Monday, February 23, 2015

Makan Sedap Di FIKCLES - PART I

Assalamualaikum..

Ada satu hari ni, I memang dah nekad dalam  diri ‘Harini nak makan banyak-banyak dekat Fikcles’. So dari pagi I memang tak makan apa. Malam sebelum tu pon sengaja je berlapar-lapar sebab nanti nak makan banyak-banyak. I dah bagitau Huda earlier, ‘Huda, esok aku nak makan baaaaaaaaaaanyak-banyak. Ko standby’. Huda gelak je. Kata dia, ‘Ok Laling, ko datang jer. Nanti aku bagi ko makan sampai muntah. Ajak la kawan-kawan sekali’.

Haaa bagus, nampaknya Huda faham la konsep kalau nak bergemok kena la datang dengan kawan-kawan yang kiter nak dorang gemok sekali jugak. Dalam kepala terus teringat Si Filla, Elly and Peej. Antara kawan-kawan blogger yang I kenal dari dorang tak glemer sampai memasing dah artis dah sekarang ni. Naseb baik walaupon dah bloggerati tapi masih sama perangai. Tak eksyen. Sebab ada je I tengok blogger yang macam kaduk naik junjung. Dia punya eksyen, mengalahkan artis  ok? Menyampah. Blogger jer kot??? Ko nak eksyen tak tentu hala dah kenapa? Culture shock sangat. Tapi Filla denga Elly tak la macam tu. Dorang baik. Korang, nak Uweeeeet!!

I kenal dorang ada 5 tahun dah kot? Masa kenal Elly, dia pon tak kawan rapat lagi dengan Filla and Peej. Cuma Peej je yang baru 2 tahun kenal. Tu pon Filla yang kenalkan. Tapi Peej tadek haritu, dia ada wedding kena attend. Filla dengan Elly je available. Pon boleh la. I pon ada ajak Yuyu Zulaikha, Fouziah Gous dengan Ezzaty (Cousin Saz) So I dah pesan awal-awal, ‘Korang pakai cantik-cantik. Ada artis datang sekali’. Biasa la. Taknak kalah. Haha.

I bawak Sazli, Shein dengan Ellis sekali. Ellis tu dia kata, dia Manager I so dia kena ikut mana I pergi. Sebok jer. Haha. Melampau kan I? Belum jadik Pembaca Berita dah ada Manager. Ko ada ? Hahahha.


I yang memula sampai dengan rombongan Cik Kiah I. Later baru Filla dengan Elly sampai. Sampai-sampai terus bebudak ni kata nak makan. Tak sempat apa dah. Memasing tak breakfast katanya. Bila menu sampai, boleh je dua orang tu berebut nak order Aglio Olio. Padaghal ada 18 juta lagi makanan lain. Last-last Sazli suggest, order je lain-lain lepas tu kiter sharing la. Boleh rasa macam-macam jenis. Semua sebulat suara setuju. Jom check out apa yang kitorang order.


Yang ni Gamberi Aglio e Olio. Harga dia RM18.90. Kepada yang suka makan pedas, I rekemen korang makan ni. memang sedap. Portion besar, lepas tu udang pon besar. Rasa pulak cili padi hiris kecik-kecik, sekali tergigit perrrrghhhh. Nora bagi 5  bintang!


Yang ni Sazli order. Linguine Carbonara. Dalam dia ada mushroom dengan white sauce yang tak muak pon bila makan. Nak order kuah banjir pon boleh. Time order tu pesan pada waiter nak kuah banjir. Yang ni Harga dia RM15.90


Korang kalau datang Fikcles kalau tau order Mushroom Junkie ni korang akan menyesal seumur hidup. Over tau? Hahaha. Tapi so far sapa yang pernah rasa Mushroom Junkie ni memang semua akan cakap sedap. Si Filla dengan Elly pon dok meratib time makan. 'Wei, sedap wei. Aku suka n'. Harga dia RM12.50. Ingat I pesan. Order yang ni ok?


Kitorang makan 5  orang. Sekali dengan Shein. Sebok je nak join, Habes semua menda dia experiment masuk dalam air. Lepas tu minum. Lantak la ko Shein, janji bahagia tak mengamuk dah. Aman damai kitorang makan. Filla. Aku kidnap gambar dari blog ko eh? Bak duit.


Yang ni nama dia Sliders. Harga dia RM19.90. Korang kalau makan ni kalau boleh habes memang terror la. Sebab Sliders ni la, Sazli sanggup datang dari office dia ke Fikcles sebab tak tahan tengok gambar Huda letak dalam IG. Hahaha.


Specialnya burger ni, beef patty dia is home-made ok? Fikcles buat sendiri. Rasa daging dia memang juicy and tender. I suka giler. Layered dengan salad and beef strip and ada rasa manis dari  caramelize onion, and ada cheese. Makan lepas tu pejam mata. Lepas tu air mata meleleh sebab sedap sangat. Damn la. Bila taip ni pon ailio I menjejes.


