Wednesday, February 18, 2015

Set Tilam Baby Murah By Nurrul (RM170 1 set)

Assalamualaikum..

Haritu masa birthday Shein yang ke 2, Nurrul kata nak hadiahkan Shein sarung bantal Minion yang dia buat sendiri dengan hasil titik peluh usaha keras dia (poyo je), dan dijahit dengan penuh kasih sayang. Cecece. Nurrul tau la Shein memang penuh kecintaan dengan Despicable Me time tu (Sekarang dia suka Frozen. Mati la) So gigih Nurrul carikkan jugak kain Minion untuk Shein.

Bila dah jumpa kain and dia ready untuk jahitkan, dia tanya I ukuran bantal yang I nak. (Bantal tanpa balut yang ada dekat rumah ni), tapi memintak ukuran bantal dari I pon bukan kerja mudah ye Tuan Puan Saudara Mara sekalian? Kerana ianya mengambil masa sebulan dan akhirnya Nurrul give up and bagi Shein sarung bantal dengan bantal-bantal sekali. HAHAHA. Tektik berjaya. Yes!!


Homel-homel bantal minion ni. Geram nak pijak je. Shein usung la bantal ni kehulu-kehilir sampai naik kepam. Lepas tu sebab lembut, dengan Sazli sekali pinjam buat bantal dia. Tak boleh jadik. I pon sorok bantal ni sampai sekarang tadek orang jumpa. Hahahhaha.

Nurrul ni dulu kerja satu office dengan Sazli. Sekarang dia dah berenti lepas dapat anak sebab anak dia kalau hantar dekat orang nanti nanges tahap tak boleh dipujuk. Budak baik ni now buat bisnes kecil-kecilan demi memenuhi masa lapang yang selain dari makan (hahahha) dengan menjual set tilam baby (1 Tilam, 1 bantal, 2 bantal golek), bantal dan sarung bantal pelbagai size (cuma provide je ukuran), barut dan bedung.

Kira customize la. Korang boleh pilih nak kain kualiti macam mana, corak macam mana. Nanti Nurrul akan carik dan buatkan. Harga semua berbeza-beza. Korang boleh contact Nurrul sendiri. Bagitau korang nak yang macam mana. Nak tilam 1, bantal golek 4, (Sebab nak kepong kiri kanan atas bawah skali. Haha), bantal 7 (Sebab sehari nak guna satu, cukup seminggu terus) poooon boleh. Dia akan buatkan.

Nurrul jual murah dari harga pasaran. Korang boleh la cek kat mana-mana tempat takkan dapat harga ni. 1 set tilam, 1 bantal kepala, 2 bantal peluk, RM170 je. Kalo korang dah ada tilam bantal segala and cuma sarung sahaja pon boleh. Harga dia cuma RM105. Murah kan? Harga ni tak termasuk postage. Kalau nak cod pon boleh. Menda boleh bawak bincang. Tadek hal.



Ni contoh-contoh set tilam. Yang ni harga dia RM170 skali dengan tilam, bantal and bantal golek. Takyah susah-susah beli yang togel lepas tu  carik kain and hantar kedai lepas tu nak upah jahit sarung ke apa dah. Bagitau Nurrul nak one set, goyang tetek lepas tu taraaaa dah siap. Sediakan aja ongkosnya. Haha.


Yang ni pon Nurrul boleh buatkan jugak. Tilam yang dalam katil baby macam ni. Korang cuma provide ukuran je. Takdelah guna tilam togel tu sampai kepam (Macam Shein punya dulu) Hahaha.


Yang ni kaler hijau. Pon comel jugak. Hadoi.. Tengok tilam ni macam tal sabar pulak nak mengandung semula. 


Purple pon sweet jer. Korang tengok yang ni size bantal dia besar. Kata customize size kan? Ko ada? *flip hair


Yang ni jahitan simple lepas tu bantal dua. Pooonnnnn boleh.

Nurrul ada buat bedung baby jugak. Ukuran dia 1 meter × 1 meter. Harga dia RM15 sehelai. Also customize corak. Korang boleh bagitau Nurrul nak corak/kaler macam mana. Or boleh tengok contoh-contoh dekat FB dia. Search je Nurrul Huda Hamidi or call/whatsApp dia sendiri ( 0192686819)


Ni contoh kain-kain yang boleh dibuat bedung. Oh. Barut pon ada ok? Anak orang pakai barut putih, anak ko pakai barut kaler-kaler. Baru meriah you alls.


Kalau nak buat sarung bantal, tilam, barut, bedung guna corak yang sama pon boleh. Tadek sapa marah. Lepas tu nak bagi harmoni boleh la buat langsir, alas meja, alas tv sekali guna corak ni. Tapi kalau kena marah dengan laki sila la jawab sendiri. Hahaha.

So apa lagi? Boleh contact Nurrul and tempah slot korang. Fikir la nak macam mana corak size semua. Nurrul akan buatkan. I jamin korang akan suka sebab bantal yang Nurrul bagi pada Shein tu lembut je kekabu dia. Nanti agak-agak kekabu dah lembik, petua nak bagi bantal kekabu firm balik is korang jemur tengah panas. Dia akan ok balik.

Atau kalau ongkaya boleh pakai buang je. Lagi senang. Hahahha.

-eNd-

No comments: