Monday, February 2, 2015

Lunch Gathering Geng KA

Assalamualaikum..

Semalam I ikut Sazli pergi reunion lunch dengan kengkawan sekolah menengah dia. Sekolah Menengah Teknik Kulim (Geng KA). Batch 1998. Eh tak. 1998 tu I. Hahaha. Batch 1999 sebenarnya. Actually tadek la reunion sangat. Kira macam reunion-reunion ayam la. More to lunch gathering. Kebetulan Apit balik bercuti dekat KL so alang-alang, depa buat la lunch gathering ni. Apit kerja kat Sarawak. (Ke Sabah sebenarnya?)

Semua ada 6 family. Nanti I perkenalkan satu-satu. Depa memang excited nak baca pasal gathering ni dekat blog I. Poyo je. Macamkan blog artis. Pui! Bak duit John. Hang la dok bagi aku stressed. Sebab dia kata semalam sebelum balik, 'hang masukkan cepat-cepat pasai gathering ni dalam blog hang naaa'. Bagi arahan macam Guru Besar. Tau la Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sampai dah tua nak gile kuasa. Hahaha.

Kitorang buat gathering ni dekat Restaurant Al-Rawsha Kampung Pandan. Setelah 26 juta tempat I suggest pada Sazli, finally dia pilih nak buat dekat sini sebab makanan arab semua orang boleh makan. Kang kalau buat kat Japanese restaurant balik-balik I order, balik-balik I.

Yang lain nganga je la. Kecuali Mat Ki la. Sebab dia dok Jepon lama. Lagipon dekat sini kawasan dia luas. Ada section tertutup and ada aircond. So bebudak pon selesa nak main dalam ni. Lagipon close area so takde la penat sangat nak kejar kanak-kanak ribena ni. Most of them umur baya-baya Shein je. Tengah huru-hara.

Ok dah. Jom kiter tengok gambaq. Aku tau hangpa tak sabaq kan?


Group photo ni kitorang amek bila dah nak balik. Tengkiu Abang Waiter tolong snapkan. Kemain masa amek gambar dia siap cakap ok freee styleeeee. Mesti sebenarnya dia cita-cita nak jadik photoghraper sebenarnya. Semuaaa ada dalam ni kecuali Maryam anak Cikgu Khairi and Nadyrah. Tak muat masuk dalam frame.


Ini Apit dengan Ira. Depa baru setahun kawen. PJJ husband and wife. Apit kerja kat Sarawak, Ira amek Phd dekat USM sekarang ni. Dia kata kekadang bila tension buat thesis dia baca blog I. Dapat release tension. Haaaaa sapa dulu komen dekat entry Home-Birth kata I dengan reader I semua mediocre mind/thinking? Check balik ok? Doktor, lawyer, engineer pon ada baca blog ni. Grrrrrr.


Ni Mat Ki dengan Suzai. Yang classmate dengan Sazli ialah Suzai. Mat Ki plak kawan lepak masa dekat Sungai Petani. Orang Kedah cakap SP. Kan? Mat Ki ni satu sekolah dengan Apit masa form 1-3. Kan? Sekolah Ibrahim ke apa ntah dorang cakap semalam. I tak fokus sebab lapar. Haha.




Yang ni plak Cikgu Khairi. Wife dia Nadyrah. Also I punya blog reader. Geli plak nak I I dalam entry ni. Depa biasa cakap aku hang aku hang je dengan I. Oghang Kedah depa bahasa memang kasaq tapi I sukaaaa. Sazli suka gelak bila I cakap Kedah. Dia kata bunyik awkward tapi I tak kisah pon. Janji ada bunyik. Haha.


Yang ni John dengan wife dia Cikgu Murni and dua orang hero yang suka buat show depan Shein. Shein jadik penonton setia. Btw nama sebenar John ni Khairul Najmi. Nama nak John je. Haha. I tanya Sazli, macam mana nama dia boleh jadik John? Kata Sazli sebab masa sekolah dulu dia hensem macam John Travolta. Errmmm okayyyy. Hahah. Pastu kaaaaaaan? I tanya pada Pedaus. Sapa tu yang putih hensem dalam gambar lama korang? Laju je John jawab. Kalau yang hensem tu dia la sebab dulu memang dia sorang je yang hensem. Ok. Baiklah John T____T


Yang paling excited nak datang gathering ni siapa lagi kalau bukan Sazli? Excited sampai nak termuntah. Hahaha. Sazli cakap dia sayang sangat kawan-kawan Teknik Kulim ni. Dorang dah macam adik-beradik. Sama-sama susah, sama-sama nakal. Banyak sangat memory. Tiap kali cerita susah senang masa dekat sekolah dulu nanti bertakong je airmata. Memory sangat. I pon tak paham konsep rockstar tapi hati tissue ni. Haha.