Yang ni tiap kali datang dekat Fikcles so far, I tak pernah tak order. Kalau tak makan kat sana pon, I tapau bawak balik. sapa suruh sedap sangat? Yang ni korang takkan boleh jumpa dekat mana-mana except dekat Fikcles je tau? Nama dia Salted Egg Squid Sandwich. Harga dia RM17.90. Sotong goreng telur masin, balut dengan wrap and dalam dia ada salad yang krup krap rangup. Perrrghh. Cakap banyak tak guna. Datang la rasa sendiri. 


Paling best konsep Fikcles ni ialah 'Hearty Breakfast' which, korang boleh order menu breakfast yang korang nak dari pagi sampai ke malam. Tadek hal. Tapi yang complimentary juice and coffee cuma available dari 8.00am - 11.00am sahaja. Order makan, minum free. Best kan?


Yang ni nama dia Banana Nutella Grilled Sandwich. Harga dia RM8.90. Macam mana simple sandwich ni rasa dia heaven giler? Dalam dia ada nutella, banana dengan marshmallow. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


Si Filla dengan Elly nak gerak awal. Si Filla nak amek Kasih balik dari tusyen. Siap tapau Sliders lagi untuk Kasih sebab perut kitorang dah nak meletop makan melambak-lambak tadi. Tenkiu korang teman I makan harini. Sesekali jumpa macam ni memasing berebut-rebut nak bercakap. Ni memang kena repeat jumpa lagi ni.


Nanti kiter deting sesame lagi eh? I lantik Ellis la jadik manager kiter 3 orang. Sebab dia terror bab marketing. Habes semua orang nanti dia bagitau yang kiter ni blogger. Macam semua orang dalam dunia kenal kiter. Hahaha. Bongok Ellis.


FIKCLES TTDI


Anyway, kepada semua readers and silent readers blog I ni, kekalau tak pernah lagi datang Fikcles and nak rasa sendiri kesedapan makanan yang I share dekat sini sendiri selain dari merana cuma dapat bulatkan mata lepas tu air mata bergenang mengadap screen, ni alamat dorang. Guna waze jer pon boleh. Paling senang. Taip je Fikcles TTDI. Nanti dia akan hantar korang sampai depan pintu Fikcles.

FIKCLES
11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7732 4885

If rasa nak selamat, boleh call number telefon tu untuk buat reservation dulu. Mana tau kot dorang ada private party tengah buat ke? Nanti melopong je mulut tak dapat nak makan dekat sini. Dorang tutup setiap Isnin. Hari lain bukak. Jangan lupa tu. Operation hours dari pukul 8.00am – 11.00pm.

Fikcles selalu buat promotion tau? Korang kena follow Fikcles Instagram dekat sini untuk update dengan dorang punya promotion and event from time to time. Kalau sesapa yang kerja dekat area TTDI, korang boleh datang time lunch. Dorang ada Business Set Lunch Promotion. (Weekdays only). Choices of Main Course with Dessert for only RM12.90. Murah tuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Memang berbaloi-baloi sangat. Korang boleh amek BSLP ni dari pukul 12.00pm – 2.00pm only. Waktu lain tak valid.

Lepas tu if korang datang sini, check in Fikcles dekat FB or masukkan gambar dalam Instagram and mention @Fikcles, korang boleh dapat less 10% from total bill ALSO jangan lupa Hi-Tea discount for dessert sebanyak 20% dari pukul 3.00pm – 6.00pm with any purchase on hot beverage.

Fikcles also offer event seperti dibawah,

  • Hi Tea Buffet Package
  • Buffet Dinner Package
  • Set Menu Dinner Package
  • Catering
  • Birthday Celebrations
  • Seminar/Meeting



If korang kerja office and nak kelainan makan selain dari executive canteen korang, boleh la order dekat Fikcles, dorang ada team yang boleh buat delivery untuk semua package diatas. I pon dah try nasik minyak dari Fikcles Catering masa Cukur Jambul Nouman, bapak la sedapnya.

Ok. I dah tau dah, lepas ni kalau nak buat any event macam cukur jambul ke, birthday ker, I amek service dari Fikcles je la. Sebab dah tau dorang punya quality makanan macam mana. Tak payah risau bab sedap ker tak sedap. Tak payah nak pening-pening kepala.

Last but not least, Selamat Menjamu Selera di FIKCLES!

-eNd-

2 comments:

FadMN said...

Kalau sebut nama suraya sulatin yang muka dia cam pelakon apa nama ntah tu boleh dapat diskaun 100% dak ? :D

FAD

Anonymous said...

Sedapnya nampak makanan-makanan ni.. boleh try nanti.. :)

Anyway, jemput ke entry saya untuk mencuba nasi ganja pula..

http://miaqaisarah.com/2015/04/15/nasi-ganja-perlis/