Tuesday, February 10, 2015

Happy Birthday Mak. Asseeemoga!

Assalamualaikum..

Happy 68th birthday Mak! Birthday Mak 7 Feb. Semoga panjang umur dan sihat tubuh badan. Takyah nak dipercepatkan jodoh sangat la. Hahaha. Sebab Mak kan dah tuweee. Kitorang kan kalau Mak saje nyakat kata nak kawen nanti I kata, 'Mak. Dari Mak penat-penat nak layan suami siang malam baik tak payah. Dah tuwe-tuwe ni. Kot suami baru tetiba sakit ke apa daaaaah susah nak kena uruskan. Dari Mak penat baik rehat2.'

Kata Mak 'Yerla.. Tapi kalau Paklah nak dengan Mak macam mana?' Konfiden je dia Paklah nak dengan dia. I kata kalo Paklah kitorang taknak. TAPI kalau Nik Aziz ok. Mak jeling I macam nak terkeluar bijik mata. Hahaha. Dia kan orang kuat BN? Semua orang tau Mak orang kuat BN. Sampai Bapak kata, 'Mak Hang Su, kalau Najib kenal terus dia dapat jadik senator'. Hahaha.

Anyway, Sabtu tu kitorang balik Jengka. Boleh la celebrate birthday Mak sekali. Ala. Tadek la celebrate apa sangat pon. Bawak dia keluar makan je. Memula Sazli kata nak bawak Mak dengan De sekeluarga dinner makan-makan kat Bandar Jengka je. Tetiba petang tu tekak I kwahaja nak makan kek pulak. Kata De, dekat Jerantut ada Secret Recipe. Canteeeek! Tapi kitorang je la sebab Abang Halim bawak anak-anak De pergi mandi kolam dekat PPTAR.


Birthday girl (girl la sangat) ni comel je lagi. Badan kecit petite bagus sebab dengan usia dia 68 tahun masih lagi kuat. Buat kerja pon laju. Alhamdulillah. Biasa kalau ongtue gemok dia akan sakit lutut etc. Bila I cakap, 'Mak lawa lagi....' tros dia cakap Nak uweeet. Hahaha. Anak beranak perangai. Mak I jenis makan banyak supplement. Bagus dia. Disiplin makan ubat.


Untungla De. Kurussss. Menyampah je. Mana keadilan dalam dunia ni bila only I debab dalam family eh? I selalu cakap kat De, bestnya ko kurus De. Aku gemok. Pastu De cakap, 'Tapi ko laaawwwwoooo'. Terus I tanya De, ada teringin nak makan apapa tak. Hahaha.


Shein masa kat kampong selera sangat dia makan. Lepas makan nasik siap bertambah, petang tu dia pau Ibu (De) punya spaghetti pulak. I takot pedas, so I isap dulu spaghetti tu. Member rasa lambat dia amek garpu makan sendiri. Puas hati dia. Banyak kot dia makan. Malu kat oghang Shein. Sampai Sazli tanya, betul ke dia makan banyak tadi Mama? Ni naper macam lapar je lagi ni? Tanya 14 ratus kali. Naseb Mak ada masa I bagi Shein makan. Kalau tak, Sazli tak caya. Grrrr.


Shein elok behave masa dekat sana. Kitorang dah tau macam mana nak bagi dia diam. Konsep dia, bagi je dia buat apa dia nak. Sepah comot blakang kira. Restaurant kan kiter bayar service charge?


Bila Sazli tanya 'Birthday girl nak makan apa?' Nanti Mak sipu-sipu malu je. Dia malu orang panggil dia girl. Takyah nak malu sangat la Mak. Pang nak? Haha. Btw korang kalo datang Secret Recipe jangan lupa order macam Mak. Mee in Tom Yam Kung ke menda entah nama dia. Layan giler. Kitorang take away pulak 2 bekas. Sebab sedap.


Sazli makan ni. Chicken chop eh?


De makan spaghetti seafod. Makan rebut-rebut dengan Shein.


I order tripple cheese pizza ni. Pooon sedap!


Kitorang amek slice cake je. Kalau amek one whole cake sapa pulak nak habeskan? I terlupa nak order kek dekat Huda. Takper la. Balik lagi skali baru bawak balik kampong kek Huda. Aci je kan?

Sebelum pukul 6.00pm kitorang dah sampai rumah Mak balik. Petang tu ronda-ronda. I sukaaaa ronda-ronda naik motor dekat kampung. Shein masa dalam kereta dah sadakallah. Bizi sangat tadi dekat restoran main masak-masak.

Untuk Mak, semoga Mak ceria and happy macam selalu. Takyah nak kerja kuat sangat. Kesihatan kena jaga. Apa yang teringin nak makan tu makan je. Kalau anak-anak ajak jalan KL pergi. Jangan banyak sangat alasan kucing la ayam la apa la. Sementara badan sihat ni. Paham?

Ni kalau I bebel macam ni depan dia, dia tekop telinga lepas tu nyanyi yang annoying. Geram nak tunjal. Kang kalau tunjal jatuh derhaka pulak. Tapi perangai melawan dia tuuuu. Ha. Lepas ni kalau Sazli pelik perangai I suka menjawab I nyanyi je, 'I goddit from my Mama'. Hehe.

-eNd-

5 comments:

sharon m.q. said...

bahahahah..comey sangat mak kak su tu..

Suhaila abd manap said...

comel sangat bday girl tu..anak bday girl pun omel2...hahhaha

eda said...

eh cantek nye gambo .
hp baru ke hehehe ?


muda nye lagi mak kasu ..

cantek je korg semua hehehe ...

eh mane aci , aritu eda mintak secret recipe bekas bulat tu nak letak 4 ketui slice cake , dia takkasik ... kene letak gak dlm kotak .. tak aciii !!!

ieda iedana said...

happy bday aunty =)

semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan happy2 selalu...

syikin maarop said...

selamat hari lahir untuk besday girl a.k.a mak kak su :)

Semoga diberkati-Nya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...