Tuesday, February 17, 2015

Sambal Hitam dan Man Kidal

Assalamualaikum..

Kata Seri, buah belimbing dia dekat rumah dah masak ranum. Dah boleh kalau nak tuai. Eh, tuai ke nama dia? Ke petik? Hahaha. Tuai tu padi la gong! Haritu la masa datang rumah dia, menggelupur I nampak belimbing buluh. Tingat makan ikan patin masak tempoyak masa dekat kampong, De letak belimbing buluh dalam dia. Sambil suap nasik sambil nanges sebab sedap sangat. 

Last time masa kenduri Ellis pulak, dorang buat gulai daging salai campur belimbing. I menimbuk kuah sebab nak cari belimbing. Pastu I muka tak malu mintak Ellis tapaukan nak bawak balik. Sazli ketar-ketar tangan nak suap makan nasik malam tu skali tragedi kepala Shein masuk dalam mangkok gulai. Dah la sikit tu je yang ada. Hahaha. Tak keras pulak rambut Shein masa I shampukan lepas tu?

Kata Gf, kalau nak rebus belimbing buluh kena guna tin atau periuk tanah sebab buah belimbing tu masam. Nanti kalau rebus guna periuk biasa boleh bocor. I tingat dekat rumah ni ada periuk kaca, kalau rebus belimbing dalam tu je ok tak? Korang pernah try? 

Fikir sekali rasa macam nak puas hati, nak buat sendiri je sambal hitam kali ni tapi fikir malasssss baik beli je dekat Aleeya's Kitchen tapi tu la rasa macam this time nak cuba buat sendiri. Resepi tak jauh dengan sambal air mata. Cuma takyah bubuh air asam jawa je sebab dah ada belimbing.


Tengok la Mama Rish, dia panggil I bini Man Kidal. HAHAHA.

Semua ni rentetan masa I datang visit Raisa dekat rumah Rish la. Rumah dia jenis masuk-masuk nampak meja makan dulu baru la hall. Alang-alang nampak meja makan, duduk je la kat situ sebab dekat hall ramai orang (alasan). Tetiba I nampak ada sambal itam memang terus I mintak nasik kat Mama Rish. Hahahaha. Mama dia dah gelak-gelak tapi layan jugak I makan.

Kata Mama Rish, anak-anak dia semua tak suka sambal ni. Dorang panggil sambal inflasi. Biasa kalau Mama dia masak semua buat bodoh je. Beza dengan I, sebab nampak je sambal ni terus menggelupur. Hahaha. I makan sambal Mama Rish sedap pulak tu. Agaknya Mama dia kesian, offer nak tapaukan apa yang tinggal. I pon terus la meloncat! Hahahaha.

Haritu masa Rish balik kampong, Mama dia kirim pada I. Lepas tu I up dalam Instagram. Skali Acap nampak lepas tu nak jugak. I tak redha sambal I kena bahagi dua dengan Acap. Hahaha. 

Semenjak makan sambal hitam Mama Rish, Sazli pon dah pandai makan sambal ni. Dulu dia memandang sepi je. Eksyen. Skarang dah nak kena berebut dengan dia. I suka panaskan balik dalam kuali and pecah telur dalam tu. Memang selera makan. Tu yang gemok skarang ni. Semua sambal hitam Mama Rish la punya pasal.

I boleh hidup dengan sambal hitam ni je. Memang tekak kampong habes. Lepas ni kalau Bapak nak belanja pergi London dengan Paris time winter pon takpe. I tak ngamok sebab sejuk dah sebab ada sambal hitam hidup pon jadik ceria dan gembira. I nak mintak Mama Rish buatkan la. Buat sendiri pon padahal boleh je. Tapi sapa suruh dia buat sedap sangat. Nasib la. Hahaha

Rish. Bila lagi nak balik kampong? ALAMAAAAK! Lupa nak iklankan pasal Premium Beautiful yang Rish nak letgo. Esok eh Rish? Mmmuaaaah!!

-eNd-

5 comments:

syikin maarop said...

kalau ada gambar makanan tu mesti terliur habihhh.. :)

syikin maarop said...

kalau ada gambar makanan tu mesti terliur habihhh.. :)

syikin maarop said...

wahhh. bini Man Kidal gittew. hehe :)

syikin maarop said...

anda di tag:

http://syikinmaarop.blogspot.com/2015/02/pecah-kaca-pecah-gelas-sudah-baca-harap.html

:)

aziz hazard said...

Salam... nak cari speaker yg unik, rare & lain drpd lain ? boleh singgah ke blog saya http://speakerlicious.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...