang seminggu memang tak la nak ada bilik. Jangan kata hotel best macam Avilion or Grand Lexis, hotel buruk pon fully booked! So I agak kecewa disitu and suggest pada Sazli untuk check in dekat Putrajaya Hotel macam Pullman Lakeside Hotel or  Putrajaya Marriot Hotel tak pon busuk-busuk dekat Sunway Hotel Resort & Spa.

Sazli kata kalau dah tadek sangat kiter pergi jer la. Tapi kalau boleh dia nak keluar dari KL. Takper la, book je dulu. If nak cancel boleh cancel sebelum 14 Februari sebab I guna credit card I. Tapi at the same time I masih menaruh harapan semoga ada orang yang last minute cancel booking bilik dekat Avilion or Grand Lexis.

I bagitau kekecewaan pada Ellis and dia suggest I cek dekat Swiss Garden Hotel & Residences. Tapi guna Booking.com sebab masa dia try guna Agoda.com last week pon dah fully book. Dia dengan kids pon stay dekat Swiss Garden jugak.

So by Booking.com I manage to get a room. Tengok harga untuk dua malam RM500++ je. Eh? Biar betul? Apa murah sangat harga bilik time peak macam ni kan? Hotel cap ayam ke apa? I bagitau Sazli pon dia suruh cek balik tu price untuk 1 night ke 2 night. I Google tengok ok je hotel ni. Sama je lawa dengan Equatorial Melaka yang harga satu bilik one nite kekadang sampai beribu tu. Melampau. Dah la hotel buruk. Kata Ellis bilik sini murah maybe sebab dorang hotel baru and masih dalam promotion period which actually memang betul.

Dorang sebenarnya ada 2 tower. 1 hotel, 1 residence. Hotel tower 32 tingkat and Residences tower 42 tingkat. Bilik hotel ada 306 and 484 unit service apartment. Dorang share facilities macam infiniti pool, gym, bar and restaurant. Banquet set up pulak approximately boleh muat 1,000 guests at one time. So imagine eh? Memang besar Swiss Garden ni. Hotel ni pulak becantum dengan shopping mall. Ada Tangs, La Bodega, Starbucks, Sushi Zanmai, Blush, F.O.S memang cantek sangat la. 7-11 pulak just across the street, also ada kedai mamak yang bukak sampai pagi and cuma 15 minutes away by jalan kaki kalau nak ke Jonker Street.

Tapi tu kalau jalan la sebab kalau naik kereta jadik sejam lebih sebab jem menggila kot dekat Bandar Hilir time cuti macam ni. Stressed tau fikir pasal jem dekat Melaka. Tak bernafas I. Naseb hotel ni best. Facilities pon best. Dia punya pool terpaling best sebab ada infinity pool and pool kanak-kanak also best. Gym pon ada cuma I takde masa nak jengok (alasan). Swiss Garden ni hotel baru. I memang rekemen korang stay dekat sini. Nanti I share gambar-gambar yang I amek sendiri and yang I Google. Ok?



Pandangan dari depan Swiss Garden Hotel and Residences Melaka. Tepi sungai. Nanti ada kapal lalu so boleh la fe-feeling macam dekat Venice. Masa sampai tu kata Sazli, 'Fuiyooo macam dekat Venice tu'. Sentut je. Haha.



Ni hotel lobby. Kalau nak check-in dekat hotel, boleh proceed dekat sini je. Kalau nak check-in dekat Service Apartment naik lift belah kanan ke tingkat 3A lepas tu ada satu lagi lobby untuk Service Apartment.


Ni kaunter untuk check-in dekat hotel. Ellis check-in dekat hotel, kitorang dekat Service Apartment. Beza harga sikit je. Hotel is slightly cheaper sebab bilik dia kecik sikit je dari Service Apartment. Design lebih kurang sama je. Photo taken from here.


Boss tengah settle bil. Haha. Sampai dekat sini kitorang upgrade bilik dari Deluxe ke Club Premier. Deluxe tu katil single 2, kalau Club premier king size bed. Kang kalo amek katil single Shein tido atas lantai la. Hahaha. Lepas tu tambah harga bilik with breakfast sebab yang Booking.com bagi harga tu without breakfast. Dari 500++ 2 night jadik RM630 nett, 1 room 2 nights with 2 breakfast. Detail I bagi ni. Dah boleh kerja hotel receptionist dah. Okbye.


Sementara Abah setel bil, Shein melayan perasaan. Yerla. Member tak abes lagi demam. Still ada dedar. Tapi yang HMFD tu dah takde dah. Al-hamdulillah Shein kena tak teruk yang melepuh-lepuh tu. Cuma bintik-bintik je. Yang buat kesian sebab dia datang dengan package demam.


Runjau Shein ni. Ruas dia memang panjang-panjang. Dah besar ni agaknya lebih tinggi dari Bapak and Sazli. Sazli rendah sikit je dari Bapak. Imagine la anak beranak ni memang tinggi-tinggi. Hope umur Bapak panjang la untuk tengok Shein berdiri sama tinggi dengan Abah and dia. Aminn...


I kata pada Sazli, kiter tawakkal je la pergi dengan keadaan Shein yang masa Khamis ni tak 100% fit. Bawak je semua ubat-ubat dari ubat batuk/selsema/demam/antibiotik/krim segala mala. Hospital pon banyak area Melaka ni. Tadek hal. Kalau ada emergency nanti zaaaappp terus check-in hospital pulak.


Yang ni gambar dari hotel punya website. Jenis bilik Deluxe.


Yang ni pulak Club Premier. Aik, pesal tadek daybed dekat tepi tu? Patut ada.


Yang ni actual room kitorang. Shein tengah main nyorok-nyorok dengan Abah dia. Budak ni main lari-lari sampai penat lepas tu dahaga. I bagi susu, lepas 5 minutes gone. Penat dia macamkan dia yang drive.


Toilet. Dah siap I susun berus gigi, shampoo Sazli dengan sabun Shein.


Bilik air dia boleh see-through. Naseb baik dah kawen, kalau tak kena la mandi pakai baju. Hahahha. Tengok Si Shein, I perasan kalau dia tak sihat, dia akan tido menonggeng macam tu. Selasa kot? Senang nak bernafas.


Tak lama lepas tu Ellis datang buat lawatan muhibbah dekat bilik. Memula kitorang plan nak makan terus lepas check-in tapi memandangkan Shein dah selamat, kitorang decide beli je dekat Mamak tepi simpang ni apapa makanan untuk alas perut sebelum keluar balik malam nanti for dinner. Masa ni lebih kurang dalam pukul 4.00 petang.

Ishk, apa ke panjangnya entry ni. Stressed pulak I. Hahaha. Nanti gambar lain I share next entry sekali dengan aktiviti kitorang malam tu. Aktiviti tadek apa sangat pon. Dinner jer. Nak pergi mana-mana pon dah tadek mood sebab jalan jem giler. Dari hotel yang sepatutnya 5 menet jer nak ke Bandar Hilir jadik sejam lebih. Perrrghhhh hebat Melaka. Hebat.

-eNd-

3 comments:

ieda iedana said...

Aik kaksu, tengah feeling baca tetiba dah bersambung je? stress. haha (komen nak komplen aje =P )

Chooyaya! said...

ieda iedana : saaaabaaaar

menemalish said...

Assalamualaikum..
saya silent reader.
Boleh tak nk suggest kak suraya tulis artikel banyak2 sehari..hehehe.
Tq