Tuesday, February 17, 2015

Lamb Rack Di Me'Nate Yang Terpalinggggggggggg Sedap

Assalamualaikum…

Fiezul dah tadek kerja sama dah dengan I tapi I still rasa terhutang budi dekat dia sebabbbbbbbbbbbbb dia dah kenalkan I dengan lamb rack yang terpaling sedap dalam dunia. Dekat Me’ Nate Steak House. Just untuk korang punya information, Menate ni own 100% by Muslim. So memang Halal dan boleh makan tanpa was-was. Dalam Me’Nate ni memang tadek serve liquor macam sesetengah Steak House Halal lain dekat Malaysia.

Owner dia nama Encik Mustaffa and dia ialah bekas pemotong daging di Buckingham Palace ok? Bukan calang-calang pengetahuan dia pasal daging semua ni. Sebab tu dia gunakan segala ilmu dan kepakaran yang dia ada and bukak dia punya restaurant dekat Malaysia. Tak silap I Me’Nate ni ada 3 cawangan dah dekat KL. Di Ampang Jaya, Wangsa Maju dekat area Wangsa Walk and dekat Jalan Genting Klang. Korang kena check sendiri lokasi yang dekat Genting Klang ni. Sebab I tak sure dekat area mana.

Duluuuu I pernah makan dekat sini. Tapi biasalah, makan tadek ilmu main order jer. So I rasa macam steak dekat sini tasteless. Padahal steak dekat sini memang dia nak bagi kiter rasa steak sebenar. Tapi biasalah I as a typical Malaysian yang berpuluh tahun makan makanan yang dimasak dirumah and direstoran yang full of flavor, skali makan dekat sini terus jalan seret kaki. Nak pulak masa tu I taktau yang boleh mintak gravy separately. So macam makan daging saja-saja. I tak suka, sebab I suka makanan yang ada ‘rasa’, macam Bapak and Sazli dorang memang pencinta makanan yang tidak menganggu rasa so definitely ni memang dorang punya favorite la. I je yang tak enjoy makan.

Sazli and Bapak kalau makan steak, dorang tak suka ada gravy. Sos-sos ni semua dorang tak suka. I pulak kalau boleh nak brown sos, bbq sos, black pepper sos segala mala tok nenek nak ada depan mata. Hahaha.

Until la lately bila Fiezul bawak I makan dekat sini, (walaupon sooo much argument masa otw) then barulah I start suka makan dekat sini. Especially dia punya lamb rack. I memang paksa korang order. Bear in your mind steak dekat sini dia punya harga ikut berapa berat and korang sendiri boleh pilih mana yang korang nak. Maknanya pay what you eat. Rasa kaya raya amek la tenderloin, sirloin, t-bone etc yang size besar tapak kaki gajah. Hahaha.


Lamb rack Me'Nate ni yang paling sedap I pernah makan. Seriously. Sos dia pon sedap. Yang tu dia serve asing. Coleslaw dia tu pon perghhhhh sedapnyaaaaaa. Manis-manis and masin mustard. Hurmmm. Menyesal kalau korang tak try


Kalau besar macam ni harga dia lebih kurang dalam RM60-Rm70 je. Good for 2 person. Takyah order lain dah. Memang kenyang.

Lepas tu air free flow. Air yang dia sediakan la. Macam sarsi, ribena, nescafe etc. Except fruit juice yang tu korang kena bayar la. And dia punya spaghetti pon not bad. Sedap. Style Mat Saleh la. Tadek nak banyak sangat segala sampah sarap ada dalam tu. Kena ingat yang Encik Mustaffa ni kan dah biasa makan dalam Buckingham Palace, so style dekat sini memang bukan macam we Malaysian punya taste bud. Tapiiiiiiiiiiii korang kena cuba. Dah cuba then baru korang tau sedap macam mana.

Jangan risau, lamb-rack ni is affordable. Lepas ni kalau tingin makan kambeng memang kitorang datang sini je la. Takyah susah-susah nak cari dekat lain. Setelah sekian lama merantau satu dunia, now baru la kitorang dapat jumpa lamb yang paling sedap sebenarnya ada dekat area rumah je. (Statement taknak kalah). Kah kah kah.

So memang tak terliur ke apa ni? I pulak yang telan ailion. Youuuuuuuuuuuuuuu jom la kiter mengkambeng petang ni please?


-eNd- 

5 comments:

sharon m.q. said...

bukan kat Jalan Genting Klang kak Su, kat Danau Kota. Deret kedai depan KL Festival mall. Deret kedai tu baru je.. Kedai tu bebetul berdepan dengan jalan raya. Heheehe..

Irfa said...

MACAM TERINGIN LAH, RESTOREN NI VIRAL KEJAP RASANYA SBB SEBUTAN TU 'ME NATE' HAHA

MOHD ZULKIFLI BIN ABD RAHMAN said...

Boleh try nie

farhan90gl said...

Berapa rm exactly ye...

farhan90gl said...

Berapa rm exactly ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...