Thursday, February 5, 2015

Magnum Cafe With Miamor

Assalamualaikum...

Cuti Thaipusam bebaru ni I keluar dengan Syira sebab dah 23 juta tahun tak keluar sama dengan dia. Dia kan semenjak dah naik pangkat jadi Pegawai ni asyik bizi je mengalahkan PM? (Makcik-makcik sangat cakap pegawai instead of officer). Nak jumpa pon kena buat appointment 2 3 minggu. Nyampah je. Dia ingat dia Rosmah Mansor? Bizi je manjang. Haha.

Syira tanya, 'Macam biasa ke Sue?', I cakap. 'Ha ah la. Macam biasa'. Macam biasa kalau dalam konteks perbualan I dengan Syira ialah 'Fetch me please'. Sebab dengan Syira la I rasa macam tak perlu stress nak fikir guna jalan mana, nak ingat mana nak park or kat mana nak carik kedai etc sebab dia akan fikir semua. I hulur je tangan nanti dia bawak je I pergi mana-mana tanpa rasa risau I akan sesat sebab I agak Syira ialah seorang lelaki yang tersesat dalam badan wanita sebab dia amatlah protective dan boleh diharap.

Paham tak? Macam kalau dengan dia kiter tak perlu risau apapa sebab dia macam abang yang akan protect adik walaupon hakikatnya dia lebih muda sebenarnya tapi dia abang I adik. Hahaha. 

Haritu I merengek-rengek nak makan dekat Magnum Cafe, kata Syira ok ON. Kiter pergi. I kata I nak makan yang light-light lepas tu baru dessert. I nak makan banyak dekat Magnum Cafe tu nanti. Syira jawab, 'Iyerrrlaaaaa Sue'. Hahah. Malas nak dengar I bebel la tu. So jommmm la pergi Midvalley. Orang ramai giler ok? Pakkal la sebab Magnum Cafe ni, kalau tak merajinnn sangat I nak jejak kaki ke Midvalley Megamall ni. Nak carik parking dah hazebedah maimunah.

Korang kalau first time pergi and jakon macam I, kena ingat tips I kasik ni. If nak makan dekat Cafe dia, terus proceed ke tingkat 2 Magnum Cafe ni. if nak having there, eskrem dia fancy-fancy skek. Ada macam-macam jenis boleh order, tapi kalau nak yang jenis macam kat bawah ni (take away) korang pergi dekat tingkat bawah. Tapi queue panjang giler nak mampos. Kalau dapat hati kental macam I, redha jer beratur tapi kalau jenis malas nak queue macam Sazli, dah. Selamat tinggal Abang ucapkan.


Cara dia macam ni. Memula korang pilih nak topping apa. Boleh chose 3 jenis. I pilih pistachio, chocolate ball ke menda entah dengan pretzel. Ada banyak jenis lagi, yang merah-merah tu rose petal. Yang tu I mengada mintak tambah sebab eskrem I tak lawa macam orang depan. Naseb baik adik kat counter tu nak melayan. Hahaha.


Lepas tu, kiter pilih nak ice-cream apa. Ada vanilla or chocolate tak silap I. And kiter pilih plak nak coat dengan white chocolate, milk chocolate or dark chocolate. I chose white chocolate coating dengan chocolate ice cream. Lepas tu dia tabur la 3 topping yang kiter dah chose tadi tu and last sekali dia drizzle dengan any of chocolate coating yang kiter. Yang ni my version. Lekas cakap lawa. Yang ni harga dia RM9.33 excluded text. Murah Mak Enon..! Kira mampu milik la. Rasa dia? Macam eskrem Magnum la. Tapi dah lawa macam ni mesti la kiter saiko kata taste better. Kan?


Korang kenaaaaaaaaa order ni ok? Menggila sedapnya. Ni nama dia Magnum Trifle, harga dia RM25.00 jer pon. Dalam dia ada meringue yang macam Pavlova tu. Lepas tu I ada rasa macam chocolate dengan cream cheese. Ada strawberry and macam nestum sikit. Ishk. I explen ni pon telan ailio woi! Sedapnyaaaaaaaa... Tapi ada drama disebalik eskrem ni. I tengok meja sebelah ada Chinese Family tengah gigih amek gambar. So I offer la dorang amek family photo. Dah siap amek gambar dorang, I duduk la dengan gembira nak sambung makan. Sebab tadi I aim 1 strawberry dalam eskrem tu sekali dah gone. Syira kata dia dah makan. Siot je. Terus I tanam kepala dalam tanah. 

You owe me one more session sebab ko dah kidnap strawberry aku. Haha. Tenkiu miamor!


Yang ni kitorang makan dekat TGiF dulu. Sebab I tak makan lagi. Tapi pesan kat Syira, kiter makan light-light jer. Nanti dah kenyang tak boleh nak makan eskrem dah.


Konon nak makan light so kitorang order Tennessee Chicken + Shrimp. Harga dia RM42.90, share dua orang. Sekali bila makan Syira pandang I, I pandang Syira. tak cukup ni. Haha. Jom order salad.


Kitorang order BBQ Chicken Salad ni. RM29.90 baaaaru la kenyang. Konon tadi nak makan light. Pui! Tapi just nice la order dua ni, makan untuk dua orang.

By 6.30pm kitorang dah sampai rumah dah. Syira sempat makan eskrem kelapa Sangkaya sebelum hantar I balik. Hebat Syira. Kang gemok kang jangan nak komplen. Malam tu, tetiba I lapar nasik. Lepas tu makan pulak nasik dengan sambal air mata dengan telur mata. Baru boleh tido lena. Padahal tadi baru je mengata Syira gemok. Acane? Anyway, Tenkiu Miamor for today.. I had so much fun with you. Nak uweeet!

-eNd-

2 comments:

missalongwani said...

kak su..muke dia ala2 lisa surihani la plak tgk..huhuhuhuh

Mimy Hamid said...

napa org nama syira lawa eh..kawan aku syira pun lawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...