Assalamualaikum.
Haritu ada a few blog reader yang PM dekat FB I
tanya pasal kekalau I tau any package urut lepas bersalin dekat KL ni. Korang
ni sesuka-suki je nak tanya I soalan macam ni tawww T______T Haha. Dah macam
kaunter pertanyaan pulak I ni. Rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding jer
kalau dapat soalan-soalan macam ni.
Tapi nak dijadikan cerita, tetiba bebaru ni ada
sorang kawan I kontek I. Dia bagitau pasal Mama dia memang buat perkhidmatan
urut traditional. Urut badan ada, urut lepas bersalin pon ada. Paling best,
semua perkhidmatan urut-mengurut ni ni charge dia adalah murah dari mana-mana
spa/pusat kecantikan yang korang pernah jumpa. Tukang urut pulak memang tukang
urut professional yang memang dapat sijil dari LPPKN (Mama Care) ok?
Bukan yang urut dapat ilham dari mimpi ke atau
lari-lari tepi pantai lepas tu jatuh and dapat idea nak urut orang macam mana.
Tak. Haha. Dan Mama dia jugak ada perkhidmatan urut di rumah. Best kan?
Maknanya boleh call, and Mama dia akan datang. Takyah sesusah nak keluar rumah
kalau pemalas tahap Intan.
Intan tu sanggup je lapar kat rumah dari dia keluar
drive carik makanan kalau tahap pemalas dia dah naik kepetala langit ketujuh.
Untuk entry ni I share Package Urutan Selepas
Bersalin. Semua ada 5 jenis package. Semua dah ada dalam tu termasuk Mandi
Herba, Urutan Lepas Bersalin, Tungku, Bengkong, Param & Pilis, Tangas Basah,
Tangas Kering, Tangas Queen Elsa, Body Scrub segala mala kira complete dah.
Refer package dan harga yang I attach dekat bawah ni. Tulis tangan je. Ko
mampu? Hahahaha.
Package
3 Hari (RM550.00)
Mandi Herba
Urutan Bersalin
Tungku
Bengkong
Param & Pilis
Tangas Basah
Package
5 Hari (RM910.00)
Mandi Herba
Urutan Bersalin
Tungku
Bengkong
Param & Pilis
Tangas Basah
Package
7 Hari (RM1,220.00)
Mandi Herba
Urutan Bersalin
Tungku
Bengkong
Param & Pilis
Tangas Basah
Tangas Kering
Body Scrub
Package
10 Hari (RM1,650.00)
Mandi Herba
Urutan Bersalin
Tungku
Bengkong
Param & Pilis
Tangas Basah
Tangas Kering
Body Scrub
Package
14 Hari (RM2,000.00)
Mandi Herba
Urutan Bersalin
Tungku
Bengkong
Param & Pilis
Tangas Basah
Tangas Kering
Body Scrub
Kurus yang Puan Nora attend untuk dapat sijil Latihan Urutan Selepas Bersalin dari MamaCare
Semasa Latihan
Puan Nora yang pakai stokin tu
Perrrgh bestnya kena urut!
Senang kan? Semua ada sekali dalam tu. Untuk korang
yang ada inquiry lanjut nak tanya menda lain or nak book dia untuk urutan
bersalin atau nak tanya urut jenis lain or apapa soalan lain (Kecuali nak
mintak berkenalan atau mintak urut B2B Amoi cantik. Haha. Ok tak kelakar) boleh
call sendiri Puan Nora (Mama kawan I ni).
H/P number 017-6741731 atau 012-3825724 atau datang terus ke kedai. Alamat
seperti dibawah.
Medan Indah Jaya
Produk Kosmetik Kesihatan
No.9-G. Medan Bukit Indah 2
Taman Bukit Indah
68000 Ampang, Selangor.
Medan Indah Jaya
Produk Kosmetik Kesihatan
Sijil dari MamaCare
Kat kedai ni ada jugak menjual jamu-jamu dan produk
kesihatan yang lain. Kalau korang tau area Bukit Indah Ampang, kedai ni
terletak berdepan dengan Caltex. Info tambahan, urut satu badan harga ialah
RM80.00 dan masa yang diambil ialah kira-kira sejam ke sejam setengah. Kalau kecik-kecik
macam Dyba sejam je la kot? Kalau debab macam I 800 jam. HAHAHAHAHAHHA.
P/s: Tangas Queen Elsa tu tak wujud. Saje je I buat
cerita. Hahaha. Ni semua sebab terpengaruh dengan Shein la. Asyik la nak tengok
Frozen. Nyampah!
-eNd-
2 comments:
menarik. TQ for info. at least dapat tau harga. boleh nak kumpol2 duit. (kopak den)
Mahal betul lah RM 80 sejam, sudahlah kita kena datang ke tempat tu..
Nak urut tapi tak nak pantang dekaat rumah mak mertua sebab anak pertama pantang kat rumah mertua..
RM50 sehari termasuk mandikan bayi semua... mana lagi tempat murah.. kadang2 mahal2 takut tak serasi kat badan ;(
Post a Comment