Saturday, February 21, 2015

I love Ampang

Assalamualaikum...

I LOVE AMPANG! Tetiba. Hahaha. Tadi Sazli bila sampai KL je terus meroyan cakap 'Yeah KL!! Haaaaaa. Leganya nampak KL. Tu Ampang tu.. Alhamdulillah sampai KL. Tadi dekat Melaka I rasa tak boleh nak bernafas'. Poyo kan? Hahaha.

Yerla.. Melaka time CNY ni ramai giler kot orang? Dari hotel tempat kitorang stay (Swiss Garden Hotel and Residences) nak ke Bandar Hilir yang jaraknya sekangkang kentut tu pon amek masa sejam nak sampai. Perrghhh. Dah setarap KL waktu kemuncak dah. And paling best, pergi la pukul berapa korang nak pergi, tetap jem menggila except for korang datang after 2.00am, baru la jalan clear.

Kitorang tak plan pon nak pergi Melaka at first. Sazli ajak pergi Avilion or Grand Lexis PD tapi CNY ni memang full la. Mana nak dapat bilik. I suggest dekat Sazli dah kalau takde sangat kiter pergi je Sunway Lagon Resort, tapi Sazli cakap nak keluar dari KL. Eksyen. Haha.

Ellis and anak-anak dia memang dah book dekat Swiss Garden dari awal. Dia suruh I check kot-kot still ada room available tapi malangnya dengan Agoda, bilik semua dah full so I pon try guna Booking.com tetengok ada lagi bilik, so memang rezeki kitorang la. 

Tengok harga bilik 1 malam lebih kurang dalam RM300.00 je so I tanya Ellis, kenapa murah berbanding hotel lain? Hotel cap ayam ke apa? Kata Ellis dia murah sebab baru bukak and maybe ada promotion. Nanti-nanti tak dapat dah harga ni.

I sukaaaa dekat sini SEBAB dia ada 2 tower. Hotel and Residences, in between tu ada TANGS and shopping complex. Dalam dia ada La Bodega, Starbucks, FOS, Sushi Zanmai etc. So kalau ada apapa nak beli just turun lift tingkat 3 dah ada mall. I rekemen korang stay dekat sini if nak datang Melaka sebab ni hotel baru. Pool dia pon best sangat!

Lagipon tak jauh dari town. Nanti I update detail dalam next entry ok? I enjoy vacation ni very much. Tq Papa sebab belanja semua.. Heeeee. Lain kali kiter pergi Bali pulak ok? I belanja hotel. Tapi dua bintang je la. Papa belanja flight, makan, shopping, transportation etc. Ok? Deal? Ok. Give me 5!

-eNd-


Si Shein sampai-sampai hotel terus tido. Macam dia yang penat packing and drive. Kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...