Wednesday, February 18, 2015

Shein Lebah

Assalamualaikum..

Gambar ni diambil dalam bulan dan tarikh yang sama last year. Kecik je lagi Shein. Muka pon macam lebah. Leher tak berapa nak ada sebab debab. Lari pon masih mampu dikejar lagi. Sekarang Shein lari berdesup. Pantang lepa dah gone. Lagi-lagi kalau time dia fit laaagilah lah laju dia lari. Ikut sapa entah kuat lari? Dulu Mama masa sekolah tak pernah pulak lumba lari dapat nombol satu. Sian sangat.

Kekadang I agak, Shein ni rasa memang kewujudan I dalam hidup dia hanyalah untuk mengejar dia kot? Pffft. Shein ni perangai suka lari dia kalau masuk mall lagi la menjadi-jadi. Takde eh nak rasa takot dekat orang ramai-ramai tu? Takde. Memang selalu kena alert. Dia takde der nak kasik chance Mama jalan catwalk perasan cantik sambil buat muka kompiden kurus. Takde. Hahaha.

Tapi I agak, bila dia dah besar and bijak, moment kejar dia lari dalam mall tu la yang I akan rindu. Sedang sekarang ni pon dah rasa dia bujang sangat. Especially bila dia dah pandai ambik air sendiri bila dahaga. Huwaaaaaa. Selalu cakap dekat Sazli, 'Papa, Shein dah jadik orang. Dia dah pandai'. Tak sangka dulu penah kendong dia semilan bulan dalam perut.

Sekejap je masa berlalu kan? Pejam celik Shein dah 2 tahun 2 bulan. Nanti tetiba je dah masuk sekolah tadika, lepas tu tetiba dah masuk University, lepas tu tetiba dah nak kawen. Huwaaaaaaaaaa.  Don't grow up too fast Shein :(

-eNd-


Shein 'Lebah'

P/s : Happy CNY and selamat bercuti!

2 comments:

syira yaya said...

Shein is so cute :) :)

missalongwani said...

huwaaaaaaaaaaa...xsanggup..rase nk soh mereka jadik kecik semual..xpuas gomol2..xpuas dgr dorang nangis..huwaaaaaaaaaaaaaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...