Yang ni Pedaus dengan wife dia. Tukang amek gambar. Selalu je I sound time dia nak snap gambar I. 'Nampak gemok dak?' Lepassssss tu berani dia suruh I tunduk sebab nampak dagu dua? Hahahahaha. Melawan Pedaus, melawan!


Tak kesampaian Nadyrah nak amek gambar Shein pandang camera. Anak dia Maryam tua tiga bulan dari Shein. Iman plak nak masuk 6 tahun. Comel-comel anak dia.


Mat Ki, Apit, Sazli dengan Cikgu Khairi. I tanya Apit, 'Apit, hang main panas ka?' Lepas tu Apit jawab, 'Dak aih. Kami lahir waktu malam'. Hahaha. 


Shein masa Sabtu tak berak seharian. I memang saspen. Harini mesti berak punyalah. Lepas minum teh tarik mesti dia akan berak. Sekali betul! Tapi Shein good boy. Berak waktu I Zohor. So Sazli la kena setelkan. Keluar dari toilet Sazli jalan muka bangga je dapat setelkan Shein. Good job!


Now jom check out apa kami makan. Gambar je la eh sebab nama dia I taktau. Yang ni menda ntah. Mak ai. Sekor ayam atas nasik sedulang. Habes pulak tu. Hebat dorang ni makan.


I order ni. Mandhi chicken. RM20.00 harga dia. Boleh makan 2 orang. Portion dekat restoran arab memang besar-besar kan?


  Yang ni rasa dia macam kuah spaghetti bolognese. Dalam dia ada capsicum dengan terung bakar. Makan dengam roti arab. Sedap!


Apa menda ntah nama dia ni. Lupa. Tapi dia diperbuat dari kacang kuda. Aish.... Semalam ingat. Harini dah lupa. This one dengan lamb. Ok. Dah ingat. Ni nama dia Humus!


Yang ni without lamb.


Yang ni plak salad. Ada rasa masam-masam skek. Makan dengan yang lain-lain dekat atas tadi pergghh layan. Ni semua I yg order sebab I sorang je excited nak makan. Orang lain relex je. Nyampah. 


Roti Arab ni Firas anak John suka makan. Macam nak gaduh dengan John sebab dia nak makan banyak tapi John bagi sikit je. Haha. Member baru ada selera makan lepas demam lama.


Brownies ni harga dia RM10.00 je. Serve dengan vanilla ice-cream and pisang kelat. Shein punya ni. I kalau dia tak berak, bagi makan kek coklat. Memang lawas.


Yang ni cream caramel. Rasa tak seindah rupa. Jangan order.


Shein semalam prestasi memberansangkan. Dia luas tido so mood dia akan jadik ok la. Semalam bangun tido dekat pukul 11.00am. Macam abang-abang sangat. Bangun tengahari la Mamaaaaa. Baru Abang Kawasan!


Minum pulak teh tarik. Ko ada? Hahaha. I letak dia dalam baby chair. Lepas tu let dia do his thing. Main masak-masak ke. What ever he want, InsyaAllah dia boleh duduk diam lama.

Al-hamdulillah. Semalam semuaaaaa orang happy. Sazli pon happy sangat. I suka bila dia happy sebab time tu la boleh mintak duit. Nanti dia bagi je. HAHAHAHHA. So kena la selalu buat gathering macam ni eh? And I also had a great time semalam. Seronok berborak. Depa pon semua baik-baik. I pulak yang segan. Sekejap je la segannya. Lepas tu tak segan dah..

So lepas ni kiter nak makan-makan kat mana pulak? I vote bbq dekat rumah John. Sapa setujuuu????????

-eNd-

4 comments:

Nurul Farhana Kasim said...

Kaksu,rasanya pedaus tu jiran i laa..mak ayah dia setaman dgn mak ayah i..dia org penang kn?

ieda iedana said...

Cheh. ingatkan tak banyak beza umo kita. Kaksu, 1998 tu Ida baru darjah 4. baligh pun belum. haha... bagus tektik kaksu geng dengan adik2 terus Nampak muda..hahaha...

Mimy Hamid said...

oit sama batch spm 98...hehe

nadyrah khairy said...

kak suuu...dh komen tp salu x up...haih...kite simpulkn je la komen kite yg pjg2 tu...jwpn die jom kite ke rumah johnnnnnnn....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...